Bab 38

1K 53 30
                                    

"Cik Lia nak ke mana ni?"..tanya Roslee bila dilihatnya Amelia membelok ke simpang sebelah kiri.

"Kenapa pulak?"..Amelia menjeling ke arah Roslee sambil tersenyum.

"Takda apa-apa..cuma tanya ja"..balas Roslee serba-salah.Dah jadi macam kepantangannya pulak dah sekarang ni,asal Amelia jeling ja..kompom dia tak tentu arah.Sobar yo laa..kikiki

"Lia nak bawak Abang Lee pegi pantai..nak ikut tak?!"

"Nak"..tapi seketika kemudian,dia dapat rasakan ada sesuatu yang tidak kena.

"Pantai?!!...kat sini mana ada pantai Cik Lia?"..soalnya pelik.Dari apa yang dia tau,memang takda pantai dekat-dekat area situ.

"Ada laa...pantai asmara!"..dengan bersahaja Amelia menjawab.

Tapi Amelia tak tau..jawapan yang bersahaja itu umpama halilintar pada Roslee.Mukanya bertukar pucat dan dia mula berpeluh dingin..alaahaii.

Kena pulak time tu..Amelia saja ja letakkan tangannya pada peha Roslee.Dia sendiri pun tak tau kenapa la tangannya itu suka sangat parking kat situ.Yang pasti..dia merasa sangat bahagia berbuat demikian,dan dia jugak pasti...dia tidak bertepuk sebelah tangan.Cuma tu lah..perlu kesabaran yang lebih dalam menangani orang seperti Roslee.Apa pun..Amelia merasa seronok bila melihat Roslee keluh kesah menahan malu...maaati la ko Abang Lee..hahaha.

"Abang Lee ni biar betul?..takkan menggigil kot..sah,dia menggigil ni..alahaii..kikiki"..Amelia dapat merasa ada getaran-getaran halus pada tapak tangannya yang diletakkan di atas peha Roslee.

Ditolehnya sepintas lalu..kelihatan Roslee kaku umpama robot habis bateri dengan manik-manik peluh yang mula berjuraian di wajahnya.

Tanpa disedari oleh merpati sejoli itu..sebiji Optima berwarna gelap sedang mengekori mereka sejak mula keluar dari Restoran Bahagia lagi.

"Ko potong diaorang,pastu berenti dekat bawah pokok depan sana..dia bagi signal nak masuk taman tu"..arah Borhan yang duduk di sebelah pemandu.

"Acai dengan Siva..tugas korang berdua ialah tangkap budak pompuan tu,ingat..jangan sampai ada calar walau sedikit pun"

"Baik Boss"..balas mereka serentak.

"Yang lain ikut aku..jangan bawak pistol sebab Big Boss taknak kita tarik perhatian orang ramai.Smooth and clean...paham?!"

"Paham Boss!"

"Good...pakai topeng masing-masing,kita gerak sekarang"

................................................

Amelia memberhentikan kereta dan berpusing menghadap Roslee yang dah lama 'kaku' di seatnya.

"Alaahaii...kesian Abang Lee Lia ni,berpeluh ya.Meh sini..biar Lia tolong"..Amelia mencapai tisu lalu mengelap dahi Roslee perlahan-lahan,penuh kasihsayang gitu.....adehdeh..kikiki.

Sengaja dia dekatkan wajahnya pada Roslee..hinggakan setiap hembusan nafasnya dapat dirasai oleh Roslee.Jika tadi ia mengelap dahi,sekarang jarinya mula mengelus lembut rambut Roslee yang agak panjang itu.Roslee yang sudah tidak berdaya untuk menolak hanya membiarkan saja jari jemari Amelia bermain-main di hujung rambutnya.

Sebentar kemudian..tiba-tiba Roslee membuka mata dan menangkap tangan Amelia,membuatkan Amelia sedikit terpegun.Belum sempat Amelia membuka mulut,Roslee terlebih dahulu membuka pintu dan keluar dari kereta.Lagaknya yang serius itu membuat Amelia semakin tertanya-tanya.

Namun segala teka-teki itu terjawab jua akhirnya bila sekumpulan lelaki bertopeng muncul di hadapan mereka dengan pedang samurai yang terhunus di tangan masing-masing.
Amelia mulai gusar,hatinya mencongak-congak apa yang bakal berlaku.

"Kunci pintu dan duduk dalam kereta diam-diam,jangan keluar walau apa pun berlaku.Cik Lia jangan takut..selagi saya ada,saya akan lindungi Cik Lia sekeluarga dengan nyawa saya"..usai berkata-kata,Roslee menoleh ke arah Amelia dan tersenyum..

"Alahaii..sweetnya Abang Lee...kikiki"..

Bukannya dia tak pernah tengok Roslee senyum,tapi senyumannya itu kali ini tak sama dengan yang dulu..yang ini ada umphhhh.Banyak lah ko punya umphhh Lia...hahaha.

