Bab 33

1.2K 60 7
                                    

"Nini nak ikuttt...tunggu!"..Nini menjerit dari atas rumah bila mendengar bunyi enjin kereta dihidupkan.

Terkocoh-kocoh anak kecil itu berlari mendapatkan Amelia.

"Apa la Mak Usu..kenapa tak panggil Nini tadi.Penat tau lari..semput kita"

"Hahaha...ingat taknak ikut,kemain lagi Mak Usu tengok Nini ngan Nenek tadi"

"Dah tak ada orang yang nak layan Nini,Nini main la ngan Nenek"..dengan petah Nini menjawab.

"Mak Usu nak gi mana ni?"

"Ikut je la..banyak songeh pulak budak ni.Ikat mulut tu baru tau"..Amelia mengugut.

Roslee,Adam dan Rosliana ketawa kecil melihat telatah mereka berdua.

"Budak kecil macam Nini berani la Mak Usu ikat..tapi kalau budak besar macam Abang Roslee,macamana?"..

"Kalau Abang Roslee..Mak Usu Nini tak ikat,tapi ciummm..hahaha"..Rosliana tiba-tiba mencelah.

"Ana!..ko ni kan,akak cubit baru tau"..Amelia menjeling,pura-pura marah.Tapi dalam hati..suka sangat-sangat diusik begitu.

"Euwwww..Mak Usu tak malu.Nak cium ek?..cium la,nanti Nini report ngan Atok"

"Mak Usu Nini lagi suka kalau Nini report..hehehe"..tingkah Rosliana.

"Aik?!..apa pasal pulak Mak Usu suka?"..dengan mata terbuntang Nini merenung Rosliana.

"Sebab..boleh terus kawin,hahaha"...

"Wahwahwahhhh...sesedap rasa je kan mulut ko Ana,nah!..ini yang ko nak kan?"..satu cubitan hinggap di peha Rosliana.

"Auwwww!..cubit-cubit sayang ke apa ni?..hahaha"..

Sejurus kemudian kelihatan Amelia mengejar Rosliana yang tak putus-putus ketawa.

"Eee....tak malu,tak malu..Atok..Mak Usu kan,dia nak main kawin-kawin ngan Abang..mmphhh"..Amelia memberhentikan larian seratus meternya dan dengan pantas menekup mulut Nini.

"Laa..tak pegi lagi ke?..ingat dah jalan dah tadi"...Datuk Harun terjongol di pintu.

"Dah nak pegi dah ni Pa...hehehe.Dah..jom..jom!"..Amelia terus menggendung Nini dan memasukkannya ke dalam kereta.

Roslee tengok Adam,Adam tengok Roslee..mereka tersenyum.

..........................................

"Sial la!"..bentak Sahrul sebaik sahaja tiba di meja yang menempatkan Abdul dan Husin.Keduanya terlopong.

"Ni apa halnya ni Arul?..takde angin takde ribut,tiba-tiba je ko naik hantu.Pasal?"..tegur Husin.Tangannya mencapai gelas berisi teh o ais,lalu diteguknya perlahan.

"Betina yang semalam tu la,sapa lagi"..sahut Sahrul sedikit mendengus.

"Betina mana pulak ni?"

"Yang lempang aku semalam tu laa"..jawab Sahrul cuak.

"Kenapa pulak dengan dia?..ko dah jatuh cinta ke?..hahaha"..celah pula Abdul.

"Kepala hotak ko?..ko ingat aku ni main-main ke hah?!"..merah padam Sahrul menahan marah.Mau je rasanya dia sekeh-sekeh budak sekor tu..

"Rilek la Arul,takkan member gurau sikit pun dah nak marah"..celah Husin.

"Sori ar bhai,aku bengang giler ngan betina tu,ko pun satu Dol..nak bergurau tak tengok kiri kanan"

Abdul tersengih.

"Apasal ngan pompuan tu Arul?"..tanya Husin ingin tau.

"Aku balik semalam,aku cakap ngan bapak aku pasal kes tu.Ko tau la kan bapak aku macamana?"

Husin dan Abdul serentak mengangguk.

Sahrul menelan airliur dan menyambung kembali ceritanya.

"Jadi malam tadi..bapak aku ajak dua tiga orang kampung pegi rumah Tok Akil,aku pun ikut sekali la kan.Korang tau..depan bapak aku betina sial tu warning aku!..bila bapak aku nak defend,dengan bapak-bapak aku sekali dia sekolahkan."

"Uihhh..dia tu datang kat kampung kita,kemudian dia pulak nak tunjuk samseng?.ini sudah lebih bhai"..Abdul menyuarakan rasa tak puashatinya.

"Walau macamana pun,aku mesti balas.Dia dah malukan aku dan bapak aku depan orang kampung.Tapi masalahnya..aku tak boleh nak tunjuk muka,takut jugak kot-kot ada yang bagitau Mama aku"..Sahrul sedikit kecewa.

"Korang tengok merce yang kat simpang sana tu.Itu tak salah aku,macam kereta pompuan tu tuh"..Husin bersuara tiba-tiba sambil matanya memandang ke hujung jalan.

Serentak Sahrul dan Abdul menoleh.

"Ha'ah la bhai,itu kereta pompuan semalam la.Pagi-pagi macam ni dah keluar,aku target dia nak pegi pasar tu.Arul..apa lagi,inilah masa untuk kita balas balik apa yang dah dia buat semalam"..mata Husin tidak berkedip memandang mercedes hitam yang ditunjukkan Abdul.Dia mendengus geram.

"Aku tak berani ar..dibuatnya Mama aku tau,mampus!"

"Apa kata aku hello-hello kawan aku?.kang bila dah setel,ko belanja la diaorang makan"..usul Abdul.

"Cantikkk..jalan jugak otak ko Abdul,aku ingat beku..hahaha"

............................................

"Nak belok ke mana ni,kiri atau kanan?".

"Abang pegi terus je dulu,nanti jumpa simpang...masuk kanan"..arah Rosliana.

Roslee dan Amelia berada di seat belakang,masing-masing leka melayan perasaan.Sesekali Amelia menjeling dan senyum ke arah Roslee di sisinya.Roslee perasan semua tu,tapi dia sengaja berlagak macam tak ada apa-apa yang berlaku.Pandai berlakun pulak si Roslee nih..kikiki.

Nini pula dah terlentuk di riba Rosliana dekat seat depan..penat bercakap agaknya.

Akhirnya kereta yang dipandu Adam berhenti di tepi jalan berhampiran pasar.Mereka tidak sedar bahawa gerak-geri mereka sedang diperhatikan oleh Sahrul dan rakan-rakannya.

"Mana kawan ko Abdul?"..tanya Sahrul tidak sabar.

"Jap lagi sampai la..ko ingat call je terus sampai ke?..dia mesti la nak calling-calling yang lain dulu.Rilek arr...diaorang mesti mari punya"..balas Abdul dengan yakin.

Pahlawan Silam 2:Aku Berus LeeWhere stories live. Discover now