Bab 71

650 40 41
                                    

Sang Beruang,Asyraf,Roslee dan Naga Merah meluru keluar..di halaman telah terpacak empat orang yang berpakaian hitam dan bertopeng.

"Sang Beruang..Paduka menitahkan kami menghukum tuan hamba kerana telah berkhianat.Sekarang bersiap sedialah tuan hamba untuk dihantar ke neraka"..Setan Api selaku ketua Setan Empat Bersaudara membuka bicara.Suaranya yang lantang dan kuat membuktikan bahawa ilmu beliau diluar jangkauan.

Roslee yang tengah naik angin sebab terperanjat tadi langsung ke depan.

"Ni apa halnya ni?..terpekik terlolong macam beruk yang bawak lari spendar aku ja neh.Dah la datang tak bagi salam...siap ugut nak hantar orang ke neraka pulak tu.Banyak cantik muka ko.Ehh...maaf!..banyak cantik muka tuan hamba"

Sang Beruang cuba menghampiri Roslee,tetapi dihalang oleh Asyraf.

"Biarkan dia lepaskan geram dulu Tuan Pendekar...kempunan dia nanti.Kalau perlu..hamba akan bantu,Tuan Pendekar dan Merah rehat saja dulu.Biar kami yang uruskan"

Sang Beruang memandang ke arah Naga Merah...Naga Merah cuma senyum sambil mengarahkan pandangannya pada Roslee yang sedang berkobar-kobar kat depan.

"Wey Setan Pat Beradik!"

"Setan Empat Bersaudara lah bongok!"..tengking Setan Api dengan rasa marah yang meluap.Punyalah lama mereka dok bertapa hinggakan semua bulu-bulu di badan gugur untuk nak dapatkan nama kumpulan tersebut...tiba-tiba ada yang nak ubah sesuka hati..no no no no no.Where got road?..an..an..an..

"Ahhhhhh....pedulik hapa aku.Aku nak jugak panggil Setan Pat Beradik.Setan Pat Beradik..Setan Pat Beradik....bluerkkkkkkk!"

"Sungguh lancang dan biadap tuan hamba.Siapakah gerangan kamu wahai budak hingusan?..katakan namamu supaya dapat ku tempah batu nisan yang cantik buat mu...hahaha"

"Pe hal lak gelak-gelak ni?.asal jahat ja gelak,asal gelak ja jahat.Tak lucu pong.Ko...ah silap lagi.Tuan hamba kalau tak pandai nak buat kelakar,baik takyah buat.Perasan ja lebih..sendiri bikin lawak sendiri gelak..mengong ko apo?.Yang lagi tiga ekoq tu pun takda nak gelak.Maksukdnya tak lucu la tu...nak bluerk lagi lah.Bluerkkkk"..bidas Roslee seraya menjelirkan lidahnya.

Setan Api merenung setan-setan yang ada dibelakangnya sambil menjegilkan mata.

"Tadi kenapa kamu tiada yang ketawa hah?...lihat..aku telah dipermain-mainkan gara-gara kamu semua.Tidak boleh diharap langsung...beku.Huhhh!!!.."

Sang Beruang dan Naga Merah tertunduk-tunduk menahan ketawa melihat gelagat Roslee dan Setan Empat Bersaudara.

"Berani budak setahun jagung ini memperbodoh-bodohkan Abang Api..izinkan aku yang mengajarnya,biar dia tau bukan semua perkara boleh dibuat main!"..usai berkata-kata,Setan Tanah menghambur ke depan

"Dia datang...dengan lenggang lenggoknyaaa...dia datang!"..sikap Roslee yang acuh tak acuh mengundang masalah bila akar- akar pokok tiba-tiba saja keluar dari perut bumi dan membelit badannya dengan pantas.Rupa-rupanya Setan Tanah telah mengaktifkan kuasa ajaibnya menyebabkan akar-akar tersebut bergerak dan menjerut Roslee.

Melihat keadaan Roslee yang genting itu,Sang Beruang dan Naga Merah maju ke depan untuk membantu...tetapi telah ditegah oleh Asyraf.

"Biarkan dia...kita lihat dulu"..gumam Asyraf tenang.

"Enyah kamu ke neraka budak..hahaha"

Ketika serangan Setan Tanah hampir sejengkal dari mukanya..tiba-tiba sahaja telapak tangan Roslee bercahaya...dan serentak dengan itu akar-akar yang membelit badannya lebur akibat terkena cahaya terbabit.Sepantas kilat pula Roslee mengangkat tangan dan menahan serangan Setan Tanah...terpekik terlolonglah Setan Tanah bila Roslee menguatkan genggamannya.

Pahlawan Silam 2:Aku Berus LeeWhere stories live. Discover now