"Liana...pegi panggil Tok Akil minum!"..laung Mak Senah pada Rosliana yang sedang mengulangkaji di biliknya.
"Jap mak...Ana simpan dulu buku-buku ni"..usai berkemas,ia segera keluar mendapatkan Tok Akil yang berlenggeng di bangku di hadapan rumah.
"Seksinya Tok....hahaha"
"Kamu ni Ana...salam tak apa pun tak...main terjah je.Anjat boboi tau?..hahaha"
"Hehehe...sorry Tok.Emergency"..tingkah Rosliana sambil membetulkan tudung di kepalanya.
"Emergency?...ada apa?"..dengan wajah risau Tok Akil terus bangun.
"Er...mak panggil Tok minum....hehehe"
"Emergency tengkorak kamu!..hiii....sabar je la aku budak nih"..Tok Akil menggeleng kepala melihat Rosliana yang mengekek-ngekek ketawa.
"Kamu usik Tok lagi ya Ana?"..sergah Mak Senah dari pintu.
"Eh?!...takde la mak.Tok ni,dia mintak tolong Ana cari gigi dia.Dia lupa taruk kat mana...hahaha"
"Sudahnya...aku jugak yang kena...hahaha"..tingkah Tok Akil sambil berjalan ke serambi.
Rosliana memanjangkan lehernya..dari kejauhan kelihatan sebuah kereta mercedes berwarna hitam membelok masuk.
"Mak...ada orang datang"..jeritnya pada Mak Senah.
"Mana?..sapa?"..terkocoh-kocoh Mak Senah keluar dari dapur.
"Hahaha....mak ni?..rilek la mak,apa hal nak kecoh sangat ni?"
"Hahaha...mana ada kecoh?.mak tanya je pun.Adam datang lagi ke Ana?"
"Taklah...Abang Adam kereta honda,itu tu mercedes"
Akhirnya mercedes hitam itu tiba dan berhenti di tengah halaman.
"Abang Adam la mak..tapi sapa pulak dengan dia tu?"..Rosliana memicingkan matanya,diamati lelaki segak yang bersama Adam.
"Ya Allahhhh..Abang Lee mak,mak...Abang Lee balik!"..terus saja Rosliana berlari menuju ke arah Roslee yang tersenyum girang.
"Alhamdulillah...syukur ya Allah!"..berderai airmata Mak Senah melihat kemunculan Ramlee.Tok Akil yang turut ada di situ menahan sebak,biar pun baru 2-3 minggu berpisah..namun hati tuanya cukup merindukan anak muda itu.
Wahhh...mak tengok Abang ni,hensom giler sekarang.Ana pun tak kenal tadi"..usik Rosliana.
Roslee cuma tersenyum simpul,tangan ibunya disambut dan dikucup penuh hormat.
"Apa khabar mak?"
"Alhamdulillah..mak baik Lee.Dah..pegi salam Tok kamu tu,kesian dia..tunggu giliran je dari tadi"
""Hahaha...mak dengan anak sama je,asyik nak mengenakan aku aje"..tingkah Tok Akil sambil memeluk Roslee.
"Makcik dan Tok apa khabar?"..sapa Adam lembut.
"Kami baik-baik saja"..balas Mak Senah.
"Nenek..nenek tak pandang pun Nini.Abang Lee dengan Pakcik Adam dah besar,takyah la nak jaga lagi"..suatu suara kecil tiba-tiba menyampuk.
"Hahaha..mari dekat nenek..nama sapa?"..Mak Senah mendepakan tangannya.Tanpa segan-silu dan takut-takut,Nini mendapatkan Mak Senah lantas memeluknya.
"Nama Nini..Nini nenek..hehehe"
"Nini ya?..comelnyaaaaa..mari peluk Kak Ana pulak"..ujar pula Rosliana.
"Pa..tengok la Nini tu,makin banyak la lemak dia kat sini...hehehe"..getus Amelia perlahan.
