Amelia memecut keretanya dengan laju,sesekali ia mengesat airmata yang bercucuran di pipi.
Perbualan telefon dengan Papanya sebentar tadi seolah-olah telah merenggut kasar jiwanya..sinar bahagia yang mula menerangi dunianya dirasakan malap tiba-tiba.
Membuatkan ia tenggelam dalam emosinya sendiri."Lia..Papa kemalangan tadi"
"Kemalangan Pa?!!!..masyaallah!!..
Serentak dengan itu dia terduduk..
Berbagai gambaran buruk menerjah
ke fikirannya."Lia!?"...
Sunyi sepi.
"Lia!"..seru Datuk Harun lagi setelah Amelia berdiam diri,kali ini lebih keras.
"Lia!...Papa dengan Pakcik Kadir ok
Jangan risau"..Kedengaran Amelia menarik nafas lega.
"Alhamdulillah Pa...Lia dah takut dah tadi bila Papa cakap kemalangan"..
balas Amelia sebak."Papa la tempat Lia mencurah kasih..Lia sayang Papa.Lia tak nak apa-apa berlaku pada Papa"..rintih Amelia dalam sendu.
"Yaa..Papa tau..dah..jangan nangis lagi.Lia datang Hospital Putra sekarang ya?".
"Hospital Putra?!..tadi Papa cakap ok?"..soal Amelia kehairanan.Belum pun sempat Datuk Harun membuka mulut,Amelia terus menghujaninya dengan soalan.
"Cakap betul-betul Pa,jangan tipu Lia"..tangisnya mulai kedengaran semula.
"Papa ok la Lia,takda calar sikit pun.Demi Allah Papa tak bohong"
Amelia yang dapat rasa ada sesuatu yang tidak beres cepat-cepat memotong cakap Datuk Harun.
Hatinya masih tidak menentu serta berdebar-debar."Kalau ok..kenapa suruh Lia datang ke hospital?!!"..soalnya lagi penuh tandatanya.
"Lia datang,nanti Papa bagitau"
"No Pa!!..no!..Lia nak Papa cakap sekarang"..tangisan Amelia semakin kuat,terhenjut-henjut ia menahan sedu.
Beberapa pelajar yang melewati tempatnya itu tertanya-tanya.Amelia sudah tidak mempedulikan keadaan sekeliling lagi..biarlah apa orang nak kata.Dia tak heran..
"Sabar Lia..bawak bertenang"..Datuk Harun cuba memujuk anak kesayangannya itu.Dia kenal hati Amelia macamana..dan dia cukup tau,siapa itu Roslee pada Amelia..
Inilah yang bermain-main di benaknya dan membuat ia serba-salah."Pa..kenapa mintak Lia pegi hospital?!..kalau Papa sayangkan Lia,baik Papa cakap".
"Berus Lee...dia..dia"..Datuk Harun kematian kata-kata,hatinya berbelah bagi.
"Kenapa dengan Abang Lee Pa?!"..Amelia separuh menjerit.Waktu itu airmatanya umpama hujan di musim tengkujuh,turun laju tanpa henti.Penglihatannya kabur dek kerana itu...
"Dia masih belum sedarkan diri lagi..sekarang berada di bawah pemerhatian doktor"..mendatar sahaja suara Datuk Harun.
"Masyaallah!!!..Abang Lee"....telefon bimbit yang dipegang terlepas dari genggaman.Dunia dirasakan berputar ligat.Amelia sudah tidak kuat lagi berdiri,kakinya longlai.Ia jatuh terjelepuk..buat seketika darahnya seperti berhenti mengalir dan alam amat hening sekali.
"Lia!..Lia!"..panggilan Datuk Harun dibiarkan tanpa bersambut.
Waktu itu semangatnya terbang mencari kesayangan hati..
YOU ARE READING
Pahlawan Silam 2:Aku Berus Lee
FantasyCover by :SashaChubby @myteddybeargomok. Kesinambungan dari Pahlawan Silam..Cincin Zamrud Biru yang hilang beratus tahun dahulu bakal muncul. Berkisar tentang seorang pemuda kampung yang terpaksa berdepan dengan pelbagai rencah kehidupan demi membel...