"Apakah benar kata-katamu ini Jalak?!"
"Benar Paduka..tidak ada yang tidak benar melainkan benar belaka.Kepala hamba menjadi pertaruhannya"...Jalak Senteng menekur wajahnya ke lantai,tiada berani ia mengangkat muka lagi.
"Cis Setan Api!!...sungguh tak ku duga dikau akan bermain kayu tiga.Harapkan sokong..sokong membawa rebah.Harapkan ayam..ayam makan padi!"
"Ayam Paduka?"..soal Jalak Senteng seraya memandang ke atas tanda berfikir.
"Yaaa..ayam.Harapkan ayam..ayam makan padi.Mengapa wahai Jalak?..adakah salah ucapan beta tadi?"..tengking Menteri Pasola sambil menjegilkan matanya ke arah Jalak Senteng.
"Be..be..benarlah apa yang Pa..Paduka tuturkan itu..tiadalah salah lagi.Cu..cuma tadinya hamba yang terkeliru sendiri dek kerana pengetahuan yang cetek.Ampunkan hamba Paduka..ampunkan hamba"..tingkah Jalak Senteng sedikit gugup.
"Hahahahahahaha...ilmu pengetahuan kamu memang tidak setanding jika dibandingkan dengan beta Jalak.Umpama langit dan bulan"
"Umpama langit dan bulan?...bila masa la pulak bumi bertukar menjadi bulan.Kacau..kacau..perogol bahasa rupanya Menteri Pasola ni.Tapi biarkan saja lah dia..biarkan Luncai terjun dengan labu-labunya...andai dilawan bercerai nanti kepala dari badan."
"Sekarang apa ikhtiar kita Paduka?..Setan Api sudah terang-terangan berpaling tadah.Hamba bimbang kuncu-kuncunya akan mengikut jejak langkah beliau"
"Hmmmm....biarkan mereka.Beta akan lapurkan hal ini pada kekanda Jensen King,harap kekanda beta itu punya akal untuk tanganinya nanti.Apa yang perlu kamu lakukan sekarang ialah perhatikan tingkahlaku pengkhianat-pengkhianat itu dan lapurkan segera kepada beta sekiranya ada perkara ganjil yang berlaku."
........................................................
"Apakah benar saudara Setan ingin menyatakan taat setia pada Pendekar Asyraf dan Pendekar Lee?!"..soal Sang Beruang sambil merenung tepat ke muka Setan Api.Amat sukar dipercaya kenalan lama merangkap pembunuh nombor satu Menteri Pasola itu sanggup berpaling tadah.
"Benar Beruang...kehebatan Pendekar Asyraf dan Pendekar Lee telah membuka mata hamba yang selama ini tertutup.Dalam usia yang sebegitu muda...hamba tidak menyangka bahawa kehebatan mereka tiada taranya.Lagi pun hamba memang merancang untuk membersihkan diri dari segala noda dan nista..cuma mungkin masa itu belum tiba.Hamba tiada bukti untuk membenarkan segala perkataan hamba..andainya masih ada keraguan di hati,tuan hamba bolehlah mengambil nyawa hamba sebagai galang ganti"...balas Setan Api seraya menghulurkan pedang api kepada Sang Beruang dengan kedua belah tangannya seraya menundukkan wajah.
"Tuan"...
"Ya Awan"
"Setan Api terkenal dengan kekejamannya.Tidak semudah itu ia akan menyerah kalah.Biar hamba yang mengujinya Tuan"..Awan Ajaib menawarkan pertolongan.
"Bagus cadangan kamu itu Awan...tapi bagaimanakah caranya?"
"Senang saja Tuan..biarkan Setan Api berjejak di atas hamba.Apa yang tersembunyi dalam pemikirannya akan segera hamba ketahui"
"Baik Awan...terimakasih"
"Bagi membuktikan ketulusan hati Setan Api..hamba mengusulkan supaya beliau maju dan naik ke atas Awan Ajaib hamba ini"
Kesemua yang ada di situ berpaling ke arah Roslee.
"Apakah hanya menaiki awan tuan hamba maka kita akan mengetahui kebenaran yang tersembunyi?"..soal Sang Beruang penuh curiga.
"Tuan Pendekar usah gundah gulana..hamba tau apa yang harus dilakukan"..balas Roslee sambil tersenyum.
"Bagaimana tuan hamba?...adakah tuan hamba sanggup"..soalnya kembali bila dilihat Setan Api membatukan diri.
