Seorang remaja lelaki berusia lingkungan belasan tahun berlari kencang menuju ke arah hutan.
"Tangkap dia..dia lari arah sana,cepat!!..jangan sampai dia masuk hutan!"..nun jauh di belakang sekumpulan remaja lelaki lain berusaha mengejarnya.
Roslee tercungap-cungap,bajunya basah kerana peluh.Dia menoleh ke belakang..tidak ada lagi kelibat Sahrul dan rakan-rakannya,malah suara mereka juga sudah tak kedengaran.Dia memandang ke kiri dan ke kanan..apa yang ada di sekelilingnya hanyalah pokok-pokok yang besar dan tinggi menjulang ke langit.
"Dekat mana aku ni?!..aku tak pernah sampai ke sini"..gumamnya sendirian.Hutan di pinggir kampung adalah tempat permainan Roslee,tapi tempat di mana ia berada sekarang..begitu asing baginya.
Tanpa ada rasa takut,Roslee meredah semak-samun di hadapannya..ia berharap akan dapat temui jalan pulang sebelum malam melabuhkan tirai.Tetapi apa yang ia tidak ketahui ialah..ia sebenarnya bergerak semakin jauh ke dalam hutan.
Semak-samun yang diredah semakin tebal,dan keadaan sekitar semakin redup..menandakan kawasan itu belum pernah diterokai oleh sesiapa pun.
Mentari kian tenggelam di ufuk barat,namun Roslee masih meneruskan perjalanan.Badannya sudah calar-balar,dan baju yang dipakai juga telah koyak di sana-sini kerana tersangkut duri.Kelihatan jelas tompokan-tompokan darah kering pada baju yang dipakainya.
Hinggalah pada satu ketika,kaki Roslee tersandung akar pokok yang menyebabkannya jatuh tertiarap.Mungkin kerana terlalu penat,Roslee sudah tidak mampu lagi untuk bangun meneruskan perjalanannya.Beliau hanya membiarkan saja tubuhnya terbaring di atas rumput dan akhirnya terlelap.
Suara binatang-binatang hutan yang bersahut-sahutan mengejutkan Roslee.Ia terpisat-pisat bangun dan memandang sekeliling..
"Ya Allah...dah malam rupanya.Macamana la ni?..Mak mesti risau aku belum balik lagi"
Sekonyong-konyong..dari kejauhan terlihat olehnya suatu cahaya biru yang amat menyilaukan.Seolah-olah dipukau..Roslee yang sebelumnya sudah kehabisan tenaga bangun dan menuju ke arah cahaya itu.Fikirannya kosong..kosong kossonggg.Apa yang dia tau ialah,dia mesti pergi ke arah cahaya biru itu!.
Semakin Roslee mendekat,cahaya biru yang terpancar kian
pudar.Dan apabila ia hampir..dapat dilihat dengan jelas cahaya itu sebenarnya berpunca dari sebentuk cincin yang terletak di atas tanah.Anehnya..tidak ada walau sehelai rumput pun yang tumbuh di sekitar cincin itu,hatta sehelai daun!"Pelik ni!!"..Roslee menunduk,dan dengan berhati-hati ia mengambil.Ditatapnya cincin yang berada di atas telapak tangannya dengan penuh minat.Cahaya biru yang menyilaukan tadi rupa-rupanya datang dari batu permata cincin itu.Diamatinya teliti..tanpa disangka-sangka cincin itu mulai retak dan seterusnya hancur menjadi debu yang berkilauan..Roslee tersentak...
"Alamak!!..macamana ni?!"
Roslee yang masih terpinga-pinga terperanjat kerana debu-debu cincin pada telapak tangannya itu mula meresap dengan pantas.Matanya berpinar-pinar,beliau jatuh buat kali kedua.
............................................
"Malu aku...malu!!"..bentak Cikgu Ayub sekuat hatinya.
