Bab 61

1K 48 26
                                    

"Roslee!..Roslee!"

"Kat mana aku ni?!"

"Rosleeeeeeee"......

"Ya Tengku...ya..ya"

Roslee terkocoh-kocoh keluar dari semak yang berhampiran.

"Ko pegi mana?"..Asyraf menjegilkan mata ke arah Roslee.

"Buang air la tadi..takkan nak pancut depan Tengku pulak,besar la kemaluan saya...hahaha"

"Banyak la ko punya kemaluan Lee....hahaha"

"Kita kat mana ni Lee?!"..aju Asyraf sambil memandang sekeliling.

"Ntah la Tengku..tempat ni buat saya seram sejuk la.Ini bukan belakang rumah saya ni...dia punya semak samun lain macam tebal.Saya tak pernah sampai sini ni Tengku"

"Hmmm....apa yang berlaku tadi?..ko ingat tak?"

"Kita berlawan Tengku,baru satu jurus...pastu tau-tau saja kita dah ada kat sini"..Roslee sendiri tidak pasti apa yang telah berlaku.Matanya meliar memerhati pokok besar yang ada di sekeliling mereka,sesekali tangannya menampar nyamuk yang hinggap.

"Golok Naga Berapi mana Lee?!"

"Allamakkk...saya langsung terlupa pasal pedang tu Tengku"

"Jom carik..mesti ada dekat-dekat sini"

Tiba-tiba..

"Tolong tuan hamba..hamba ini cuma pedagang yang hanya menumpang lalu.Jangan diapakan keluarga hamba..tolong lah lepaskan anak hamba"

Suatu suara kedengaran datangnya dari belakang semak samun yang berhampiran.Mereka berpandangan..

...............................................

"Tuan hamba pedagang kah atau musafir kah,itu hamba tiada peduli.Tapi tuan hamba telah masuk ke kawasan Helang Keramat,makanya tuan hamba perlu membayar ufti.Dan uftinya ialah..anak gadis tuan hamba yang rupawan ini.Hahaha"...

Kata-kata Jalak Senteng itu digamatkan dengan hilaian ketawa kuncu-kuncunya.

"Anak gadis tuan hamba akan hamba persembahkan pada Pangiran Helang Keramat,andainya Pangiran berpuashati..tuan hamba akan mendapat habuan emas dan permata,tuan hamba akan menjadi seorang yang kaya raya nanti.Tidak perlu lagi berdagang untuk sesuap nasi"

"Hamba redha dengan keadaan hamba sekarang..hamba tidak ingin harta kekayaan.Tolonglah lepaskan anak hamba..hamba merayu pada tuan hamba.Ambil lah apa saja mau tuan hamba,tapi tolong kembalikan anak gadis hamba"..biar pun tahu bahawa rayuannya itu sia-sia,tapi Pak Andak tetap jua berusaha dengan harapan mudah-mudahan akan terbuka hati perompak itu.

"Tuan hamba membuat darah hamba mendidih..apakah tuan hamba sudah tidak sayangkan nyawa lagi hah?..kalau begitu,biarlah hamba makbulkan hajat tuan hamba'..

Usai berkata-kata,Jalak Senteng mengangkat pedangnya tinggi-tinggi dan bersedia untuk memenggal kepala Pak Andak.

"Lepaskan bapak aku binatang!"
Jerit Delima sambil meronta..tetapi sayang,pegangan anak buah Jalak Senteng amat kuat mengunci pergerakannya.

Tatkala Jalak Senteng menghayunkan pedangnya,Pak Andak hanya memejamkan mata..maut dirasakan begitu hampir sekali,tidak perlu dielak andai itu ialah ketentuan Tuhan.Itu lah yang bermain di fikirannya waktu itu.

Sedetik..dua detik..tidak ada apa-apa yang berlaku.

Pak Andak tertanya-tanya lalu membuka matanya.Ketika itu penglihatannya dihadang oleh dua tubuh asing yang berpakaian amat ganjil..Jalak Senteng yang tadi cuba memenggal kepalanya kini menjalar di atas tanah beberapa depa dari tempat ia berdiri sebelumnya.

Pahlawan Silam 2:Aku Berus LeeWhere stories live. Discover now