Bab 24

1.3K 63 12
                                    

"Mana simpangnya ni Ana?..tak nampak pun"..Amelia menoleh ke kiri dan ke kanan,mencari jalan ke shopping mall di bandar itu.

"Terus je Kak,don't belok-belok"..balas Rosliana yang leka bermain angry bird di telefon pintarnya.

Sesekali ekor mata Amelia memandang ke arah Nini yang sedang nyenyak tidur beralaskan peha Mak Senah di seat belakang.Sejak mula tiba ke kampung Roslee sampailah sekarang,anak kecil itu melekat terus dengan Mak Senah yang dipanggilnya 'nenek'.Sekejap pun tidak mau berenggang...sementelah pula Mak Senah gemar melayan mulut murai si Nini,lagi la dia suka.Dan akhirnya mata Amelia terpahat pada wajah redup Mak Senah..

"Kasihan mak Abang Lee..dah lama sangat dia susah"..entah kenapa hatinya tiba-tiba disagat pilu.

"Kak...kenapa Akak nangis?"..Rosliana yang perasan pada perubahan mood Amelia,pantas menoleh ke arahnya dan langsung bertanya.

"Tak ada apa-apa la Ana..hehehe"..ujarnya serba-salah sambil menyeka airmata.

Pertanyaan Rosliana itu mengundang perhatian Mak Senah.

"Ada masalah ke Lia?"..tanyanya risau tanpa mempedulikan jawapan Amelia tadi.

"Tak ada apa-apalah Makcik"

"Ke Lia tak suka ngan Mak pasal hal tadi?...ye lah,kalau tak kerana nak ikut Mak..hal macam tadi tak akan jadi kan?"..nada Mak Senah mulai mengendur.

"Mak?!...dia bahasakan dia mak?..ini sudah bagus,hehehe"

"Mak jangan cakap macam tu..petang semalam sebaik saja balik,Abang Adam dah ceritakan semuanya pasal keluarga Mak pada Papa dan Lia.Jadi kami memang tau apa yang berlaku"

"Ha?!..maksud Akak,Abang Adam siasat pasal kitaorang?..tapi kenapa?"..tanya Rosliana kurang senang.

"Akak mintak maaf Ana..Mak,Lia mintak maaf"..jawab Amelia tenang.Dia dah agak,soalan sebegitu pasti akan ditanya.

"Papa ahli perniagaan,dan dia ada banyak musuh dalam dunia perniagaan.Biasalah..ramai yang dengki sebab Papa berjaya.Selepas insiden Lia cuba diculik beberapa tahun lepas,Papa lebih berhati-hati dengan sapa dia nak berurusan,dan jugak dengan sapa yang dia nak amik bekerja"..terang Amelia.Dia harap penjelasannya itu boleh membunuh curiga mereka anak-beranak.

"Lia nak kena culik?..masyaallah!..bila tu?"

"Dalam 3 tahun lepas Mak,tapi Lia lawan balik..kereta yang kitaorang naik tu terbabas,pastu ada orang tolong.Kalau tak..Lia tak tau la apa akan jadi.Silap-silap,Lia pun tak mungkin ada kat sini sekarang,entah-entah dah arwah"..Amelia tersenyum pahit.

"Alhamdulillah...Lia jangan risau lagi ya,nanti Mak suruh Lee jaga Lia baik-baik"

"Wahhhh...hehehe,suka suka suka!"

"Abang Ana tu pandai bersilat tau,kalau takat 5-6 orang..makanan dia je.Ana garenti..kalau la dia yang jaga Kak Lia,confirm tak ada yang berani nak dekat.Tapi kan"....

"Tapi apa Ana?"...tingkah Amelia tidak sabar.

Rosliana senyum.

"Kalau Akak kawen ngan Abang...laaaaaagi selamat..hahaha"

"Ishhh kamu ni Ana..cuba la hormat sikit Kak Lia kamu tu.Cakap main lepas je..maaf ya Lia,budak Ana tu memang gitu"

"Takpa Mak,Lia faham...hehehe"

"Betul apa Ana cakap..kan bagus kalau Kak Lia jadi kakak ipar Ana.Kak Lia baik,cantik...pendek kata ke panjang kata ke,memang ngamlah dengan Abang Ana sorang tu..hahaha"

"Dahhh...jangan asyik nak jodohkan orang pulak,kamu dengan Adam tu apa kurangnya?..tak cukup dengan mesej,wassap..ingat Mak orang tua,Mak tak tau ke?..weii..Mak pun pernah muda macam korang tau.Sekali gerak je,Mak dah tau jantan betina"..

"Mak cakap apa ni?!...mana ada!"

"Mana ada mana ada...jangan nak sorok dari Mak.9 bulan Mak ngandungkan kamu tau?..orang lain boleh la kamu tipu,tapi ngan Mak jangan"..Mak Senah terus menggasak.

"Wahhhh...Ana?!..ko berkawan dengan Abang Adam ek?...hahaha,serius?....baru semalam je pun korang jumpa"..ujar Amelia teruja.

"Hehehe....Kak Lia kenal Abang Ana berapa lama?"

"Ar...er.....baru semalam..hehehe"

"Kahkahkah....sama la kita Kak oii!..jadi takyah nak mengata Ana.Kata dulang paku serpih,hahaha"..

"Macam-macam la korang,elok sangat la tu jadi adik-beradik.Kang besok,sama-sama naik pelamin..sama-sama beranak.Nanti Mak cakap kat Abey,buat lagi sekuel pasal anak-anak korang pulak....hahaha"

"Wahhh Mak...kasar gurau nampak,nasib baik dalam keta.Kalau kat luar dah kena cubit dah ni..hahaha"

"Ana pun suka mencubit jugak ke?"

"Eh?!...suka.Suka sangat-sangat"

"Itu macam memang masak la Mak kali ni,sebab Akak pun suka mencubit...hahaha"

"Mati la Mak nakkkkk!"..Mak Senah telan airliur perlahan-lahan,kecut hatinya mendengar perbualan kedua orang gadis di depannya itu.

Tiba-tiba..

"Bising la budak-budak ni,Nini nak tido pun tak senang"

Ketawa mereka berderai kembali.

Pahlawan Silam 2:Aku Berus LeeWhere stories live. Discover now