Prolog

514 23 1
                                    

Aku terdiam.

Mulut aku terkaku tidak tahu mahu menjawab apa. Masa juga seakan terhenti sendiri.

Apa yang aku dengari tadi terasa tidak benar tetapi aku memang dengar dengan telinga aku sendiri.

Lelaki yang selama ini selalu bersama aku juga kelihatan serius akan hal itu. Apa dia memang memaksudkan katanya tadi?

Kalau betul, apa patut aku jawab?

Memang aku suka bersamanya, namun perasaan itu tidak lebih dari kawan. Aku mengenali dia kerana aku sukakan cara dia melayan aku lain dari orang lain. Tapi aku tidak sangka dia akan menjadi begini.

Aku tidak mahu memutuslan hubungan antara kami tetapi aku juga tidak mahu menaruh harapan kepadanya.

Hati aku dalam dilema.

Menerima atau menolak. Menolak membuat hubungan yang sudah aku kekalkan selama ini putus begitu sahaja tetapi, menerima dia pula akan membuat aku menaruh harapan yang mungkin berakhir duka.

Aku tidak tahu apa yang patut aku buat. Jawapan aku mungkin boleh mengubah masa hadapan.

Selamat datang ke karya baru aku

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Selamat datang ke karya baru aku. Sila saksikan kisah cinta yang bersemut ini HAHAHAHA!

Different Melody [H]Where stories live. Discover now