Bab 16

1.3K 62 37
                                    

Roslee termenung,matanya sukar untuk dilelapkan.Entah mengapa,hatinya berdebar-debar dan tidak keruan.Adam yang baru saja pulang telah lama berdengkur..penat barangkali terpaksa berjalan jauh.

Setelah puas terlentang,dia tertiarap..dah puas tertiarap,dia mengiring.Pun matanya masih segar berkelip-kelip.Nak tidur nonggeng karang,takut terlepas pulak angin kus-kus..kang tak pasal-pasal Adam halau keluar.

Tingkap biliknya dibuka,bayu malam berhembus lembut menyapa kulit wajahnya.Dipandang kerdipan bintang di langit yang pekat..ia melepaskan keluhan.Kalau dekat kampung,saat-saat yang membosankan seperti ini diisi dengan latihan silat..samada bersendirian atau pun bersama Tok Akil.

Bibirnya mengukir senyuman bila teringatkan orang tua itu..sayang benar Tok Akil padanya.Segala kasih dan sayang yang ditumpahkan tidak berbelah bagi lagi.Tiba-tiba hatinya dijengah rindu..rindu Tok Akil,rindu pada ibu serta adik di kampung.

Fikirannya menerawang ke peristiwa 3 tahun dahulu..

"Roslee...Roslee la satu-satunya anak lelaki mak,mak cuma ada Roslee dan Liana saja.Mak dah takde sapa-sapa lagi dah"..Mak Senah mengesat airmata yang turun membasahi pipi tuanya.

"Mak taknak apa-apa yang tak baik jadi pada anak mak ni,cukuplah dengan apa yang dah berlaku pada keluarga kita sekarang"

Roslee tertunduk..dia tau,selama ni dia banyak menyusahkan hati ibunya itu.Pada hal..dia bergaduh pun bukan kerana apa,tapi sebab tak boleh lagi tahan sabar dengan karenah sepupunya Sahrul serta kawan-kawannya yang selalu mengejek serta membulinya.

"Janji dengan mak Roslee,janji yang Roslee tak akan bergaduh lagi"..gesa Mak Senah.

"Baiklah mak..insyaallah Roslee akan cuba"

"Betul ke Roslee nak Tok kunci semua ilmu-ilmu yang ada pada Roslee?"

"Jangan la semua Tok..hehehe.Tok tolong kunci separuh dah laa."

"Hmmm..ini semua gara-gara mak kamu la ni ya?"..Tok Akil membuat serkap jarang.

Roslee serba-salah dengan pertanyaan Tok Akil itu.Ia cuma mengangguk lesu.

"Jangan takut...Tok bukan nak marah pun,untuk kebaikan kamu jugak tu sebenarnya"

Setelah upacara ghaib yang diadakan selesai...

"Tok dah pindahkan semua ilmu dan tenaga Tok ke dalam badan kamu.Harap-harap boleh bantu kamu suatu hari nanti.Tok ni dah tua...semua tu dah tak penting lagi pada Tok,sebab tu Tok bagi kamu.Kiranya kamu ni sekarang dah jadi waris sah Cakar Rajawali Sakti"

"Apa yang Tok pindah tu campur dengan separuh dari tenaga kamu,semuanya Tok dah kunci.Kalaulah berlaku apa-apa kecemasan,kunci tu boleh dibuka oleh kamu sendiri..sengaja Tok tak letak tenaga yang kuat,kang senang kamu nak bukak balik"

"Terimakasih Tok"

"Ingat pesan Tok..gunakan kebolehan kamu tu untuk jalan kebaikan,jangan disalahgunakan.Tok taknak nanti kamu dilaknat oleh ilmu kamu sendiri"

Roslee mengangguk tanda faham.

"Great power comes with the great responsibility"

Yuppp...seperti pesan Uncle Ben pada Peter Parker dalam citer Spiderman..bezanya Tok Akil tu tak reti cakap orang putih je..kalau tak,kompom ayat tu yang dia bagi........hehehe.

....................................................

Kejadian petang tadi membuatkan Amelia berfikir panjang tentang hubungannya dengan Farid.Dari dulu lagi ia telah banyak mendengar cerita tentang pekerjaan Farid dan segala perangai buruknya,namun atas permintaan papanya..ia gagahkan jua untuk mendampingi lelaki itu.Namun sekarang,segalanya telah terbukti.

Pahlawan Silam 2:Aku Berus LeeWhere stories live. Discover now