"Biar la dia..dia pun tak ada sapa-sapa selain dari kita.Jomlah..kita jumpa bakal mak mertua Lia...hahaha"
"Papa ni..volume tu kasi slow la sikit,dengar kat orang..malu la Lia"..Amelia menunduk,cuba menyembunyikan mukanya yang sudah bertukar merah kerana diusik oleh papanya.
...................................................
"Cik Lia duduk dula ya,Makcik nak pegi pasar kejap"
"Makcik ni..berapa kali nak Lia cakap,panggil Lia je..takyah nak bercik-cik bagai"
"Segan pulak rasanya,lagi pun Cik Lia ni anak majikan Roslee..hehehe"..serba-salah jadinya Mak Senah.
"Tengok tu,bercik-cik lagi?..alahai...apa nak segannya?..panggil Lia je ek?"..lengan Mak Senah dipegang dan digoncangnya perlahan.
"Anak manja rupanya Kak Lia ni...hehehe"..Rosliana menahan ketawa melihatkan Mak Senah dan Amelia.
"Ala mak..apa nak berkira sangat ni?..dah yang empunya badan cakap gitu,ikut je la...kan Kak Lia kan?"
"Ha'ah..betul tu Ana..kalau Makcik panggil Lia lagi,siap la Makcik.Lia geletek Makcik macam ni"..usai berkata-kata,Amelia terus menyucuk pinggang Mak Senah dengan jarinya.Terkial-kial orang tua tu dikerjakannya.
"Hahaha...dah..dah..Makcik dah tak tahan lagi,dah nak terkencing dah ni..hahaha"
"Hmmm..tau takut.Nak panggil Cik Lia lagi tak?"..soal Amelia buat-buat garang.
"Tak berani lagi dah Makcik Lia oii..kang tak pasal-pasal terbarai kencing Makcik kat sini.hahaha"
Suasana riuh di dapur menarik perhatian Roslee,Adam,Datuk Harun dan Tok Akil yang sedang berbual di ruang tamu.
"Itu tu kalau tak kerana Nini,kerana Lia..menyakat orang je la kejanya...hahaha"..Datuk Harun ketawa lebar mengingatkan perangai anak-anak gadis kesayangannya.
"Pa..Lia nak temankan Makcik dengan Ana ke pasar,boleh tak?"..tiba-tiba Amelia muncul dari arah dapur,diikuti oleh Mak Senah,Rosliana dan Nini.
"Tak menyusahkan Mak Senah ke?"..Datuk Harun mengalihkan pandangan pada Mak Senah.
"Mana ada susahnya Datuk..tak adalah"...pantas Mak Senah menjawab.
"Hmmm...kalau Mak Senah dah cakap gitu,Lia pegilah.Bawak kereta sekali..Dam,kunci kereta tolong bagi kat Lia"
"-Bagus Datuk Harun ni..dengan pekerja dia pun dia boleh cakap 'tolong'..untung Roslee dapat majikan macam ni"..Tok Akil kagum dengan sikap yang ditunjukkan oleh Datuk Harun.
"Thanks Pa..hehehe"..cuppp,satu ciuman hinggap di pipi papanya.Datuk Harun tersengih.
"Nini pun nak cium jugak..mana aci Maksu je yang dapat"..tingkah Nini.
"Yelah..yelahhh...sayang Nini..hahaha"..satu ciuman hinggap lagi.
"Hati-hati bawak keta tu,jangan laju-laju"..pesan Datuk Harun.Dia tau sangat peel Amelia kalau dah pegang stereng,jalanraya tu dah macam dia punya sorang.
YOU ARE READING
Pahlawan Silam 2:Aku Berus Lee
FantastikCover by :SashaChubby @myteddybeargomok. Kesinambungan dari Pahlawan Silam..Cincin Zamrud Biru yang hilang beratus tahun dahulu bakal muncul. Berkisar tentang seorang pemuda kampung yang terpaksa berdepan dengan pelbagai rencah kehidupan demi membel...