"Biar saja hamba yang tangani serangan ini..Tuan cuma diam dan lihat"..Awan Ajaib bersuara memecahkan kebisuan mereka.
"Dengan segala hormatnya dipersilakan Awan"..Roslee pun sebenarnya ingin melihat sejauh mana kemampuan yang dimiliki oleh Awan Ajaib.
"Awan Ajaib Bertukar!!"
Fizikal Awan Ajaib membesar hingga menenggelamkan badan Roslee dan seterusnya melonjong atau memanjang...posisi Roslee yang tadinya berdiri perlahan-lahan tunduk dan duduk.Di bahagian belakang Awan Ajaib pula muncul mercu tanda kecil manakala di kiri kanannya tumbuh dua sayap.
Apabila proses transformasi itu selesai..kelihatan Awan Ajaib tak ubah seperti jet pejuang F-35 dengan Roslee sebagai pilotnya.
Perghhhh...torbaeklah author punya merapu.Awan Ajaib boleh bertukar jadi jet pejuang!...ini semua berkat dari bertapa itu hari la tu...
Mampuihhh...wakakakakaka."Perisai Awan Ajaib!"
Serentak dengan itu muncung depan jet pejuang aka Awan Ajaib bersinar terang lalu membentuk perisai..dirempuhnya panah-panah ais tadi menyebabkan kesemuanya melantun sebaik saja bertembung.
"Wowwwww!!!"..hanya itu sahaja yang mampu diucapkan oleh Roslee di atas kehebatan author melakarkan idea merapu yang melangkaui batas pemikirannya.
Setelah kesemua panah-panah ais tadi dihancurkan.. sayap di kiri kanan Awan Ajaib terbuka sedikit dan memuntahkan kabus-kabus berbentuk peluru berpandu yang kemudiannya menghujani naga-naga air Setan Air.Nak jadi cerita kan..semua naga-naga air yang mengiringi Setan Air meledak dalam satu letupan yang menggoncangkan telur Setan Angin.
"Kus semangat..nasib baik lah tak jatuh tadi"..bisik Setan Air sambil memegang telurnya bagi memastikan ia berada dalam keadaan yang selamat.
"Kenapa Awan Ajaib hebat sangat?..dulu ketika bersama arwah Angin,dia takda la macam ni...besya-besya ja.Aku sendiri pun tak pernah tahu dia boleh bertukar rupa sebegini.Kalau tahu..dah lama Awan Ajaib menjadi milikku"
"Awan!"
"Hamba Tuan"
"Tak sangka persembahan ko tadi cukup memberangsangkan.Gud job man!"
"Gud job man tu apa Tuan?"
"Itu maksudnya ko hebat la..hahaha"
"Ooooo...hamba tau Tuan..hehehe"
"Tapi Abang ada sikit musykil la Awan"
"Apa dia Tuan?"
"Macamana ko boleh bertukar bentuk jadi jet?..ko bukannya pernah tengok pun kan?...zaman ni maaana ada jet"
"Jet Tuan?!"
"Ya...jet.Bentuk ko ni la...ini namanya jet"..terang Roslee.
"Ooooo...jetttt.Hahaha..hamba cuma tau berubah saja,tapi tak tau berubah jadi apa.Sebenarnya Tuan..sebaik saja Tuan menginjakkan kaki ke atas badan hamba..hamba dapat melihat gambaran-gambaran yang ada dalam fikiran Tuan.Senang cerita ialah...kita berkongsi minda.Sebab tu hamba boleh bertukar bentuk seperti sekarang ni..tadinya hamba tercari-cari bentuk apakah yang sesuai,tiba-tiba hamba ternampak dalam fikiran Tuan.Sesuatu yang hebat dan mempunyai kuasa untuk terbang seperti hamba..itulah kisahnya Tuan"
Awan Ajaib tiba-tiba berpusing..rupa-rupanya Setan Air telah memulakan serangan kembali.Namun tembakan-tembakan panah aisnya itu tersasar kerana kepantasan Awan Ajaib mengelak.
"Sial...amat rugi Awan Ajaib berpihak pada budak hingusan itu.Bagaimana pun aku harus menumpaskannya dan menjadikan Awan Ajaib sebagai milik ku"..usai berkira-kira di dalam hatinya,Setan Air memacu naga air tunggangannya ke arah sungai dan masuk ke dalam air.Air sungai yang tadinya tenang mula berombak kencang.Kelihatan tubuh Setan Air mula timbul di permukaan...dia berdiri tegak seolah-olah mencabar Roslee untuk berdepan dengannya.
YOU ARE READING
Pahlawan Silam 2:Aku Berus Lee
FantasiaCover by :SashaChubby @myteddybeargomok. Kesinambungan dari Pahlawan Silam..Cincin Zamrud Biru yang hilang beratus tahun dahulu bakal muncul. Berkisar tentang seorang pemuda kampung yang terpaksa berdepan dengan pelbagai rencah kehidupan demi membel...