Bab 15

1.4K 68 28
                                    

Di saat penumbuk Roslee hampir mengenai mukanya,Farid menjerit keras.

"Mummy...arghhhhhhhh!!!"..serentak dengan itu,ia telah terkencing buat kedua kalinya.

Bau petai dan jering yang tingkah meningkah rakus menyerbu Roslee,spontan lubang hidungnya kembang kempis sebagai tanda bereaksi terhadap bau itu.Kombinasi petai dan jering..diadun pula dengan air kencing Farid,telah mencetuskan suatu aroma yang tiada tolok bandingnya.

"Hacchoooooooo!!!....sewaktu penumbuk yang dihayun oleh Roslee cuma tinggal beberapa jengkal saja lagi dari sasaran,mendadak ia bersin..menyebabkan penumbuknya itu tersasar dari muka Farid dan mengenai dinding batu di belakang.Tangannya ditarik lalu menggosok hidungnya yang telah pun merah,dia dah tak peduli lagi pada luka dibuku limanya akibat tumbukan tadi...

"Ha..ha..hacchoooooooo!!!..berkali-kali Roslee bersin,hinggakan tangan yang mencekak leher Farid terlepas.Perlahan-lahan Farid terlorot ke bawah.Kakinya sudah tidak kuat lagi menampung berat badannya.

"Cis....cakap benci kampung,tapi mentekedarah petai..jering.Ptuiii..kalau dah makan petai jering tu,takyah lagi la nak jadi orang putih sangat.Loya tekak aku tau tak?..hacchoooo!!!"..bebel Roslee cuak.

"Nasib baik aku hacchooo!!!...alergik ngan bau petai ngan jering,kalau tak..hacchooo!!!...masuk icu ko"..tambah lagi Roslee sambil menenyeh-nenyeh hidung dan matanya yang gatal.

Farid diam..tunduk je macam orang bodoh.

"Papa!!!"..Amelia yang ternampak Datuk Harun menuju ke arahnya segera berlari mendapatkan papanya itu sambil menangis.

"Hacchoo..hacchoo..hacchooooo!!!..
Iskk..iskk..iskk"

....................................................

"Tambah la lagi Berus Lee,banyak lagi lauk ni"..diambilnya beberapa ketul ayam goreng,lalu diletakkannya ke dalam pinggan Roslee.

"Ehh?..takpa..takpa.Cukup Datuk,dah kenyang sangat dah ni"

"Abang Lee malu tu Pa....hehehe"

"Makan pun malu,alamatnya kebulur laa....hahaha"..balas Datuk Harun.

Amelia menjeling Roslee,bila dilihat Datuk Harun tidak memandang ke arahnya..cepat-cepat ia mengenyitkan mata.

Roslee terbatuk-batuk kecil dan mukanya mula merah padam.Amelia tersenyum nakal...kemudian perlahan-lahan kakinya di bawah meja menjalar mencari kaki Roslee,apabila tersentuh saja..dikuisnya dengan ibujari beberapa kali.Namun Roslee dilihatnya masih berlagak biasa,seolah-olah tidak ada apa-apa yang berlaku.

"Eeeee...geramnya aku.Dia boleh buat tak reti je.Nanti ko..siap la..hehehe"

Lagi sekali Amelia menghulurkan kakinya..apabila tersentuh saja kaki Roslee,cepat-cepat ia menendang.

"Auwwwwww!!!"...ni kenapa ni?"..Datuk Harun membongkok ke bawah meja.

"Alamak aii..macamana boleh terkena kaki papa pulak ni?..kantoi..kantoi"

Amelia memandang Roslee,hatinya bertambah sakit melihat Roslee sedang menyembunyikan ketawanya.

"Lia...kenapa"..

Tapi pertanyaan Datuk Harun itu dipotong oleh Amelia dengan pantas.

"Er..jap Pa ek?..nak ke tandas,hehehe"..dan tanpa bertangguh,ia terus bangun.Tapi sebelum tu,sempat dijelirkan lidahnya pada Roslee.

"Budak ni...ishhh"..Datuk Harun menggelengkan kepala sambil tersenyum sumbing.

"Jangan ambik hati Berus Lee..Lia tu memang gitu,manja lebih dari Nini yang kecik tu..hahaha"

Amelia tidak ke tandas sebenarnya,dia sengaja menyorok di belakang dinding yang memisahkan ruang makan itu dengan dapur.