"Ini mesti menarik ni"..serentak dengan itu Amelia mengeluarkan telefon bimbitnya dari dalam beg tangan lalu mula merakam.

Kelihatan Roslee berjalan dengan penuh hati-hati menuju ke arah Borhan dan kuncu-kuncunya.

Melihatkan mangsa mereka membuka langkah,Borhan lantas memberi isyarat pada anak buahnya dan serentak dengan itu mereka bertindak mengepung Roslee.

Acai dan Siva yang telah ditugaskan untuk menangkap Amelia berlari menuju ke arah kereta.Manakala Borhan bersama 5 orang lagi anak buahnya yang lain bergerak mengelilingi Roslee sambil mengacah-acah pedang samurai yang dibawa.

Mata pedang yang berkilauan akibat panahan mentari itu boleh membuat siapa pun kecut perut.Namun tidak pada Roslee...ia masih tetap berdiri tanpa mau mengambil apa-apa tindakan,pun begitu anak matanya mengekori setiap pergerakan Acai dan Siva.Ketika keduanya semakin hampir dengan kereta..Roslee yang berada dalam kepungan tiba-tiba melonjak tinggi ke udara melepasi mereka yang mengepungnya dan membuat satu balik kuang di udara.

Tanpa berjejak dan bagai pucuk yang dilancarkan..beliau meluncur laju ke arah Acai dan Siva.Tendangan pertamanya tepat menuju sasaran menyebabkan Siva terpelanting beberapa meter ke hadapan..seterusnya Roslee melentingkan badan lalu mengenakan satu tendangan padu pada Acai yang sedang tergamam.Kali ini giliran Acai pula yang tercampak jauh,baik Siva mau pun Acai..keduanya memuntahkan darah dan tidak berkutik lagi.

Dengan hanya satu jurus saja..kedua-dua kaki pukul yang digeruni itu tersungkur menyembah bumi tanpa sempat mengaduh.

Tindakan Roslee yang tidak diduga itu membuatkan Borhan dan 5 orang lagi anak buahnya terpegun...jika tadi mereka giat menghayunkan pedang,tapi sekarang cuma sekadar berdiri tegak macam orang bodoh.

Dalam keadaan yang serba gawat itu,Borhan selaku ketua..tersedar lantas membuka mulut membakar semangat anak-anak buahnya yang telah luntur.

"Jangan tercegat ja kat situ...kalau kita dapat potong budak ni,kita kaya.Tak payah nak kerja setahun pun tak pa.Kalau korang nak hidup senang..jom ikut aku.Kita kasi lumat ini budak!"..

Dalam satu teriakan nyaring,Borhan menyerbu diikuti anak-anak buahnya.Roslee yang tadi cuma berdiam diri,ikut sama membuka langkah..beliau menerkam ke arah kumpulan samseng itu bagaikan singa lapar yang terlepas dari kandang.

Melihatkan Roslee menuju ke arahnya..Borhan cepat-cepat melibaskan pedang ke arah leher Roslee,namun libasan itu cuma mengenai angin sahaja bila Roslee pantas mengelak lalu mengenakan satu tamparan pada dada Borhan menggunakan tangan kanannya...dengan mata terbeliak dan mulut yang ternganga serta bunyi tulang patah di ikuti darah segar yang mengalir dari mulut,itu sudah lebih dari cukup untuk menunjukkan bahawa Borhan mengalami kecedaraan yang teruk.

5 lagi anak buahnya berpandangan sesama sendiri..mereka sedar pemuda yang ada di depan mereka itu bukan lawan yang setimpal.
Tapi dek kerana mengenangkan ganjaran lumayan yang bakal diperolehi,masing-masing sanggup mengambil risiko.

Mereka berlegar-legar sambil mengatur strategi,umpama sekawan serigala yang memburu mangsanya.

Tidak ada lagi cara yang paling baik selain dari menyerang dengan serentak..oleh itu,kelima-lima mereka menghamburkan diri ke arah Roslee dari setiap sudut yang berbeza bagi mengelirukan musuh.Pergerakan yang bersimpang siur tetapi seragam dan teratur itu,membuktikan bahawa mereka bukan sembarangan orang.

Roslee memejamkan mata..dengan mata yang tertutup,beliau dapat mendengar libasan-libasan pedang di sekeliling dengan jelas.Diamatinya satu persatu dengan penuh penghayatan...seketika kemudian terukir senyuman di bibirnya.Dan dalam satu gerakan pantas ia mula menyerang.....dusyum..dusyum..

Amelia yang berada di dalam kereta benar-benar teruja dengan apa yang baru saja disaksikannya.Tau-tau saja kelima-lima samseng itu telah terbungkam...bukan kata hanya tertiarap,terlentang dan tertonggeng...tapi yang tersangkut kat dahan pokok pun ada!

Ih...ih...ih..kuat betul author merapu....dah nama pun cerita merapu,kita merapu ler selagi boleh.......kikiki.

Pahlawan Silam 2:Aku Berus LeeWhere stories live. Discover now