Bab 48

1K 52 41
                                    

"Apa pendapat Bilal?"

"Memang ini keja orang tua terkutuk tu Tuan.Kedengarannya tak masuk akal,tapi itu lah..dia hidup balik dengan menumpang jasad orang lain"..Asyraf dapat rasakan,selagi korbannya tidak mencapai 100 orang..selagi itulah jelmaan semula Pak Mahat akan bermaharaja lela.

"Dah agak dah...tapi Bilal tak dapat kesan ke dia kat mana?"..Inspektor Rizal mengemukakan pertanyaan.

Asyraf menggelengkan kepala.

"Maaf Tuan..tak dapat..tak pasti sama ada tak dapat sebab dia kuat sangat sampaikan boleh hapuskan jejak atau tak dapat sebab dia lemah sangat.
Maksudnya kuasa yang terpancar dari badannya hampir tidak dirasai".

"Jadi apa yang patut kita buat Bilal?"..tanya pula Inspektor Daniel yang ikut sama dalam perjumpaan itu.

"Tak ada apa yang boleh kita buat selain dari berdoa pada Allah agar dia buat kesilapan.Semoga Allah permudahkan usaha kita Tuan"

................................................

"Papa!!!"

"Apa lagi ni Lia terpekik-terlolong malam-malam macam kena sampuk ni?"..Datuk Harun yang sedang menyiapkan kerja-kerja pejabat di ruang tamu menegur.

"Abang Lee tu!"..adu Amelia dengan muka masam.

"Kenapa?..dia cium anak Papa yang cantik jelita ni ke?"..usik Datuk Harun.

"Papa ni..orang betul-betul,dia main-main pulak.Abang Lee tak nak temankan pegi parti rumah kawan Lia la Pa..Kan Lia dah mintak izin dari Papa semalam?"

"Dia cakap apa?"

"Apa lagi?!..tak habih-habih dengan segan dia tu la.Benci lah macam ni!!
Lia dah janji dengan kawan,lagi pun pakaian untuk Abang Lee pun Lia dah tempah"..bentak Amelia sambil menghempaskan punggungnya ke sofa.

"Hmmm..ye lah.Nanti Papa cakap dengan dia.Mana pakaian yang Lia tempah tu?..bagi kat Papa"..Datuk Harun bangun lalu mengambil plastik berisi pakaian dari tangan Amelia.

Direnungnya Amelia yang masih lagi membungkam di sofa.

"Dah kenapa pulak Papa tengok Lia macam tu?"

"Takda apa-apa..cuma Papa tengok anak Papa ni cantik sangat pakai macam ni.Apa nama pakaian ni sayang?"

"Inilah Cinderella Pa..cantik kan?..hehehe"..serta merta mood Amelia pulih bila dipuji Papanya.

"Cantikkk...cantik sangat-sangat.Yang Berus Lee ni apa pulak?..Prince Charming ya?..hahaha"..

"Hahaha...tak lah.Nanti Papa tau jugak tu"..balas Amelia tersenyum simpul.Pakaian itu memang ditempah khas dari Butik Didie untuk dipakai oleh Roslee semasa majlis pakaian beragam itu nanti.

"Ye lah..sama-sama kita tengok nanti"..ujar Datuk Harun sambil berlalu menuju ke penginapan Roslee.

Beberapa ketika kemudian beliau muncul dengan senyuman lebar terukir di bibir.Amelia yang masih menunggu di sofa segera bertanya.

"Macamana Pa?"

"Beres..ini kan Papa Lia..hahaha"..
Datuk Harun menaikkan ibu jari kanannya.

"Papa...i love u!"..Amelia yang tidak dapat menyembunyikan rasa gembiranya bangun memeluk Datuk Harun dan mencium pipinya berulangkali.

Namun tindakannya itu terhenti tiba-tiba bila melihat kemunculan sesusuk tubuh yang amat dikenalinya di pintu utama.Mulutnya seakan terkunci..manakala jantungnya pula berdegup kencang.

Datuk Harun yang perasan perubahan pada anak gadisnya itu ikut sama menoleh.Kelihatan olehnya Roslee yang berdiri serba tak kena dalam pakaian ala Zorro.Baju dan seluar hitam ketat yang bersulamkan benang emas memperlihatkan bentuk badannya yang tegap dan sasa.

Pahlawan Silam 2:Aku Berus LeeWhere stories live. Discover now