Bab 67

939 50 159
                                    

Siamang Putih sudah tidak mampu berbuat apa-apa..kuasa misteri yang mengenainya itu membuatkan ia lemah tiba-tiba,tiada daya untuk bergerak hatta mengangkat jari sebatang.

"Kenapa berlainan benar tubuhku?..seluruh tenaga menghilang tanpa bersisa.Apakah ajalku kian mendekat?"

"Pendekar..waspada Tuan!"..
Jeritan Malaun menyambar telinganya,namun semua itu sia-sia kerana dia tidak lagi mampu berbuat apa-apa.

Tiba-tiba Siamang Putih merasakan dirinya ditampung seseorang,waktu itu akalnya telah terhenti..pandangan dan mindanya kosong.

...............................................

"Maafkan hamba Pendekar Lee..tuan hamba memang seorang yang handal,dan hamba ini bukan tandingannya"

"Itu hanya kebetulan saja..Tuan Pendekar mungkin kepenatan,kalau tak..hamba pasti tewas"
Roslee tersengih.

"Hahaha...tuan hamba bukan sahaja pahlawan yang hebat,tetapi ternyata amat merendah diri.Hamba sungguh berbesar hati mendapat tunjuk ajar dari tuan hamba.Tapi..tadi itu,apakah hikmatnya tuan hamba?.belum pernah hamba lihat hikmat yang sebegitu seumur hidup hamba"

"Maaf Tuan Pendekar..hamba belum pun lagi memberi nama pada hikmat hamba itu,kerana ianya baru saja hamba cipta"

Asyraf terbatuk kecil..

"Boleh tahan jugak Roslee ni auta"

"Makan jangan gelojoh tuan hamba,usah risau.Hari ini hamba bayar semuanya sebagai meraikan persahabatan kita..hamba terhutang budi pada Pendekar Lee yang telah menyelamatkan nyawa hamba.
Silakan tambah,andainya tidak mencukupi mintalah lagi"

"Terimakasih atas kemurahan hati Tuan Pendekar Siamang Putih"..
Balas Asyraf berbasa-basi sambil memandang ke arah meja hadapan di mana menempatkan Naga Merah,Gadek dan Malaun.Mereka juga kelihatan amat mesra.

Mata Asyraf seterusnya tertancap pada segerombolan lelaki berkuda yang menghampiri warung itu.

Dalam waktu yang sama..Gadek bangun menghampiri Siamang Putih lalu berbisik.Nampaknya dia pun melihat apa yang Asyraf tengok.

"Teruk ini Pendekar..itu kuncu-kuncu Jensen King,pastinya ke sini mencari geruh Tuan"

"Hmmm..tuan hamba tenang saja,jangan bersikap terburu-buru"

Roslee yang ikut sama memandang ke arah pendatang-pendatang itu langsung bertanya.

"Ada masalahkah Tuan Pendekar?!"

"Tiada apa-apa..cuma mungkin ada hutang yang harus dijelaskan"..
Tingkah Siamang Putih..matanya mengawasi pergerakan kumpulan terbabit.

"Pendekar Lee..itu ialah orang-orang Jensen King,abang kepada Menteri Pasola.Datangnya mungkin ingin menangkap Tuan Pendekar kerana enggan tunduk setia kepada pemerintahan Menteri Pasola"
Terang Malaun teragak-agak.

"Hamba bukan orang yang baik..tetapi untuk berkerjasama dengan orang sekejam Jensen King dan Menteri Pasola..maaf.Hamba lebih rela berputih mata berputih tulang"..sambung Siamang Putih bersama keluhan.

"Menteri Pasola dan Jensen King telah banyak menyusahkan rakyat jelata dengan kerakusan mereka.Mana mungkin hamba akan bersekongkol dengan manusia jijik sebegitu"

"Hmmmm...tak sangka Siamang Putih ini seorang yang baik walaupun kasar"
Asyraf merenung dalam-dalam ke dalam diri Siamang Putih..ia tersenyum.

"Menteri Pasola punyai abang yang bernama Jensen King?!..ini adalah sesuatu yang baru.Baginda Raja pun tidak mengetahui cerita ini.Kerana inilah agaknya Menteri Pasola berani memberontak..kurang ajar.Tapi aku harus bersabar,samaranku ini jangan sampai terbongkar sebelum waktunya"

Pahlawan Silam 2:Aku Berus LeeWhere stories live. Discover now