Bab 8

604 33 2
                                    

"AKU mengirimkan sejumlah wang yang besar kepada engkau. Bawakan aku biji mata Areana Humaira Costle tapi jauh sekali perintah aku engkau abaikan." Malikh menghadiahkan senyuman sinis. Walaupun bahasa Melayunya agak berterabur, orang yang mendengari setiap butir biacaranya akan terus kecut perut. Tambahan pula apabila tangan berkedut itu memegang pistol dengan amat lembut.

BANG!

BANG!

BANG!

Beberapa butir peluru selamat menusuk ke dalam dada bahagian kiri milik Abshah. Degupan jantung yang tadinya segar berdenyut kini hanya tinggallah jantung semata-mata. Tangan kirinya melekap pada bahagian peluru tertusuk tadi. Darah bercucuran melintasi celahan jari Abshah.

"Arghh,"

"Abah...abah..."tersendu-sendu suara seorang lelaki di tepi bangku. Matanya pedih melihat ayahnya sedang manahan keperitan. Ya Tuhan, dosa apakah yang ayahku lakukan sampai terpaksa diseksa begitu.

"Lari...Ashraf. Laci kerja abah..." belum sempat dia menghabiskan ayat, datang lelaki yang menembak dadanya lalu dia memijak dada kiri milik Abshah. Tidak cukup itu dia menggeserkan kakinya pada dada kirinya hingga bersepah darah di lantai.

"Abahhh!"

Sekujur tubuh itu terkaku selepas beberapa saat. Hinggalah hembusan nafas terakhir dihembuskan.

Senyuman kalis simpati dihadiahkan kepada sekujur tubuh terkaku Abshah.'Jangan ingat engkau kerja dengan aku berabad lamanya akan terlepas. So pathetic.'

Malikh tersenyum puas.

Esakkan dan tangisan anak kecil di sebelah bangku itu tidak dihiraukan. Dia semakin berasa gembira saat melihat air matanya tumpah. Matanya berwarna hazel itu menikam segenap wajah budak lelaki itu. Penuh dengan drama. Hatinya makin melonjak gembira.

"Shut the fuck up boy. Crying like bitch. Or else..."

Alex menarik lembut tangan budak lelaki itu namun dia meronta dengan lebih kuat.

"Abahh! Abah aku!"

Alex sekali lagi cuba menarik tangan budak lelaki itu namun belum sempat dia menarik lengan budak itu.

Alex terasa lengannya berdenyut-denyut menahan sakit.

Tangannya terasa kebas dan perit. Seluruh tangannya terasa lumpuh. Matanya memandang lengannya yang sudah penuh dengan darah.

Sedas tembakan yang dilepaskan oleh Malikh mengena tepat pada lengannya. Siapa yang bertindak belas kasihan bakal menerima balasan sebeban. Rules is rules.

"No mercy for this boy. I hate to repeat it or else you will lost your head by today." Keras dan dingin suaranya memberi arahan kepada Alex yang sedang mengerutkan dahi menahan keperitan tangan. Malikh William Costle, try to play with him and you die.

"Campak budak ni keluar dari kerajaan aku."

-

Areana berbaring di atas sofa putih di ruang tamu sambil mulutnya mengunyah buah anggur yang diambil dari peti sejuk.

3 hari yang dilalui amat bosan sejak ketiadaan jejaka-jejaka dan gadis penghibur hati Areana.

"Nak pergi mana?" Soal Areana polos sambil melihat Nayla yang lengkap bersuit hitam. Menampakkan femininnya di situ. Tapi sekali pandang macam ejen dalam cerita Charlie's Angle pun ada.

Who Are You? (hold)Where stories live. Discover now