"Awan"
"Hamba Tuan!"
"Jom kita pusing-pusing makan angin"
"Makan angin?..hamba tak pernah dengar orang makan angin Tuan"
"Kamu ni....hahaha..kata tadi boleh baca pikiran abang.Makan angin pun tak tau ke?...hahaha"
"Maaf Tuan..terlalu banyak perkara-perkara baru yang hamba temui,jadi tak boleh nak ingat semuanya Tuan"
"Ok...ok...makan angin tu maksudnya jalan-jalan la.Pusing-pusing tengok keadaan....rilek-rilek..segarkan minda."
"Owhhh...sekarang hamba paham.Tapi boleh ke kita tinggalkan teman-teman Tuan tu?"
"Bolehnyer...apa tak boleh pulak.Abang bosan la.Diaorang tu asyik dok bincang itu bincang ini..naik lemas aku"...tingkah Roslee sambil memandang ke arah Asyraf,Sang Beruang,Naga Merah dan Dewa Api.Kelihatannya mereka sedang merangka suatu rancangan.
"Kalau itu kata Tuan..hamba tiada bantahan lagi.Perintah Tuan adalah amanah yang harus hamba penuhi.I'm ready where ever u ready Sir.Stay safe..kita jaga kita Tuan"
"Amboih Awan...len macam ja ayat ko neh....hahaha"..geli ketiak Roslee mendengarkan Awan Ajaib spiking.Author pun tumpang sekaki nak gelak....kikiki.
"Sat naa...Abang bagitau Tengku dulu,kang tak pasal-pasal dia carik aku"
"Baik Tuan...silakan"
"Sopannya ai ko neh Awan....kikiki"
"Jangan cakap macam tu Tuan..malu la hamba"
"Hahahahahaha"...gelak besar Roslee mendengarkan jawapan Awan Ajaib itu.
"Tengku!"..sapa Roslee bila menghampiri beranda istana Sang Beruang.
"Haa...Roslee.Ada apa?"..balas Asyraf sambil memandang tepat ke arah Roslee yang terpacak di tengah halaman.
"Anu..er.......anu"
"Anu..anu.....anu apa!!"...tengking Asyraf sedikit keras.
"Err..Awan tu..dia ajak saya jenjalan Tengku.Saya tak nak..tapi dia paksa jugak.Apalah daya saya nak tolak Tengku..itu yang nak mintak izin dari Tengku ni...hehehe"
"Aduhhh....dah kenapa hamba pulak yang jadi tukang ajak ni?"..
"Awan yang ajak ko..atau ko yang ajak dia ni?..macam tak betul ja ayat ko neh Lee"...ujar Asyraf disambut dengan ketawa kecil Naga Merah,Sang Beruang dan Dewa Api.
"Dia yang ajak Tengku..sumpah..wallah..potong ayam"..balas Roslee sambil menaikkan tangan kanannya seperti orang yang sedang berikrar.
"Ye lah..ye lah..takyah nak bersumpah apa bagai.Pegi lah..tapi jangan jauh sangat.Kita tak biasa dengan tempat ni..hati-hati".
"Dun wori Tengku..kaaasyih..kasyih..lap u.....muahhh.Papaii"..tanpa berbasa-basi lagi,Roslee berpusing lalu melompat ke udara.
"Awan....jommm!!!"
"Up..up...and away!"
Dah jadik macam Superman ja Roslee neh...kikiki.Asyraf hanya mampu tersenyum melihat ulah Roslee.
"Sungguh pun perangai Roslee begitu..tetapi dia adalah seorang yang bertanggungjawab,baik dan boleh diharap.Tapi itulah..bergaul dengannya perlukan kesabaran yang tinggi..hahaha"
"Benar sekali tuturkata Pendekar Asyraf..ilmu persilatan Pendekar Roslee amat tinggi dan sukar ditandingi.Hamba ini pun belum tentu lagi mampu menewaskannya"..sahut Naga Merah.
"Pertama kali hamba merasa jurus mautnya..hamba seakan dipukau.Walau hakikatnya bau itu busuk mengalahkan bangkai..tapi hamba seperti terpanggil untuk terus menghidu.Tidak hairanlah ramai pengawal-pengawal hamba yang muntah hijau gara-gara jurus tersebut"..tambah pula Sang Beruang.Masih jelas terbayang bagaimana pengawal-pengawalnya tewas menyembah bumi akibat tersedut racun misteri yang dilepaskan oleh Roslee.
"Hahaha....itu Jurus Maut Putput namanya.Dalam pertembungan melawan Setan Angin..jurus itu telah dipertingkatkannya kepada Jurus Maut Putput 2.0"..masing-masing menganggukkan kepala mendengar penerangan Asyraf.