"Tiada apa yang hamba hendak sembunyikan Tuan Pendekar.Berani kerana benar dan tidak tumbuh tidak melata...tidak sungguh hamba tidak akan kata"...Setan Api berjalan dengan tenang lalu menjejakkan kaki ke atas Awan Ajaib.
Beberapa ketika kemudian...
"Tuan"...
"Ya Awan"..
"Dari apa yang hamba lihat..Setan Api benar-benar ikhlas dan ingin menjalin persahabatan dengan Tuan dan Pendekar Asyraf.Tuan berdua adalah idolanya"....
"Ehhh?!!...jap..jap....jappp.Dari mana kamu belajar sebut idola tu Awan?"..cepat-cepat Roslee memotong cakap Awan Ajaib.
"Dari Tuan lah..dari siapa lagi?"
"Alamakkk...ini macam aku tak boleh nak simpan rahsia lagi lah"..ujar Roslee sambil menepuk dahi.
"Tuan usah khuatir..rahsia Tuan selamat bersama hamba"
"Dah kenapa tuan hamba menepuk dahi?..ada apa-apa masalahkah?"..tiba-tiba Sang Beruang bersuara.Semua mata memandang ke arah Roslee.
"Ehh...tak..takda masalah apa-apa,cuma tadi ada hal peribadi sikit antara hamba dan Awan...hehehe"
"Macamana Lee?...Awan cakap apa?"..soal Asyraf tidak sabar sambil memandang ke arah Setan Api yang tetap bertekuk lutut.
"Awan memberi jaminan bahawa Setan Api benar-benar ikhlas ingin bersahabat dengan kita semua"...balas Roslee memecahkan teka-teki yang bersarang di kepala.
"Alhamdulillah...selamat kembali saudara hamba Setan Api"..Sang Beruang mengambil langkah utama mendapatkan Setan Api dan memeluknya..diikuti oleh Asyraf,Naga Merah dan akhir sekali Roslee.
"Maafkan hamba kerana telah ter-bunuh saudara-saudara tuan hamba"
"Adat pendekar..kalah menang dan ajal maut itu perkara biasa Tuan Pendekar.Lagi pun kami yang datang mencari geruh...maafkanlah jua kekhilafan hamba"..balas Setan Api dengan senyuman terukir di bibir.
"Tuan hamba...hamba nak tumpang bahu tuan hamba barang seketika.Tiada tertahan lagi keharuan di hati hamba melihatkan sahabat lama hamba Si Setan Api yang telah kembali ke pangkal jalan..huhuhu"..tidak semena-mena Sang Beruang menangis dan menyembamkan mukanya ke bahu Naga Merah.Terhinggut-hinggut badannya...ih..ih......ihhh.
"Dalam ramai-ramai orang..aku juga yang dipilihnya.Sabar ja lahhh"..Naga Merah cuma sekadar memandang Sang Beruang dengan rasa cuak..nak muntah pun ada.Kalau tak kerana hormat pada Asyraf dan Roslee..dah lama Sang Beruang kena terajang.
"Pada pandangan hamba la..saudara Setan sudah tidak sesuai lagi menggunakan nama Setan Api,macamana kalau nama itu diubah kepada suatu nama yang lebih sesuai dengan peribadi saudara Setan yang baru"..Roslee membuka mulut memberikan pendapat.
"Hamba setuju sangat..tapi apakah nama yang patut hamba guna?"..tingkah Setan Api.
"Hmmm...apakata kalau guna nama Kamen Rider,tak pun Human Torch..power Setan Api kan api,sama macam Human Torch dalam pilem Fantastic Four"...Roslee berniat menyambung lagi kata-katanya,tetapi terbantut bila Asyraf membulatkan mata ke arahnya.
"Peace bro....hehehe"...
Asyraf menggeleng-gelengkan kepala.
"Hamba pun bersetuju dengan Roslee"..Asyraf memulakan bicara.
"Pada hamba...nama yang paling sesuai ialah Dewa Api"
"Hamba setuju..memang terbaik cadangan Pendekar Asyraf.Tadi pun nama inilah yang hendak hamba cadangkan...hehehe"..Roslee mencelah pantas.
Maaati la nakkk....hahaha
YOU ARE READING
Pahlawan Silam 2:Aku Berus Lee
FantasiCover by :SashaChubby @myteddybeargomok. Kesinambungan dari Pahlawan Silam..Cincin Zamrud Biru yang hilang beratus tahun dahulu bakal muncul. Berkisar tentang seorang pemuda kampung yang terpaksa berdepan dengan pelbagai rencah kehidupan demi membel...