"Daniel..kaki ko macamana?"
"Dah ok Zal..airliur rimau tu power tol.Ambulan yang datang balik kosong la.Kelakar la pulak aku tengok...hahaha!"..Inspektor Daniel tak dapat menahan gelihati.
"Zahir ada tanya ko apa-apa tak Zal pasal malam tadi tu?"
"Mau tak tanya..muak aku menepis siot....hahaha"..teringat dia soalan-soalan maut Kapten Zahir.
"Tuan Guna nak jumpa kita nanti tu petang ni..rasa aku dia nak kita brief dia pasal operasi tu tuh"
"Ok..aku nak keluar jap,nanti dalam pukul 1 aku balik.Ada hal sikit la"
"Orait...jangan tak muncul dah la,mengamuk orang tua tu nanti"
................................................
'Lia"
"Papa ada hal sikit nak bincang dengan Lia ni"..Datuk Harun menatap wajah comel anak gadisnya.
"Hal apa Pa?"
"Mai duduk sebelah Papa"..dia mengengsot ke tepi memberi ruang kepada Amelia untuk duduk.
Suratkhabar yang dibaca dilipat dan diletakkan diatas meja."Pelajaran Lia macamana?..ok ke?"
Tanya Datuk Harun sebaik saja Amelia melabuhkan punggungnya."Ok ja Pa..ada apa sebenarnya ni?..lain macam ja Papa ni Lia tengok"..Amelia mencerlung ke arah Datuk Harun.
"Hahaha...jangan pandang Papa macam tu Lia,malu pulak Papa....hahaha"
"Macam ni".ujar Datuk Harun kemudiannya.
Amelia menunggu penuh setia.
"Papa ingat..Lia berenti ja lah belajar kat kolej tu ya?"
"Ha?!!!..berenti?!..Papa nak suruh Lia kawin ke Pa?..hahaha!"
"Ishhh..budak nih,ke situ pulak dia.Dah gatal sangat nak kawin ke?"
"Takda lah..Lia gurau ja la Pa..hehehe.
Tapi kenapa tiba-tiba bukak mulut pasal nak suruh Lia berhenti belajar ni Pa?"..soal Amelia kehairanan."Papa nak Lia take over bisnes kita"
"What?!..are u kidding?..terlingkup nanti syarikat Papa klau dapat kat Lia..hahaha.Tak nak lah Lia"..Amelia menggeleng-gelengkan kepala.
"Papa serius ni Lia"..tingkah Datuk Harun bila melihat Amelia yang awal-awal lagi dah menolak.
"Papa dah penat sayang,dah lama dah Papa kerja.Lia saja yang Papa ada untuk bantu ambik alih syarikat Papa tu"
Amelia memandang Datuk Harun..
Rasa kasihan dan bersalah mula menyelinap ke hatinya.Dia tau sangat..selama ini Papanya itu telah bertungkuslumus mencari rezeki bagi membesar dan menyara mereka sekeluarga.Airmatanya bergenang bila ingatkan itu semua."Eh?!..dah kenapa pulak ni Lia?..jangan nangis,kalau Lia taknak takpa..Papa tak paksa.Papa cuma tanya ja"...Datuk Harun mendepakan tangannya.Perlahan Amelia masuk ke dalam pelukan Datuk Harun.
"Tak Pa..bukan Lia tak nak.Lia akan ikut apa saja yang Papa nak Lia buat.Demi Papa..Lia rela hati dan sanggup"..balas Lia ikhlas.
Datuk Harun melepaskan pelukan,direnungnya wajah Amelia.
"Kalau nak ikut cakap Papa,yang Lia menangis ni kenapa?"
"Lia sedih sangat bila Papa cakap Papa dah lama kerja dan penat..kesian Papa"
Datuk Harun tersenyum.
"Kali ni biar Lia pulak yang kerja,Papa rilek ja kat rumah"..
Sambung Amelia lagi sambil menyeka airmatanya.Dia memeluk kembali Datuk Harun dan mencium pipi Papa kesayangannya itu.
YOU ARE READING
Pahlawan Silam 2:Aku Berus Lee
FantasyCover by :SashaChubby @myteddybeargomok. Kesinambungan dari Pahlawan Silam..Cincin Zamrud Biru yang hilang beratus tahun dahulu bakal muncul. Berkisar tentang seorang pemuda kampung yang terpaksa berdepan dengan pelbagai rencah kehidupan demi membel...