"Arul..ada awek baru la"
"Mana?"..tanya Sahrul,matanya melilau mencari.
"Tuuu...yang dengan mak Berus Lee tu"
"Itu kan Ana tu..apa yang bingai sangat ko ni?..hahaha"
"Jap..jap...tu,tu...tengok!..tadi terlindung belakang signboard,tak nampak"..tunjuk lagi Abdul.
"Wahhhh...cun giler ar"..sahut pula si Husin dengan matanya yang tidak berkelip.
"Awek tu dari mana ek?..tak pernah pulak aku tengok?..hmmm,jom..jom"..segera Sahrul bangun dikuti oleh Abdul dan Husin.
"Mak Long...nak kemana ni?.hehehe"..Sahrul menegur sebaik saja ia berdepan dengan Mak Senah.
"Nak ke depan la,dari belakang"..jawab Rosliana dengan muka menyampah.
"Ko jangan nak kurang ajar Ana..aku lempang baru tau"..marah Sahrul.Rosliana direnungnya dengan mata terjojol.
"Takyah tanya Arul..selama ni pun ko dengan bapak ko bukan peduli pun kami.Jadi takyah nak amik tau,dan takyah nak jadi busybody!"..lantang Rosliana menempelak,manakala Mak Senah cuma berdiam diri saja.
"Ko ni kan..memang jenis yang tak boleh dibuat baik.Memang patut pun bapak aku halau keluarga ko keluar dari kampung..itu pun tak sedar diri lagi tu.Abang ko Berus Lee tu mana?.dah tak tahan tinggal kat sini ek?..pastu lari tinggalkan mak ngan adik dia bagi Tok Akil makan?...hahaha"
"Kurang ajar!!!"..sebiji penampar melayang laju lalu hinggap tepat pada pipi Sahrul.Kepalanya terteleng..apabila dipalingkan semula,kelihatan seorang gadis yang tidak dikenalinya sedang menyeringai dengan wajah yang merah padam menahan marah.
"Ko apa hal betina?...aku tak kenal pun ko"..pipinya yang perit digosok perlahan.Abdul dan Husin pula terkulat-kulat memandang mereka.
"Huhhh!..itu je makan ko,lain kali bila bercakap jangan main sedap mulut je"..tengking Amelia sambil menjegilkan matanya.
"Wahhh...garangnya Kak Lia ni!"..Rosliana melemparkan pandangan ke arah Mak Senah,ibunya itu juga kelihatan kaget dengan tindakan Amelia yang tidak disangka-sangka itu.
"Habis laa,Maksu dah marah"..Nini menutup matanya,dia tak sanggup melihat Maksunya meroyan.
"Yang ko dok menyibuk kenapa?..ini soal keluarga aku,ko tak ada kena-mengena,jadi jangan nak tunjuk lagak dengan aku.Sekali aku lempang,menyesal ko seumur hidup"..herdik Sahrul.Tangannya masih setia melekat pada pipinya yang masih perit.
"Lia...dah la tu sayang"..pujuk Mak Senah.
"Orang macam ni,tak boleh dibagi muka Makcik.Lagi kita bagi muka,lagi dia merenyam"..balas Amelia geram.
"Ko dengar sini baik-baik...ko tak kenal aku,tapi aku kenal sangat ko dengan bapak ko tu..Mohd Sahrul bin Abdul Ayub"
Berubah muka Sahrul bila namanya disebut.Malah bukan dia saja sebenarnya yang terkejut,tetapi lebih tepat kalau dicakap semua yang ada di situ.
"Kalau ko nak tau,aku Amelia Qistina binti Datuk Harun"..sengaja ditekankan perkataan 'Datuk" untuk menimbulkan rasa gerun di hati Sahrul dan kawan-kawannya.Bijak bijak..hahaha.
"Weii...anak Datuk la weii,blah..blah!"..nampaknya perancangan Amelia menggunakan title papanya berjaya.Abdul dan Husin tergesa-gesa meninggalkan Sahrul keseorangan.
"Peduli hapa aku..ko anak Datuk ke,atau anak moyang ke..yang ko nak bela sangat diaorang ni kenapa?..mak mertua ko ke tu?...hahaha"..Sahrul ketawa sinis.Niat yang ingin disampaikan cukup jelas.Dia secara tak langsung nak hina Roslee yang menurutnya tidak layak mendapat mana-mana gadis,apatah lagi anak kepada seseorang yang berpangkat Datuk.
Mak Senah menundukkan kepala,airmatanya menitis.Maksud kata-kata Sahrul amat difahaminya dan dia sememangnya sedar,siapalah anaknya itu jika digandingkan dengan Sahrul.
"Kalau aku cakap 'ya',ko nak cakap apa?..mesti ko jeles kan?"..bidas Amelia kembali.
Mak Munah dan Rosliana terpempan.
"Ha?!!...Kak Lia dan Abang?...ishhh,ini sudah bagus..hehehe"..Rosliana mula terbayang,andainya Amelia yang menjadi kakak iparnya..alangkah beruntung abangnya itu.
"Kenapa ko diam?!..tadi bukan main galak lagi aku tengok.tak percaya ek?..ko ingat orang macam Abang Lee tu tak boleh lawan ko kan?..pada ko..tak mungkin ada pompuan yang akan sangkut dengan dia kan?..sebab dia miskin,betul tak?"
Sahrul terdiam.
"Weii bahalol..kalau ko nak tau,aku ialah pewaris DH Holdings.Jadi wang ringgit semua aku tak pandang..nak buat apa tu semua,sebab harta aku sendiri pun tak habis nak makan 7 keturunan"
"Lagi pun..apa yang ko tak tau ialah,Abang Lee tu sebenarnya kaya.Kaya dengan budipekerti yang baik dan budi bahasa yang tinggi.Ko ada?"..
tempelak lagi Amelia."Huhhh..kalau setakat muka macam ko tu,takyah la nak banding-banding dengan Abang Lee..muka dah la macam lori sampah terbalik,perangai pulak buruk.Ehhh...pigi daa!!!"..Amelia benar-benar naik angin sekarang,nafasnya turun naik dengan laju.
"Dah Mak..Ana..jom,kita pegi shopping tempat lain.Sini bau busuk,ada lori sampah terbalik".tangan Nini pantas ditarik supaya beredar.
"Allamakkkk...tersasul panggil 'mak' la pulak,hantam saja laa....kikiki"
Kemudian Amelia mengeluarkan kunci kereta dan menekan punat.
Tittitttt...
Mata Sahrul bagai nak terkeluar bila melihat dari mana bunyi itu datang.
Selepas beberapa langkah,Amelia berhenti lalu berpaling..
"Lagi satu aku nak ingatkan ko..kalau aku dengar ko kacau keluarga Abang Lee lagi,aku panggil bodyguard aku supaya kerjakan ko.Biar ko menyesal seumur hidup ko"..paku buah keras dipulangkan semula kepada yang berhak.
YOU ARE READING
Pahlawan Silam 2:Aku Berus Lee
FantasyCover by :SashaChubby @myteddybeargomok. Kesinambungan dari Pahlawan Silam..Cincin Zamrud Biru yang hilang beratus tahun dahulu bakal muncul. Berkisar tentang seorang pemuda kampung yang terpaksa berdepan dengan pelbagai rencah kehidupan demi membel...