Bab 1

1.8K 73 119
                                    

Sudah hampir seminggu Roslee tiba di kota itu,namun kerja yang diharapkannya tidak juga dapat-dapat.

Dia tak perlukan kerja yang berjawatan kerana dia sedar..dengan sijilnya yang tak seberapa itu,dia cuma layak jadi kuli saja.Tapi masalahnya...kerja kuli pun masih tak dapat jugak lagi.Itu yang buat dia pening,tambah-tambah pulak duit belanjanya dah tinggal sen-sen je lagi.

Croottttt....

"Aduyaii..dia berbunyi la pulak.Ishhh...mampuih aku macam ni.Mana boleh tahan asyik dok teguk air paip dekat tandas di pam minyak je.Sabarlah wahai perut oii"..gumamnya sendirian memujuk perut yang merengek minta diisi.

Kaki dihayun tanpa arah tujuan yang pasti,tau-tau saja dia sudah sampai di tepi sebuah restoran kfc.

"Tak dapat makan kfc,hidu bau pun jadi la...hurmmmm,sedapnyer aii"..bau enak ayam goreng menusuk-nusuk hidungnya membuatkan Roslee terbuai seketika.Dengan mata terpejam,ia menghayati bau itu sepenuh perasaan.

Tiba-tiba bahunya ditolak dari belakang lalu ia terdorong ke depan dan terlanggar seseorang.

"Ouchhhh..heii?!..apa main langgar-langgar orang ni?"..

"Ma..maaf cik,sa..sa.ya tak sengaja"..Roslee mendongak memandang wajah orang yang dilanggarnya sambil meminta maaf.

"Omak ai,lawanyerrr....ini kalau dapat buat bini,mau 3 hari 3 malam aku tak keluar bilik"

"Buta ke?!!...mata letak mana?..kepala lutut ek?"

Roslee terkebil-kebil memandang gadis di depannya.

"What's wrong baby?"..datang seorang lelaki,lantas merangkul pinggang gadis di depan Roslee.

"Mamat ni...langgar i.Nasib baik tak jatuh tau!"

"Cik...saya mintak maaf,saya tak sengaja..saya pun kena langgar tadi"..Roslee cuba menjelaskan keadaan sebenar.

"Ko jangan nak loyar buruk kat sini ek?..aku dah masak dengan perangai orang yang macam kamu ni.Dengan orang lain ko boleh nak sentuh sana sentuh sini..tapi dengan awek aku,ko jangan nak cari pasal.Aku potong tangan tu nanti.Ini Farid,anak Datuk Arsyad..ko dah usik barang aku,ko kena terima akibatnya"..Farid mengeluarkan telefon bimbit dari poketnya lalu membelek nama kenalan.

"Hello....ko kat ner?.bawak budak-budak kita datang dekat kfc tepi Maybank.Cepat sikit"

"Apa u buat ni Farid?"..Amelina agak terperanjat mendengar perbualan telefon Farid dan kuncu-kuncunya.

"U diam baby...i nak kasi ajar sikit budak kampung ni,biar dia kenal i sapa.Barang i..i tak suka ada orang sentuh"

"Barang?!..u ingat i ni barang ke Farid?"..muka Amelia mula membahang,darahnya tersirap.

"I bukan maksud macam tu baby...sorry ok?"

Roslee cuma memandang sepi babak drama swasta di depannya.Naik cuak pun ada dengan perangai mereka yang baginya 'ntah hapa-hapa'.Perlahan-lahan ia mula berpusing dan melangkah.

"Weii budak kampung!..ko nak gi mana tu?.cerita aku dengan ko belum abih lagi"..suara dari Farid memberhentikan langkahnya.

"Encik..saya dah mintak maaf,terpulang la pada encik nak maafkan saya atau pun tak.Sekarang saya nak pegi cari keja,saya mintak diri dulu..assalamu'alaikum"

"Kurang ajar ko kan!"..dengan geram Farid meluru ke arah Roslee,dihayunnya penumbuk sekuat hatinya namun sayang..ia hanya menumbuk angin bila Roslee terlebih dahulu membongkok.

Aksi mereka membuatkan orang ramai yang lalu-lalang berhenti untuk melihat apa yang berlaku.Tapi herannya..tak ada sorang pun yang berani menegah.

Farid yang terdorong ke depan kerana penumbuk sulungnya tersasar tadi,maju semula.Pengalaman sebagai peninju sekolah banyak membantunya selama ini,dan akan dipergunakan sekali lagi untuk mengajar budak kampung di depannya itu.Penumbuknya diacah berulangkali,tetapi lawannya itu lincah mengelak.Tidak ada satu pun dari penumbuknya mengena sasaran.

""Farid..just stop,it's not worth to fight.Hal kecik saja!"..Amelia sudah takut separuh mati,dia tak sangka Farid akan bertindak sedemikian.

"Damn!!!"..Farid membentak kasar.Orang ramai yang berkumpul ada yang mula tersenyum dan ketawa kecil,membuatkan Farid bertambah bengang.

Penumbuknya dihayun persis orang gila,tetapi Roslee seperti ikan meliuk di air..tetap tenang mengelak sambil bergerak menjauh.Ia seolah-olah tidak berminat untuk meneruskan pergaduhan itu,sudah cukup lama ia bergaduh..sekarang masa untuk cuci tangan.Dan masa untuk isi perut jugak tentunya..

Amelia sudah pun berada di sebelah Farid sekarang..tangannya memaut lengan lelaki itu,menghalangnya dari terus mengejar.Dia takut Farid akan tercedera,sebab dia sendiri lihat..lawan Farid tadi jauh lebih hebat.

"Sudah laa...jom!"..tangan Farid ditarik,dia taknak Farid melepaskan marahnya pada orang-orang yang berkumpul melihat pergaduhan tadi.

Dari celah-celah orang ramai,muncul 4 orang lelaki berbadan sasa,mereka terus mendapatkan Farid.

"Boss...are u ok?!"..tanya salah seorang darinya.

"Sorry for being late boss..jem teruk tadi"

"Kamu nampak budak yang pakai baju biru bawak beg buruk sana tu?"

"Yes boss...kenapa?"

"Aku nak kamu ajar budak tu,tapi jangan bagi mati"

Amelia tergamam.

"Ok boss"..serentak dengan itu,Karim bersama 3 lagi rakannya berlari mengejar Roslee yang pada waktu itu sedang membelok ingin memasuki lorong di hujung bangunan.

"U ikut i"..lantas Farid menarik lengan Amelia meninggalkan tempat itu untuk mengikuti Karim dan rakan-rakannya.

"Tak salah aku,lorong yang lelaki tu masuk tadi jalan mati.Aduhhh..habis la"..Amelina mula keresahan,tapi kakinya tetap di atur.

Sebelum mereka tiba di selekoh  lagi,sudah terdengar suara orang yang mengerang kesakitan.

"Nobody can mess with me baby...hahaha!"

Namun ketawanya segera mati apabila mereka memasuki lorong itu..di hujung sana,4 orang lelaki terbaring di atas jalan,dan pemuda yang diekori tadi hilang entah ke mana.

"This is shit!!!"..kemarahan Farid meletus dan jeritannya bergema memenuhi lorong.

Nun di atas bumbung bangunan,seseorang sedang memerhati dengan tersenyum.Seketika kemudian,ia melompat ke bumbung bangunan lain yang terletak kira-kira 20m di hadapannya.

Pahlawan Silam 2:Aku Berus LeeWhere stories live. Discover now