Episod Pengenalan

3.4K 90 140
                                    

"Roslee...apa cita-cita ko bila dah besar besok?"

"Ko?"

"Aku nak jadi majistret"

"Apa tu?"

"Alaa...yang kat tv tu..dia pakai rambut palsu,jubah,pastu dekat tangan dia ada hammer.Power woo..dia boleh cakap orang tu betul,orang ni salah.Pastu kan..yang salah tu dia hukum,bila dia ketuk je meja ngan hammer dia..polis pun tak boleh wat apa.Kena ikut je cakap dia"..terang Akmal bersungguh.

"Huyyoo...power tu.Macam Thor kan,dia punya power pun kat hammer dia gak"

"Ha'ah..tapi ko nak jadi apa?"

"Aku nak jadi Berus Lee"

"Berus Lee ke Bruce Lee?"

"Sama la tu"

"Mana ada sama,Berus eja dia B.E.R.U.S..Bruce eja dia B.R.U.C.E"

"Tak sama ek?..kikiki,mana-mana la"

"Tapi Bruce Lee bukan kerja,dia bintang pilem.Ko nak jadi pelakun ke?"

"Taakkkkk...aku nak jadi Berus Lee je,sebab aku nak jaga mak aku.Kalau aku power macam dia,bapak sedara aku gerenti tak berani nak buli kami lagi"

....................................................

Senah termenung di tangga..sudah seminggu ia menumpang di rumah Tok Akil di hujung kampung.Nasib mereka berdua sama,mungkin kerana itu Tok Akil merasai kepahitan yang dialaminya.Peristiwa seminggu lepas,masih terbayang-terbayang di ruang matanya.

"Senah!...ooo Senah"

"Ya saya!"..tergopoh-gapah Mak Senah keluar meninjau ke depan.

"Cikgu?...ada apa ramai-ramai ni?"..Cikgu Ayub bercekak pinggang di tangga rumahnya bersama beberapa penduduk kampung yang lain.

"Anak kamu Roslee mana?"..tanpa berbasa-basi lagi Cikgu Ayub terus menyergah.

"Pegi ke rumah Tok Akil katanya tadi.Kenapa Cikgu?"

"Lagi-lagi ke rumah orang tua nyanyuk tu,sebab tu la anak kamu jadi gitu"..tengking Cikgu Ayub.

"Apa yang Roslee dah buat?"..suara Mak Senah mula bergetar.

"Apa dia dah buat?!.kamu tengok anak aku ni,muka habih lebam-lebam gara-gara dipukul anak kamu"..sambil itu ditariknya Sahrul supaya ke depan.

"Bukan anak aku sorang je yang kena pukul,budak-budak lain pun sama jugak.Kami semua dah tak boleh sabar lagi dah Senah,ini dah masuk kali yang ke berapa entah kami datang.Tapi anak kamu masih jugak dengan perangai samsengnya tu.Kalau macam inilah gayanya,baik kamu anak beranak keluar dari kampung ni.Sini semua orang baik-baik,memang tak ada tempat untuk samseng macam anak kamu tu"

"Ini tanah dan rumah peninggalan arwah suami aku,apa hak kamu nak halau aku?!"..hilang sudah rasa hormatnya pada orang yang selama ini dianggap sebagai pelindung itu.

"Tanah kamu?!...hahaha..tanah kamu apanya lagi Senah oi?.kamu dah lupa ke perjanjian aku dengan Kasim macamana?"

"Ni..sengaja aku bawak surat perjanjian tu,senang nak bagi kamu tengok.Rumah dengan tanah kamu sekarang ni dah jadi hak aku...kamu paham?"..Cikgu Ayub menayangkan sehelai kertas pada orang-orang kampung yang mengikutnya.

"Kamu tipu..arwah suami aku tak akan gadaikan rumah dan tanah ni"..Mak Senah membentak.

"Tipu tak tipu..dekat surat ni dah siap tulis,andainya kalau dia tak boleh nak bayar hutang aku..rumah,tanah ni aku ambik.Laki kamu siap sain lagi.Tambah-tambah pulak..aku ni abang dia,rumah ni rumah pusaka.Kamu tak ada kena mengena lagi dengan keluarga kami."

"Ya Allah...kalau ya pun saya tak ada kena mengena dengan keluarga Cikgu,tapi Roslee tetap anak sedara Cikgu"..Mak Senah sudah mula menangis,dia tak sangka bekas abang iparnya itu sanggup menghalaunya.

"Anak sedara kata kamu?..aku tak ada anak sedara yang perangai macam setan!..Sudah..jangan nak bodek aku dengan drama airmata kamu tu.Aku nak besok kamu dengan anak kamu,keluar dari rumah ni.Kalau aku tengok kamu tak keluar jugak,tau la aku nak buat macamana"

"Sabar je lah Nah..harta dunia ni tak bawak ke mana.Mati besok,semua kita tinggal"..masih terngiang-ngiang di benaknya kata-kata Tok Akil tatkala ia berkunjung ke rumah orang tua itu untuk menjemput anaknya.

"Saya tau Tok...tapi Cikgu Ayub tu kan abang pada arwah suami saya,sanggup dia buat kami macam ni"..hatinya tersayat mengenangkan tindakan bekas abang iparnya yang cuba menangguk ikan di air keruh itu.

"Biarlah dia...lambat laun Allah akan balas segala perbuatan dia pada kamu anak beranak.Kamu dok la rumah aku ni,sampai bila-bila pun aku tak kisah.Apa yang aku makan,kamu makan..kalau dah tak ada apa-apa,sama-sama la kita berlapar.Apa pun..takyah nak risau apa-apa lagi,Allah ada..Dia Maha Mendengar dan Maha Melihat"

Pahlawan Silam 2:Aku Berus LeeWhere stories live. Discover now