Bab 3

1.5K 69 207
                                    

"Abang Kadir..tolong berenti dekat kedai depan sana,saya nak beli paper"

"Kedai mamak tu ke Datuk?"

"Ha'ah"

Datuk Harun menapak keluar dari kereta diperhatikan oleh pemandunya.Orang lain la kan,bila dah jadi Boss tu..semua benda nak arah orang buat,kalau boleh makan pun nak suruh orang tolong suapkan.Tapi berbeza dengan Datuk Harun..ia lebih suka membuat sendiri satu-satu perkara daripada mengarahkan orang bawahan,jadi tidak hairanlah kalau ia cukup dihormati oleh para pekerjanya.

Hari itu ia bersama 2 orang pengawal peribadinya iaitu Latif dan Hasyim,Adam selaku Ketua Pengawal telah diarahkannya untuk menghantar Nini ke sekolah.

Anak angkatnya yang baru berusia 8 tahun itu cukup rapat dengan Adam,andainya Adam tak temankan ke sekolah..memang tak sampai la dia jawabnya.Kalau dipaksa jugak,ditutuhnya melalak..sejak adanya Nini beberapa tahun dulu,Datuk Harun merasakan hidupnya kembali terisi.Hatinya sentiasa tidak sabar-sabar untuk pulang ke rumah melayan keletah anak kecil itu..sikapnya yang ceria,sedikit sebanyak telah menambahkan lagi seri hidupnya anak beranak.

Usai membuat bayaran,Datuk Harun bergegas untuk kembali ke kereta.Tiba-tiba bahunya dicuit dari belakang,ia segera berpaling.

"Maaf kalau saya buat encik terperanjat..saya cuma nak pulangkan beg duit encik yang tercicir dekat kedai tadi"..seorang pemuda berusia lingkungan 20an tersengih memandangnya sambil menghulurkan sesuatu.

"Owhhh..saya nak cepat tadi,agaknya sebab tu tak perasan terjatuh.Terimakasih banyak-banyak ya"

"Sama-sama encik..saya mintak diri dulu,assalamu'alaikum"

"Wa'alaikumussalam..eh!..tunggu..tunggu"..Datuk Harun menyeluk saku seluarnya lalu dikeluarkan not rm100.

"Ambik ni,sedekah dari saya"..ujarnya sambil menghulur wang itu.

"Maaf lagi sekali encik..saya ni masih kuat dan bertenaga.Jadi saya tak layak terima sedekah.Kalau encik masih nak bersedekah jugak,encik masukkan duit tu dekat tabung mana-mana surau..itu lebih afdal"..tingkah pemuda itu ramah.

Datuk Harun terpempan..barulah ia sedar,pemuda itu sebenarnya boleh saja mengambil keputusan  menyimpan beg duitnya,yelah...sapa yang tak nak duit kan?..Tetapi ia tidak berbuat demikian.

"Awak tau ke dalam beg saya ada berapa banyak duit?"..Datuk Harun sengaja menduga.

"Paling kurang dalam rm3000.00"

""Mana tau ada banyak tu?"..Datuk Harun bertanya lagi.Dia pun pelik..kalau pemuda itu jujur..pasal apa dia bukak tengok isi beg duit tu?

"Saya tak ada maksud nak selongkar harta benda orang,kalau itulah yang encik pikir.Niat saya cuma satu..nak pastikan beg duit tu bukan dibuang,dan kalau betul tercicir..saya harap saya boleh tengok siapa pemiliknya.Alhamdulillah..saya ternampak encik dekat sini"

"Saya tahu saya orang susah,datang dari kampung..tapi untuk mencuri apa semua,mintak maaf.Walaupun dah 2-3 hari tak makan,saya masih boleh bertahan.Saya mintak diri dulu,terimakasih..Assalamu'alaikum!"..sebaik saja selesai berkata-kata,pemuda itu beredar meninggalkan Datuk Harun termangu-mangu.Sesungguhnya jawapan itu telah menyentap jantungnya..

"Astaghfirullahal'azim..apa aku cakap tadi tu.Ishhh...aku ni berburuk sangka tak bertempatApapun..aku mesti jumpa dan mintak maaf"..Datuk Harun yang terjerat dengan perasaan bersalah cuba mengejar pemuda tadi untuk meminta maaf.

Pada waktu yang sama,sebuah kereta BMW bercermin gelap yang dipandu laju tiba-tiba muncul dari hujung selekoh lalu meluru ke arah Datuk Harun yang berada di tepi jalan.Kejadian yang tidak diduga itu membuatkan Datuk Harun panik,ia tercegat sahaja melihat kereta itu yang semakin hampir melanggarnya.

Bammmmmm!!!...............

Tubuh Datuk Harun tercampak ke tepi jalan..pandangannya berpinar-pinar.

...................................................

Datuk Harun membuka matanya,ia cuba mengingati apa yang telah berlaku sebentar tadi.

"Ehh?!!!..aku kena langgar tadi,tapi kenapa aku tak cedera?"

"Datuk!..Datuk tak apa-apa"..suara bimbang Kadir menerpa telinganya.

"Saya ok..saya ok"..ujar Datuk Harun perlahan sambil membelek-belek kaki dan tangannya.Matanya meliar ke kiri dan ke kanan.

"Tapi bukan ke saya kena langgar tadi?..macamana saya boleh tak ada apa-apa?"..tanyanya hairan.

"Kereta tu memang target nak langgar Datuk,saya tengok sendiri dari seberang jalan sana.Tapi Datuk selamat,ada budak datang tolak Datuk ke tepi"

"Hah?!..habih yang kena langgar tadi tu sapa?"

"Budak yang tolong Datuk tu..dia ada dekat Wad Kecemasan sekarang"

"Papa!"..

"Atuk!"..

Suara Amelia dan Nini di pintu masuk bilik itu mematikan perbualan mereka.Kedua-duanya menangis dan berlari mendapatkan Datuk Harun di katil.

"Atuk ok ke?"..Nini yang memeluk erat Datuk Harun bersuara.

"Atuk ok sayang..nanti kejap lagi Atuk dah boleh balik.Nanti Atuk belanja kfc ya"

"Nini tak nak kfc..Nini nak Atuk.Nini sayang Atuk"

"Yelah..yelah..kan Atuk ok ni,dah..jangan nangis lagi,nanti Atuk tak nak kawan baru tau"

Cepat-cepat Nini mengesat airmata dengan lengan bajunya.

"Mak Su..dah,jangan nangis.Nanti Atuk tak nak kawan"

"Mak Su mana ada nangis,mandai-mandai je la Nini ni"

"Elehhh..tipu..Mak Su nangis.Dalam kereta tadi pun nangis.Kan Pakcik Adam kan?"

Adam menggaru kepalanya yang tak gatal.Susah nak jawab soalan tu..

"Dah..dah...Nini dengan Mak Su tunggu Atuk dekat luar ya.Atuk ada hal nak jumpa Pakcik Adam dan Atuk Dir"

"Ok..tapi Nini nak cium Atuk dulu"..pantas ia mendepakan tangannya.

"Yelah...alaahaiii,mai sini meh.Sayang Atuk ni...muahhh.Ok dah"

"Lia tunggu kat luar Pa"..ujar Amelia sambil mencium pipi papanya itu.

Pahlawan Silam 2:Aku Berus LeeWhere stories live. Discover now