"Abang Lee..terimakasih sudi temankan Lia"..perlahan saja nada suara Amelia,bimbang jugak dia kalau-kalau Rosliana dan Adam yang berada depan mereka pasang telinga.
Mukanya yang dipalingkan pada Roslee mengukir senyuman yang paling indah.
Roslee meneguk airliur.
"Terimakasih jugak pada Cik Lia..banyak berhabis tadi tu,siap belanja makan lagi"
"Itu small matter only,keluarga Abang Lee kan keluarga Lia jugak"
Melihatkan Rosliana,Adam dan Nini leka berborak tanpa menoleh ke belakang,cepat-cepat Amelia mendekatkan badannya dan meraih lengan sasa Roslee.
"Cik Lia?!"..Roslee memberhentikan langkah,mukanya pucat..
"Abang Lee tak suka ke Lia pegang Abang?"..sengaja Amelia melentukkan kepalanya ke bahu Roslee.
"Err...err...anu..er"..peluh jantan peluh betina semua keluar.Entah-entah peluh pondan pun mungkin ada jugak kot?..hahaha.
"Kalau suka..takyah cakap apa-apa.Jom jalan..hehehe"..gelihati Amelia melihat Roslee yang macam tak tentu arah tu.Seronok pulak rasanya..
Bagaikan dipukau,Ramlee mengatur langkah dengan lengannya dipaut kemas oleh Amelia.Sesekali ia mengerling ke arah Amelia disisi,hidungnya kembang setaman.
"Kak..Kak..tengak Mak Usu Nini ngan Abang Roslee kat belakang kita tu.Apasal Mak Usu pegang Abang Roslee?..dia nak jatuh ke?"
Serentak Rosliana dan Adam berpaling.
"Ha'ah...Mak Usu Nini tu dah jatuh,sebab tulah dia pegang Abang Lee.Hahaha"..ketawa besar Rosliana melihat muka blurr Nini.Adam pun ikut sama tergelak.
"Kalau Mak Usu jatuh,kenapa Akak ngan Abang Dam gelak?..eee....tak paham la Nini perangai budak-budak besar ni"..balas lagi Nini sambil menggeleng-gelengkan kepalanya.Menambahkan lagi lucu pada Rosliana dan Adam.
"Itu gelak-gelak tu mesti mengata aku ngan Abang Lee.Lantak korang la,janji aku bahagia..hehehe"..Amelia bermonolog sendirian,tangannya semakin erat merangkul lengan Roslee.
"Amboi amboi amboiii...mentang-mentanglah dapat awek dari bandar,berlagak ko ek Berus Lee?"..satu suara tiba-tiba menyergah.
"Lomentik tu...hehehe"..menyampuk suara lain disertai dengan ketawa besar mereka yang bersamanya.
Dari lorong sebelah kiri di depan mereka..muncul beberapa susuk tubuh yang tidak asing lagi pada Roslee,tujuh orang semuanya.Ada antaranya yang tidak pernah dilihat dan dikenali oleh Roslee.
Amelia tergamam,dia dapat rasakan sesuatu yang buruk akan berlaku sebentar lagi.
"Kak..Kak..tu sapa yang ramai-ramai tu?.diaorang pun nak tolong Mak Usu jugak ke?"..Nini yang matanya tidak lepas-lepas menoleh ke belakang kerana bimbangkan Mak Usunya pantas bertanya.
"Alamak..itu macam Din Komando je tu.Habis laa"..getus Rosliana sambil memandang ke arah Adam.
Adam yang segera faham maksud pandangan Rosliana,tanpa ragu-ragu terus maju ke arah kumpulan samseng itu.
"Nini ikut Akak ek?.biar Abang Dam pegi tengok diaorang tu"..
"Din..antara kita tak ada masalah,tolong jangan ganggu kami"..ujar Roslee tenang,Amelia dibawanya ke belakang.
"Apa dia Berus Lee?..tak ada masalah kata ko?."..kata-kata Din Komando disambut dengan ketawa oleh anak-anak buahnya.
"Bagi ko takde masalah,tapi bagi aku..ko ni masalah besar dalam kampung ni.Hurmmm..dah ada awek ko sekarang ek?.cantik pulak tu,bagi aku pinjam dua tiga malam boleh?..hahaha"
YOU ARE READING
Pahlawan Silam 2:Aku Berus Lee
FantasyCover by :SashaChubby @myteddybeargomok. Kesinambungan dari Pahlawan Silam..Cincin Zamrud Biru yang hilang beratus tahun dahulu bakal muncul. Berkisar tentang seorang pemuda kampung yang terpaksa berdepan dengan pelbagai rencah kehidupan demi membel...