"Pendekar Lee adalah pendekar yang bijak..tidak hairanlah dalam tempuh yang tiada lama,beliau mampu mempertingkatkan keampuhan jurus maut itu"..sambung Sang Beruang lagi.
"Maaf hamba ingin bertanya"..Dewa Api yang dari tadi cuma menjadi pendengar mencelah.Bila dilihat semua menumpukan perhatian kepadanya..beliau menyambung lagi..
"Apakah benar Tuan Panglima ingin menggempur istana Menteri Pasola?"
Naga Merah menarik nafas dalam-dalam.
"Perancangan tu memang ada Dewa Api..tapi hamba perlu menunggu kata putus dari Baginda Sultan.Merpati utusan sudah hamba kirimkan..barang sehari dua dapatlah balasannya.Andai kata Baginda Sultan memperkenankan..akan lebih mudah kerja kita".
........................................................
"Awan...umur ko berapa?..tiba-tiba Roslee memecah keheningan.
"Hamba tak pasti Tuan"
"Aikkk...umur sendiri pun ko tak tau ke Awan?..hahaha"..tergelak besar Roslee dengan jawapan Awan Ajaib.
"Maaf Tuan..hamba tidak ingat"
"Hmmm...baiklah.Abang percaya dengan ko...tapi dari mana asal ko dan macamana pulak boleh bergaul dengan manusia lahanat Si Setan Angin tu?"..tanyanya lagi.
"Itu pun hamba tak pasti Tuan"
"Biar betul ko neh?"..Roslee sedikit terkejut.
"Ya Tuan...tapi Setan Angin pernah beritahu yang hamba bukan berasal dari dunia ini.Datuknya menjumpai hamba di sebuah gua di Gunung Tengkorak Kaw ketika beliau bertapa di sana kira-kira setengah abad yang lalu"
"Maksudnya..sejak itu ko telah bersama dengan keluarga Setan Angin la ya?"..soal Roslee inginkan kepastian.
"Ya Tuan...bermula dari datuk Setan Angin,kemudian bapanya...dan akhir sekali Setan Angin"
"Kalau macam tu..kiranya Abang la orang pertama yang dapat ko melalui pertarungan kalah mati ya?"
"Benar Tuan...bapa Setan Angin dan Setan Angin menjadi Tuan kepada hamba kerana hamba telah diperintahkan oleh datuk Setan Angin supaya menjaga keturunannya hingga yang terakhir.Setan Angin ialah keturunan yang terakhir"
"Ooooo....kisahnya.Paham...paham"..terangguk-angguk Roslee mendengar penjelasan Awan Ajaib.
"Ko tak pernah ke pegi siasat kat Gunung Tengkorak Kaw tu.Mana lah tau kot-kot jumpa sesuatu yang boleh bagitau asal-usul ko dari mana"
"Niat tu ada Tuan...tapi datuk Setan Angin telah mewartakan Gunung Tengkorak Kaw sebagai kawasan larangan bagi hamba.Hamba tidak boleh melanggar perintah"..jawab Awan Ajaib dengan nada suara yang agak rendah.
"Urmmmmm...apa pasal pulak dia tak bagi ko pegi sana?..ini mesti ada benda yang dia nak sorok dari pengetahuan ko neh.Errr...jauh tak Gunung Tengkorak Kaw tu dari sini Awan?"
"Tiada lah jauh sangat Tuan..dengan kepantasan hamba ini,hanya sepelaungan sahaja sudah sampai.Kenapa Tuan?"
"Abang adalah Tuan ko sekarang Awan..jadinya larangan ke Gunung Tengkorak Kaw yang datuk Setan Angin kenakan ke atas ko dulu tu Abang tarik balik"
"Betul ni Tuan?"..Awan Ajaib seakan-akan tidak percaya dengan apa yang didengarinya.Berpuluh tahun ia menyimpan hasrat untuk ke Gunung Tengkorak Kaw..akhirnya kesempatan itu bakal muncul di depannya.
"Yaaaaa.....kalau ko berhajat nak ke sana..jom.Kita pegi tugeda-geda.Kita siasat sama-sama...ko tu dah macam saudara aku,walau baru kenal...tapi perasaan suka dan sayang aku pada ko tiada berbelah-bagi lagi.Bulat air kerana pembetung..bulat manusia kerana makan.Hahaha"...
"Terimakasih Tuan...terimakasih yang tidak terhingga"
YOU ARE READING
Pahlawan Silam 2:Aku Berus Lee
FantasyCover by :SashaChubby @myteddybeargomok. Kesinambungan dari Pahlawan Silam..Cincin Zamrud Biru yang hilang beratus tahun dahulu bakal muncul. Berkisar tentang seorang pemuda kampung yang terpaksa berdepan dengan pelbagai rencah kehidupan demi membel...