"Ini anak dara apa ni?..tengendap-ngendap,ingat elok sangat ke tu?"..suara Mak Temah menarik perhatian Datuk Harun dan Roslee di meja makan.

"Mana ada?..mandai je la Mak Temah ni..Lia nak ke tandas la"..serentak dengan itu Amelia terus berlari masuk tandas.

"Kurus semangat...kikiki"

"Jemput makan Makcik"...sapa Roslee lembut.

"Makanlah dulu..Mak Temah kenyang lagi ni,baru lepas tidurkan Nini.Agaknya penat sangat kot main petang tadi,awal lagi dah tidur"..balas Mak Temah sambil menarik kerusi.Diperhatikannya wajah tenang Roslee.

"Kacak budak ni,bersopan pulak tu.Patut pun..belum sampai sehari kenal,Cik Lia dah terpikat...hehehe"

"Mati-mati Mak Temah ingat kamu James Bond...hahaha"

"James Bond?!"..Datuk Harun yang hendak menyuap nasi terhenti,dahinya dikerutkan.

"Iya..James Bond Datuk..hahaha.Itu semua gara-gara Nini laa..dia cakap kat saya yang Lee ni nama dia James Bond,tak reti cakap melayu.Apa lagi..berpeluh saya cakap orang putih"

"Hahaha...mana dia ambik idea nak kenakan orang tu?...hahaha"..berair mata Datuk Harun ketawa.Dapat dia bayangkan rupa Mak Temah yang kononnya nak speaking tu macamana.

Roslee tersengih bagai kerang busuk.Pengalaman pertama kali dipeluk seorang wanita cantik,tak mungkin akan terpadam dari sudut ingatannya.Memori itu akan sentiasa dikenang..

"Macamana luka tangan kamu Berus Lee?"..tanya Datuk Harun setelah ketawanya reda.

"Berus Lee?"

"Ha?!...ya Datuk"

"Mana lagi nak dengar orang panggil Datuk..teringat bab guling-guling dengan Cik Lia tadi la tuu...hahaha"..celah Mak Temah.

"Hahaha..orang muda Mak Temah,hahaha"...tingkah Datuk Harun.

"Datuk tak marah ke anak dia peluk aku tadi?..hmmm,macam ada harapan je ni...hehehe"

"Saya tanya..luka dekat tangan kamu tu macamana?"

"Alhamdulillah Datuk,dah tak berapa sakit lagi dah"..jawab Roslee tersipu-sipu.

Dan yang terlebih malu ialah,Datuk Harun dah tau dia berguling-guling ala hindustan dengan Amelia.Itu semua gara-gara mulut si Nini,budak je pun...tapi mulut dia,ya Allah.Macam murai tercabut ekor..congceng congceng tak berenti.Kalau berenti pun,pasal tidur je la.Itu pun dengar cerita,kadang-kadang dalam tidur pun dia bercakap...

Tapi apa yang Roslee tidak tahu ialah..banglo Datuk Harun itu dilengkapi dengan sistem kamera litar tertutup yang canggih.Set je tarikh bila,dan pukul berapa..semuanya akan jelas terpampang.Jadi kalau pun Nini tak bercerita,Datuk Harun tetap akan tahu jugak..

"Er..err..saya mintak maaf Datuk pasal kes siang tadi.Saya tak tau yang Farid tu anak rakan kongsi Datuk"

"Nak mintak maaf apanya?..bukan kamu salah pun,patut dia yang mintak pada kamu dan Lia"

"Ha'ah kan Pa...nasib baik Abang Lee ada,kalau Abang Lee takde tadi..taktau la apa jadi"..Lia yang baru tiba menyampuk dan mengambil tempat di tepi papanya.

"Kebetulan je tu Cik Lia"..Roslee sudah serbasalah,seboleh-bolehnya ia taknak peristiwa itu diungkit-ungkit.

"Berborak...berborak jugak,tambah nasi lagi Berus Lee"..Datuk Harun yang dapat rasa ketidakselasaan Roslee cepat-cepat menukar topik perbualan.

Diikutkan hati..banyak sebenarnya yang nak ditanya.Tapi tu la,dia tidak mahu membuat Roslee serbasalah.Baginya..suatu hari nanti Roslee pasti akan bercerita juga.Kalau tak pun..dia akan buat sehingga Roslee bercerita,tapi itu kiranya final step la...

Pahlawan Silam 2:Aku Berus LeeWhere stories live. Discover now