Bab 79

473 28 31
                                    

"Macamana ni Jor-El?...aku takut"

"Aku pun tak tau nak cakap apa Lara.aku sudah cuba meyakinkan anggota Majlis Tertinggi tentang teori ini,bukan saja mereka menolak mentah-mentah...malah aku pula yang dituduh sebagai pengkhianat bangsa"..balas Jor-El kesal

Ini bukan kali pertama ia membentangkan usulnya..sudah acapkali hinggakan Majlis Tertinggi mengesyakinya berkhianat dan mempunyai agenda yang tersendiri.

Bayi-bayi di Planet Krypton dilahirkan melalui proses persenyawaan yang dikendalikan sepenuhnya oleh Mesin Kehidupan.Pemilihan secara rawak akan dibuat bagi menentukan masa depan mereka sama ada akan menjadi doktor,tentera,ahli politik atau sebagainya.

Pada peringkat permulaan..bayi-bayi yang dihasilkan akan ditidurkan di dalam Balang Kehidupan sehingga mencecah usia lima tahun..dan sepanjang tempuh itu segala macam input berkaitan tugas masing-masing akan disalurkan ke dalam minda mereka.Setelah dibangunkan..kanak-kanak tersebut akan dihantar ke pusat-pusat latihan yang berbeza mengikut pada bidang kerja yang telah ditetapkan oleh Mesin Kehidupan sebelumnya.Dalam tempuh ini ibubapa tidak dibenarkan melawat sehinggalah anak-anak mereka tamat latihan iaitu pada umur lima belas tahun.

Perkara inilah yang cuba diperjuangkan oleh Jor-El kerana pada beliau setiap ibubapa berhak membesarkan anak mereka dan bayi-bayi itu pula punya hak untuk menentukan takdirnya sendiri bila meningkat dewasa nanti.Namun suara protes Jor-El tidak mampu mempengaruhi Majlis Tertinggi yang memberi alasan bahawa Aturan Hidup yang dibuat itu adalah bertujuan menjaga keseimbangan ekonomi serta kemakmuran Planet Krypton.Mengubah tradisi yang telah diikuti sejak zaman berzaman adalah sesuatu yang mustahil.

"Aku kira bila-bila masa saja tentera Majlis Tertinggi pimpinan General Zod akan datang menangkap aku.Andainya mereka datang...pasti keberadaan anak kita ini akan ketahuan dan dalam bahaya"..sambung Jor-El sambil memandang ke arah Kar-El yang sedang lena.

Kar-El adalah satu-satunya bayi di Planet Krypton yang lahir melalui kaedah semulajadi.Selama kelahirannya enam bulan yang lalu..Jor-El dan Puteri Lara telah berjaya merahsiakan perkara tersebut dari pengetahuan Majlis Tertinggi.Tetapi nampaknya sekarang segala apa yang cuba disorokkan itu bakal terbuka.

"Kita mesti berbuat sesuatu Jor-El.Aku tidak rela anak kita dijadikan bahan eksperiman mereka"...tingkah Puteri Lara.Kar-El dipeluknya erat.

"Jangan risau Lara..aku telah siapkan pod kecemasan untuk Kar-El dan kamu.Andainya berlaku sesuatu yang tidak diingini..kalian berdua akan aku hantar keluar jauh dari planet ini.Di sana nanti aku harap kamu akan menjaga dan mendidik putera kita dengan baik tanpa gangguan".

Tiba-tiba siren kecemasan berbunyi diikuti suara amaran.

"ALERT..ALERT..PENCEROBOH DI PINTU UTAMA..ALERT..ALERT!!"

"Itu pasti mereka yang datang..cepat Lara!..bawa Kar-El ke pod kecemasan di Hangar Bay 1!"..arah Jor-El.

"Bagaimana dengan kamu Jor-El?"..soal Puteri Lara cemas.

"Aku akan bertahan sehingga kamu dan Kar-El selamat pergi dari sini."

"Tidak Jor-El..aku akan bersamamu sampai akhir hayatku"..

Jor-El menghampiri isterinya.

"Dengar sini sayang..Kar-El adalah satu-satunya putera kita.Legasi dari keturunan Jor-El dan Puteri Lara..penerus kepada keturunan kita.Kamu mesti memastikan putera kita selamat.Sekarang pergilah..aku akan melindungimu"..gesa Jor-El lagi.

Dengan berat hati Puteri Lara melangkah menuju ke Hangar Bay 1 yang menempatkan pod kecemasan.

"Selamat tinggal sayang..semoga kamu akan tumbuh menjadi seorang yang berguna di masa akan datang.Bonda minta maaf kerana tidak dapat menemanimu..maafkanlah bonda"..perlahan Puteri Lara meletakkan si kecil Kar-El ke dalam pod tersebut dan menekan destinasi 'random'.Kokpit pod itu tertutup secara perlahan..dan seterusnya meluncur ke angkasa lepas menuju ke suatu destinasi yang belum pasti dengan iringan deraian airmata Puteri Lara.

Pahlawan Silam 2:Aku Berus LeeWhere stories live. Discover now