Bab 13

1.4K 68 34
                                    

"Berus Lee..kamu ikut Lia,berehat dulu hari ni..kamu pun penat kan?"..arah Datuk Harun apabila kereta yang mereka naiki tiba di pintu pagar banglonya.

"Baik Datuk"

"Lia...nanti tunjukkan bilik tetamu pada Berus Lee..kang kalau Adam dah balik,baru dia pindah masuk rumah Adam"

"Ok Pa"

"Hehehe...ada chance nampaknya aku nak berdua-duaan dengan abang sado"

Nini melihat saja tingkahlaku Maksunya itu.

"Ini mesti ada apa-apa ni,kalau tak.takkan Maksu asyik senyum je dari tadi"

Sebaik saja kereta Datuk Harun menghilang,Nini terus berlari mendapatkan seorang wanita pertengahan umur yang sedang menyiram pokok bunga di halaman.

"Mak Temah...Nini dah balik!"..jeritnya seraya memeluk wanita yang dipanggilnya Mak Temah itu.

"Ehhh...cucu Mak Temah dah balik rupanya.Balik dengan sapa sayang?.Mak Temah tak dengar pun bunyi kereta?"

"Atuk hantar,kereta Maksu rosak!"

"Mak Temah..Mak Temah...Mak Temah!"

"Ya sayang,Mak Temah dengar...ada apa ni?..kelam kabut semacam je"

"Hehehe...Mak Temah nak dengar satu cerita tak?"

"Nak...nak...cerita apa tu?"

"Mak Temah nak tau,Maksu kita dah ada boifren baru...hahaha"

"Ha?!...mana Nini tau?"

"Tuuu...."...mulutnya memuncung menunjuk ke arah Amelia dan Roslee.

"Uihhh....hensomnyaaaa,hehehe"

"Apa nama boifren baru Maksu sayang?"

"Arr...nama dia Bond,James Bond"

"Kenapa lain macam je nama dia?"..Mak Temah mengerutkan kening.

"Dia tu kacuk la Mak Temah"

"Bukan kacuk sayang,kacukan...owhhh,patut pun rupa dia tak macam orang putih"

"Kacukan ek?!...hehehe,salah la.Dia tak reti sangat cakap melayu Mak Temah..kalau nak bercakap dengan dia,mesti kena cakap orang putih"

"Mak Temah mana la pandai cakap orang putih sayang..setakat gud monink gud aptenun tu boleh la.Alamakkk...Maksu sayang dah lambai-lambai dah tu,Mak Temah pegi dulu ya"

"Ya Cik Lia"..sapanya ramah.

"Arr..er...gulp...er...gud ap..ap..tenun Mr James Bond.Welkam...welkam..hehehe"..fuhhh!....berpeluh Mak Temah nak mengarang ayat.Speaking tuh,jangan tak caya...ngehngehngeh.

Amelia membuntangkan matanya.

"Ini takde keja orang lain la ni...Nini!!!

Sebentar kemudian adegan kejar-mengejar antara Amelia,Mak Temah dan Nini berlaku di halaman itu.

"James Bond ek?..Cik Lia sebelah sana,kita tangkap budak ni..kita buat masak sambal"

"Taknak laa...mana aci 2 lawan 1,Abang Berus Lee...tolong Nini...hahaha"..Nini berpura-pura berlari mendapatkan Roslee dengan dikejar laju oleh Amelia dari belakang.

Tetapi apabila dekat dengan Roslee,tiba-tiba Nini membelok.Amelia yang gagal mengawal dirinya telah bertembung dengan Roslee dan mereka jatuh berpelukan!..Siap ada guling-guling lagi,alaa...macam hero dan heroin citer hindustan tu.Class ko Berus Lee.....kikiki.

Amelia mengeratkan pelukannya...ia tidak pernah merasa damai dan selamat seperti itu.Perlahan-lahan kepalanya dilabuhkan ke dada bidang Roslee,hinggakan telinganya dapat menangkap bunyi jantung pemuda itu yang berdegup kencang seirama dengan degupan jantungnya..Dunia waktu itu dirasakan milik mereka berdua,unggas-unggas bersiul riang menyanyikan lagu-lagu cinta..dan bunga-bunga asmara di taman hati berkembang mekar mewarnai jambatan kasih..

"Opsss!!!"....Nini menutup matanya.Tak sanggup dia melihat Maksunya yang sedang memeluk erat Roslee,siap lentuk-lentuk kepala lagi kat dada orang tu.

"Ceh Maksu ni...buat adegan 18sx la pulak,bikin malu aku saja"

"Maksu...takkan nak terus lentuk kat situ kot?..boring la macam ni"

Cepat-cepat Amelia bangun,mukanya merona merah....

Tiba-tiba mereka dikejutkan dengan bunyi tepukan..

"Farid?..u buat apa kat sini?"..Amelia terperanjat melihat Farid yang muncul mendadak itu.

"Saja datang nak jumpa u..Bagus...bagus...patut pun i call,u tak berapa nak layan.Rupa-rupanya u dah ada jantan lain heh!"..Farid berjalan masuk diiringi 3 orang pengawalnya.

"It's not like what u thinking ok,we just play around"

"Play around u said?..hahaha,come on baby..i belum buta lagi tau.The way u tengok dia,i knew..something is going on here"..mata Farid merenung tajam Roslee di sisi Amelia.

"Wait the minutes...is that the kampung guy that day?...hahaha,what co-incident..hahaha"

"Look Farid..i taknak apa-apa berlaku dekat sini ok..so please leave"

"U halau i?...hah?...u halau i sebab nak back up budak kampung tu kan?"..Farid menyerbu Amelia dan lantas mencekup lengannya dengan kuat.

Nini sudah mula menangis ketakutan.,Mak Temah langsung mendapatkannya dan membawanya ke dalam rumah.

"Bahaya ni..aku mesti telefon Datuk.Harap-harap dia tak jauh lagi"

"Farid!...lepaslah,sakit tau tak?"..Amelia meronta untuk melepaskan diri,tetapi sia-sia sahaja kerana tenaga Farid jauh lebih kuat darinya.

"Bro...aku rasa elok ko lepaskan Cik Lia.Dia masih dalam tanggungjawab papanya,jadi ko aku rasa takde hak nak paksa dia buat apa yang dia tak suka"..Roslee yang masih lagi berdiri di tepi Amelia membuka mulut,giginya diketap dan tangannya dikepal menahan marah yang semakin bangkit.

"Berani ko nak bercakap dengan aku budak kampung?..ko cuba nak rampas awek aku,lepas tu..ko nak lecture aku pulak?....korang dekat situ tunggu apa lagi,belasah budak kampung ni cukup-cukup.Biar dia tau langit tu tinggi atau rendah"

Amelia sudah cemas,ia takut kalau-kalau perkara buruk berlaku ke atas Roslee.

"Farid..tolong la jangan apa-apakan dia,u dah salahfaham ni"..rayunya dengan airmata merembes keluar.

"U diam Amelia!!!"

Pahlawan Silam 2:Aku Berus LeeWhere stories live. Discover now