Bab 45

971 48 46
                                    

"Apa pendapat Lebai?!"

"Ntah la Tengku,saya pun tak tau nak cakap apa.Syeikh macamana?!"..Lebai Dolah memandang Tok Syeikh yang sibuk melurut-lurut janggutnya.
Kononnya sedang brfikir la tuh.

"Ko Jenal..macamana?"..sudahnya Tok Syeikh ajukan pulak soalan tu pada Pak Jenal.Terkebil-kebil orang tua tu.

"Yang mana elok,saya ikutkan aje....hehehe"..sahut Pak Jenal bersahaja.

"Belum ada apa-apa keputusan pun lagi,ko dah sanggup ikut semua.
Senang banyak nampak"..bidas Tok Syeikh.Dikuti deraian ketawa Asyraf dan Lebai Dolah.

Malam itu mereka berempat iaitu Asyraf,Pak Jenal,Lebai Dolah dan Tok Syeikh mengadakan perjumpaan ekoran dari berita yang diterima dari Inspektor Rizal siang tadi.

"Saya rasa la...ada baiknya kalau saya balik KL,tengok dan bantu apa yang patut"..tutur Asyraf perlahan.Perkara itu telah pun dibincangkannya dengan Safira,tambah pulak mereka dah 2-3 bulan tak jenguk Mak Munah.Kesian..orang tua tu rindukan cucunya.

"Hmmm..elok tu memang elok,Tok Ayah setuju Tengku.Tapi Tok Ayah nak pesan satu..andai kata Tengku dapat tau mana Guntur Geni..Tok Ayah tak nak Tengku pegi sorang.
Ingat..dulu Tengku belum ada tanggungjawab,tapi sekarang ni dah lain.Tengku dah ada keluarga apa semua"

"Betul cakap Tok Syeikh tu Asyraf..
Pak Long tak nak apa-apa perkara buruk berlaku pada kamu.Biar kita gempur dia ramai-ramai,kita tengok sehebat mana kekuatan iblisnya itu"..tambah Pak Jenal menyokong kata-kata Tok Syeikh tadi.Lebai Dolah cuma mengangguk-anggukkan kepalanya.

"Insyaallah..terimakasih Tok Ayah,Pak Long,Lebai.Semoga usaha kita memerangi kejahatan diberkati Allah"
................................................

"Assalamu'alaikum Bilal"

"Wa'alaikumussalam..apa tercegat saja kat situ,jemput lah naik"..pelawa Asyraf ramah pada Mamat dan Kamal.

"Kat bawah ni lagi selesa..boleh kami jumpa Bilal sekejap,ada hal sikit yang nak bincang"..Kamal sebagai jurucakap yang bertauliah membuka mulut.

"Kejap ya...saya order kopi o dulu,malam-malam gini kalau pekena kopi best ni...hahaha"..Kamal dan Mamat ikut sama tertawa.

"Sayang...tolong buat kopi o,nanti hantar ke bawah ya?"

"Baik Bang..tapi kena tunggu la kejap,Ira nak tidurkan Aliff dulu"..kedengaran suara Safira menyahut dari dalam bilik.

"Ok sayang...isi dalam teko,bawak 3 cawan ya"

"Ye la Cik Abang sayang"

Mamat tersengih..

"Bahagianya diaorang...kalaulah aku ada keluarga,tentu aku pun akan bahagia macam ni"

Melibat perubahan pada raut wajah Mamat,cepat-cepat Kamal mencuit bahunya.

"Kita ke sana aja lah ya"...Asyraf menunjukkan ke arah pondok kecil di hujung halaman.

"Bilal..maaf.Kami tak bermaksud nak rahsiakan apa-apa dari Bilal"..Kamal memulakan bicara sebaik saja mereka melabuhkan punggung.

"Teruskan Mal"..Asyraf memberi perangsang setelah dilihatnya Kamal menelan airliur berkali-kali,tapi cakapnya tak jugak keluar.

"Bilal..Bilal pun tau kan yang kami dulu berguru dengan orang yang puja setan".

"Tau..dah tu kenapa?!"..tanya Asyraf pendek.

"Guru kami tu kalau Bilal nak tau..ialah Pak Mahat.Yang jadi serigala jadian dan bergaduh dengan ninja dulu tu.Kan video tu jadi viral 3 tahun lepas"..balas Kamal.Mamat cuma tertunduk..dia tak berani nak angkat muka.

Pahlawan Silam 2:Aku Berus LeeWhere stories live. Discover now