"Salahkan diri sendiri..saya dah cakap dengan awak,selidik dulu..tanya Si Sahrul tu betul-betul.Tapi awak tak nak dengar cakap saya..awak main tangkap muat saja apa yang anak awak cakap.Ha..sekarang rasakan penangan anak kesayangan awak tu"..tempelak Cikgu Murni.Geram benar dia dengan suaminya itu,kepala batu!.
"Awak jangan nak tambah lagi sakit hati saya ni.Kang tak pasal-pasal makan pelempang"..ugut Cikgu Ayub.
Sahrul yang dari tadi duduk di kerusi ruang tamu tertunduk,dia tau sangat..baran ayahnya itu jangan dibuat main.
"Itu la awak..bila dah terbukti apa yang saya tegur tu betul,awak bukannya nak terima.Hujung-hujung saya jugak yang awak salahkan"..bebel Cikgu Murni.
Cikgu Ayub terpaku.
"Yang kamu ni pun satu Sahrul..Mama dah agak dah,ini semua mesti berpunca dari kamu.Kamu tak malu ke ha?..nanti dikata orang,mak cikgu bapak cikgu..tapi anak perangai macam setan.Mama malu tau kalau ada orang mengata anak Mama macam tu"..
"Sekarang kamu cakap dengan Mama..apa yang kamu dah fitnah Mak Senah tu,sampaikan kamu kena tampar?"..Cikgu Murni merenung tajam ke muka anak lelakinya itu.
Sahrul terkulat-kulat,dipandangnya Cikgu Ayub..kononnya minta pembelaan.
"Takyah nak tunjuk muka poyo ko tu dengan ayah ko Sahrul.Ko ingat Mama heran sangat?..sekarang baik ko cakap apa yang Mama tanya ko tadi,kalau tak..sini jugak Mama rembat ko.Cakap Sahrul!!!"..Cikgu Murni benar-benar sudah naik angin.Sahrul di depannya itu rasa seperti nak dipijak-pijak sampai keluar taik.
Cikgu Ayub terkesima,belum pernah dia melihat isterinya itu tunjuk belang.Selalu tu..ditengking sekali je,terus terkedu.Tapi sekarang sudah jadi lain..
"Cakap Sahrul!!"..tengking Cikgu Murni seraya mencapai penyapu di tepi dinding.
"Arul cakap..padan ngan muka diaorang sebab kena halau dari kampung"..antara dengar dengan tidak Sahrul bersuara.
"Lagi?!"..soal Cikgu Murni.
""Itu je Mama,mana ada lagi.Tau-tau je,pompuan gila tu datang serang Arul.Tanya la Abdul ngan Husin kalau tak percaya"
"Ko nak suruh Mama pegi tanya mangkuk dua ekor tu?..ko ingat Mama ni bodoh ke Sahrul?..diaorang tu semua kuncu-kuncu ko,jangan fikir Mama taktau ke mana ko pegi dan dengan sapa ko berkawan.Baik ko cakap cepat,sebelum batang penyapu ni Mama hayun ke belakang ko"
"Arr...err..."...gulp,panjang leher Sahrul menelan airliur.
"Arul cakap..Berus Lee lari tinggalkan mak dan adiknya untuk dimakan oleh Tok Akil"
"Apa?!!...astaghfirullahal'azim..Mama tak ajar anak Mama jadi kurang ajar macam tu dengan orang tua Sahrul.Mama tak ajar"..ratap Cikgu Murni.Airmatanya tumpah dan dia terjelepok ke lantai.
YOU ARE READING
Pahlawan Silam 2:Aku Berus Lee
FantasyCover by :SashaChubby @myteddybeargomok. Kesinambungan dari Pahlawan Silam..Cincin Zamrud Biru yang hilang beratus tahun dahulu bakal muncul. Berkisar tentang seorang pemuda kampung yang terpaksa berdepan dengan pelbagai rencah kehidupan demi membel...