Bab 47

962 57 15
                                    

"Pa...ada kol"..Amelia menghampiri Datuk Harun di beranda lalu menyerahkan telefon bimbit kepadanya.

"Thanks dear"..telefon bertukar tangan.

"Jap ek..Lia pegi amik air"

Datuk Harun cuma sekadar membalas dengan senyuman sambil mengangguk.

Selepas talian diputuskan..
Berderet-deret lagi pangglan masuk,habis kol..masuk lagi.Suasana petang tu meriah dengan bunyi ringtone dari telefon bimbit Datuk Harun.

Amelia yang baru tiba meletakkan mug berisi nescafe di atas meja lalu duduk menemani Papanya.

"Meriah betul telefon Papa petang ni..ada projek besar la tu agaknya"..getusnya sendirian.

Beliau ikut tumpang gembira melihat Datuk Harun yang tidak putus-putus tersenyum,sesekali ia ketawa senang.Amat berbeza keadaannya sebelum beliau menerima panggilan-panggilan tadi..

"It's ok David..i understand that.Thank you very much..thank you"..talian dimatikan.Datuk Harun tersengih.Belum pun ia menegur Amelia,telefonnya itu berbunyi lagi.

"Hello..wa'alaikumussalam"

Amelia bangun meninggalkan Datuk Harun..ia faham kesibukan Papanya sebagai seorang ahli perniagaan.

Tiba-tiba matanya tertancap pada sebuah teksi yang berhenti di luar pagar..Roslee kelihatan masuk ke perkarangan banglo dan tergesa-gesa menuju ke penginapannya.

"Dari mana pulak Abang Lee tu?..bukan dia balik dengan Papa ke tadi?"..Roslee seingatnya tidak pernah ke mana-mana tanpa ditemani.

"Abang Lee!"..laungnya pada Roslee yang ketika itu sedang terkial-kial membuka pintu.

Amelia terus melambai-lambai..

"Allamakkk..Cik Lia"..Roslee menelan air liur.Dengan perlahan ia menuju ke arah Amelia yang sedari tadi tidak lepas dari memandangnya.

"Lia tengok Abang Lee turun teksi...dari mana?"..soal Amelia bagaikan seorang pegawai polis.

"Arr..er...anu..err"..

"Lia...Berus Lee ke tu?!"..teguran Datuk Harun menyelamatkan Roslee dari bersoal jawab dengan Amelia.

"Ya Pa!"..balas Amelia pendek.

"Panggil dia datang sini..Papa nak jumpa"

"Baik Pa"

"Papa panggil Abang..jangan ingat kita habis dekat sini saja.Lia nak tau Abang pegi mana"..

"Aduh..maaati aku macam ni"

Roslee mengekori Amelia dari belakang,sesekali matanya tertancap pada punggung padat Amelia yang ditutupi jeans ketat.Makin lama dipandang,perasaannya makin terbuai.

"Maksu..Abang Lee kan,dia tengok buntut Maksu la..nak keluar dah bijik mata dia tu..hahaha"..suara Nini yang entah dari mana menggetarkan urat saraf Roslee.

"What?!!!"

"Aduhhh...dari mana la pulak datangnya budak kecik ni.Kantoi aku..kantoi"

"Oooooo..ini keja Abang Lee ek?..sekodeng buntut Lia ya?.patut pun baik ja ngikut dari belakang"..
Amelia berpusing lalu menghadap Roslee yang telah kaku.

"Nakal Abang sekarang kan?..nakal kan?!"..Amelia menghujankan beberapa cubitan pada perut Roslee,diikuti gelak tawa Nini.

"Padan muka Abang Lee..yeyyyy!
Cubit dia lagi Maksu..cubit lagi..hahaha"

................................................

"Petang ni saya dapat banyak kol dari kontraktor dan jugak supplier saya..semuanya janji akan kembali berurusan dengan saya dan mintak maaf atas apa yang telah berlaku"..Datuk Harun berfikir sejenak,sebelum menyambung percakapannya.

Pahlawan Silam 2:Aku Berus LeeWhere stories live. Discover now