"Ana!"
"Ya mak!"
"Ajak Kak Lia kamu tu mandi Ana,kang nanti takde la berebut-rebut"
"Jap mak..sikit je lagi ni"
"Tinggalkan je,nanti mak tengokkan"
"Jom Kak..bakal mak mertua Akak dah bising dah tu"..Rosliana bangun sambil menarik tangan Amelia supaya mengikutinya.
"Jom jom"...kemudian Amelia terhenti,baru dia perasan...
"Kita nak ke mana ni?"
"Alahaii...takkan nak pegi mandi macam ni kot?..nak amik towel,kain basahan,sabun,syampoo apa bagai la cik Kak oii!"
"Owhhh...hahaha,sori..sori..kepala Akak ingat nak gi mandi je"..balas Amelia mentertawakan dirinya sendiri.
"Kak Lia..kita takyah mandi air paip la,tak best.Kita mandi kat perigi nak tak?"
"Perigi?...sini ada perigi ke?....nak..nak.Akak tak pernah pun mandi perigi lagi"
"Ada Kak..dekat belakang rumah."
....................................................
"Kak..lambat lagi ke?.Ana dah tak tahan sejuk ni"..heran dia,Amelia mandi macam seminggu tak jumpa air.Atau lebih tepatnya,macam itik dapat air.
"Hehehe...best mandi air perigi,Ana pegi la dulu"..baldi upih dibuangkan kembali ke dalam perigi,kemudian ditariknya.
Keceburrr....
"Eeee...sejuk..best,hehehe"
Rosliana menggeleng kepala.
"Ana jalan dulu la Kak!"
"Ok...jap je lagi ek,kang Akak siap"..tingkah Amelia sambil menjengah ke dalam perigi.
....................................................
"Berus Lee..nanti tolong bagitau Lia,saya keluar dengan Adam kejap..ada hal,sebelum maghrib saya balik.Lagi satu,cakap kat dia,Nini saya bawak"
"Baik Datuk"
Sebaik saja kereta Datuk Harun meninggalkan perkarangan rumah,Roslee bingkas bangun..dengan tuala di bahu beliau menghayun langkah menuju ke perigi.
Kawasan perigi yang berpagarkan zink,terletak agak ke belakang dan tercorot.Mengikut cerita Tok Akil,perigi tu terpaksa digali agak jauh sedikit kerana kesukaran mencari punca mata air.
"Tolong...tolongggg!!!"
"Itu macam suara Cik Lia je tu"..Roslee mempercepatkan langkah kakinya.
"Ana...tolong Akak..Ana tolonggg!!!"..jeritan itu kembali bergema dari sebalik kepungan zink yang menutup kawasan perigi.
Roslee yang telah tiba tidak bertangguh lagi..dengan machonya ia menendang pintu zink itu,terbarai terus.Dan apa yang ada di depan mata,membuatkan Roslee terkedu..
Amelia yang dalam keadaan basah kuyup dan berkemban,kelihatan duduk tersandar pada dinding perigi.Kakinya menendang-nendang..hinggakan kain batik yang dipakainya tersingkap menampakkan sebahagian dari pehanya yang gebu.
"Abang Lee...tolong Lia,tolonggg!"..Amelia menjerit lantang bila dilihat Roslee tercegat macam orang kena pukau.
Bagaikan tersedar dari tidur,Roslee cepat-cepat mendekat.Hatinya tertanya-tanya..
"Ada apa Cik Lia?"
"Tuu..dia dah nak naik atas dahhhhh.Tolong..tolongggg!!!"
Mata Roslee terarah ke tempat yang ditunjukkan..satu makhluk hitam yang sebesar batang mancis dan panjangnya hampir 1 inci terkial-kial memanjat betis Amelia.Sesekali ia berhenti..penat barangkali.
"Tolong!...Lia geli!!"..
"Laa..pacat!..aku ingat menda la tadi"
Dikuis-kuisnya pacat itu menggunakan sebatang kayu yang kecil.Tapi makin dikuis,makin kuat dia melekat..yang si Amelia tu pulak,dah takut separuh mati dah.
'Cepat la Bang!"..gesanya bertalu-talu.
"Kuat jugak menatang ni..pakai tangan je lah,nak naik pekak telinga aku dengar dia jerit"
Dengan hati-hati Roslee cuba menangkap pacat itu,namun anak matanya secara tidak sengaja terjeling pada dada Amelia yang berombak kencang.Pemandangan indah yang belum pernah dilihatnya itu membuatkan tumpuan mindanya ke laut.
Andainya melakukan sesuatu,fikiran kena fokus dan jangan sampai hilang tumpuan.Kalau tak,jadilah macam Roslee ni..disebabkan mata dan otak dah ke lain,tangan yang dihulur untuk tangkap pacat durjana tadi dah tersasar.Entah macamana..tau-tau saja tangannya telah melekap pada peha Amelia..bila terasa pehanya disentuh tangan kasar Roslee,jeritan Amelia tiba-tiba terhenti.
Mereka bertatapan..sinar mata Amelia menikam dan seperti membakar pembuluh darahnya,Roslee menundukkan kepala..tak sanggup untuk berlama-lama begitu,semangatnya bagaikan ingin terbang!..
Namun Amelia dengan segera memegang dagu Roslee..diangkatnya perlahan-lahan,dan sambil memejamkan mata..Amelia mendekatkan wajahnya.Roslee pasrah.Di saat dua bibir itu hampir bersatu..
"Kak!..ada ap..opsss!..".....Rosliana menutup mulutnya.
Roslee yang terperanjat cepat-cepat bangun,tangannya mengurut-urut dada..
"Tadi ada benda panjat kaki Akak"..ujar Amelia sambil menyembunyikan wajah.
"Ha'ah...pacat..hehehe"..tambah pula Roslee tanpa disuruh-suruh.
"Pacat ek??...yelah,pacat jantan tuh..kikiki.Ni pintu ni kenapa?"
"Abang ingat ada orang kacau Cik Lia..jadi abang pecahkan pintu tu"..balas Roslee,masih lagi menundukkan kepala seperti penjenayah di kandang salah.
"Mati la aku kalau Ana bagi tau mak"
"Abang nak cium Kak Lia ek?..hahaha"..
"Mana ada..Abang nak tolong buang pacat je tadi"
"Pacat?!...auwwww,dia dah masuk dalam kain Akak la Ana!...auwww..auwwwww...Ana..auwwww,tolong..tolongggggg"
YOU ARE READING
Pahlawan Silam 2:Aku Berus Lee
FantasiCover by :SashaChubby @myteddybeargomok. Kesinambungan dari Pahlawan Silam..Cincin Zamrud Biru yang hilang beratus tahun dahulu bakal muncul. Berkisar tentang seorang pemuda kampung yang terpaksa berdepan dengan pelbagai rencah kehidupan demi membel...