"Pa...ada nak pegi mana-mana tak hari ni?"..
Datuk Harun yang sedang leka membaca mengangkat muka lalu memandang anak gadisnya.
"Takda...kenapa?!"
"Lia ingat nak pinjam Abang Lee...hehehe"
"Nak pinjam?!...hahaha.Boleh pulak main pinjam-pinjam yer?"..Datuk Harun menggeleng-gelengkan kepala sambil ketawa kecil.
"Alaaa....boleh la Pa..jaaap ja"..Amelia masih tak berputus asa,rasa rindu yang membara terhadap anak muda itu sudah tidak tertahan lagi.Hatinya meronta untuk menghabiskan masa berdua-duaan dengan Roslee..dan peluang itu terbuka bila baru sebentar tadi Adam membawa Nini keluar untuk berjalan-jalan.
"Hmmmm.....ok..tapi bawak Mak Temah sekali"
"Bawak Mak Temah?!..biar betul Papa aku ni,rosak lah program macam ni....haduuu"
"Papa ni...eeeeeee..takyah lah macam tu,biar lah Lia mereput kat dalam bilik..takyah la pegi mana-mana"
"Hahaha.....nak dating ek?..hahaha"..Datuk Harun ketawa terbahak-bahak.
Terbuntang mata Amelia melihat Papanya itu ketawa.
"Ooooo...Papa kenakan Lia ya..takpa..takpa..amik ni,amik ni...hmmmmm"
"Dah Lia...sakit Papa sayang..hahaha"
"Jahat sangat...rasakan..bluerkkk"
................................................
Beberapa ketika kemudian..
"Kita nak ke mana ni Cik Lia"
"Ada laa..Abang Lee dok diam-diam,nanti tau sendiri tu"..serentak dengan itu Amelia menjatuhkan tangannya lalu diletakkan di atas peha Roslee.
Umpama terkena renjatan letrik,bulu leher Roslee tiba-tiba meremang.
Bukan tu saja..malah bulu-bulu lengannya yang halus itu pun ikut sama berdiri.Badannya tiba-tiba menjadi seramsejuk dan berpeluh..
"Ada apa Abang Lee?"..Amelia yang menyedari perubahan pada Roslee lantas saja bertanya.Ada nada kerisauan pada suaranya.
"Err....takda apa-apa Cik Lia..hehehe"..balas Roslee sedikit gugup.
Tanpa mempedulikan kata-kata Roslee..Amelia memberhentikan kereta di pinggir jalan.
"Kesian Abang Lee..berpeluh ni ha"..serentak dengan itu,Amelia mengambil tisu dari atas dashboard dan mengelap peluh di dahi Roslee dengan lembut.
Ketika itu Roslee bagaikan patung bernyawa,rohnya seakan terbang menuju syurgawi..matanya terpejam rapat.Cisss....pemalu sungguh hero kita neh.....kikiki.
"Abang Roslee darah gemuruh rupanya....kesian dia.Tapi kan..comel pulak muka dia bila dia malu macam ni...hehehe"
................................................
"Masyaallah!...Lia ke ni?"..Mak Munah yang pada mulanya tidak perasan kehadiran Amelia ke restorannya cepat-cepat mendapatkan gadis itu lalu memeluk dan menciumnya berulang kali.
"Lamanya tak datang jengok Mak Munah,ingatkan dah lupa Mak Munah dah"..tangan Amelia dipimpin dan dibawa ke meja yang agak jauh dari pelanggan lain.Tiba-tiba ia terlihat pada Roslee yang sedang tersenyum ke arahnya.
"Mana boleh Lia lupa..Mak Munah kan mak angkat kesayangan Lia..hahaha"
"Ye la tuu..ni sapa ni,Lia kawin tak jemput Mak Munah ya?!..sampai hati"..Mak Munah mencebik bibirnya pura-pura merajuk.
YOU ARE READING
Pahlawan Silam 2:Aku Berus Lee
FantasyCover by :SashaChubby @myteddybeargomok. Kesinambungan dari Pahlawan Silam..Cincin Zamrud Biru yang hilang beratus tahun dahulu bakal muncul. Berkisar tentang seorang pemuda kampung yang terpaksa berdepan dengan pelbagai rencah kehidupan demi membel...