Mungkin hari ini, hari esok atau nanti
Tak lagi saling menyapa meski ku masih harapkanmu
Fiq p.o.v.
Aku memandang wajah adikku yang kelihatan tenang tatkala sedang tidur. Namun, tiada siapa tahu apa sebenarnya disimpan kemas jauh di lubuk hatinya. Perkara yang berlaku di depan mata tadi begitu meluluhkan sekeping hatiku.
Penderitaan yang ditanggungnya begitu perit. Aku sebagai abang turut merasakan kesakitan itu. Figura Rith juga sudah tiada memandangkan hanya seorang sahaja dibenarkan berada bersama pesakit.
Selepas apa yang berlaku , aku menyuruhnya pulang dan berehat sahaja. Sudah beberapa hari dia menjaga adikku. Jadi, kali ni biar aku pula yang mengambil alih. Aku mendekati adik dan melabuhkan ciuman lembut di dahinya. 'Angah harap, adik cepat sihat dan ceria macam dulu'.
Aku terus keluar bilik untuk mencari seseorang. Ada sesuatu yang perlu aku selesaikan. Apabila orang yang dicari sudah ku temui, aku mengeluh lemah. Tanpa teragak-agak, figura yang sedang menunduk itu aku dekati.
Mungkin menyedari kehadiran seseorang membuatkan dia terus mengangkat kepala. Sekali lagi, nafas ku hembus melihat tepi bibirnya yang lebam ekoran penanganku tadi. Tambahan lagi, melihatkan raut wajahnya yang kusut turut mengganggu fikiranku.
'Abang Fiq! Duduklah. Macammana dengan isteri Kaif? Dia dah okay?'. Aku hanya mengangguk sebagai tanda menjawab pertanyaannya. Namun begitu, dia kelihatan masih kurang berpuas hati dengan jawapanku.
'Abang....', belum sempat dia menyambung kata, aku terus bertindak memangkas ayatnya.
'Macam ni la Kaif, aku nak minta maaf sebab tumbuk kau tadi. Biar aku berterus-terang. Aku nak bawa balik Ara ke rumah kami'.
Kaif P.O.V.
'Aku nak bawa balik Ara ke rumah kami' .Zzzzappp.. Terasa adrenalinku terus mengalir laju. Aku segera kalih ke arah Abang Fiq. Bibirku terketar begitu juga tubuhku turut kejung bila ayat itu seakan berulangkali kedengaran di telingaku.
'T..tapi Abang Fiq...'
' Macam ni la, kau dah tak payah risau apa-apa. Biar kami yang jaga dia. Lagipun, aku tak rasa kau mampu jaga adik aku sebagaimana kami harapkan. Aku pun rasa kau pun tak kisah kan?'. Aku tersentap.
'Tapi, Ara isteri saya. Biar saya jaga dia. S..saya bersalah dengan dia. Saya janji akan jaga dia sebaik-baiknya sekaligus menebus kesalahan saya pada dia. Saya sayangkan dia'. Aku cuba untuk meyakinkannya namun reaksi dan tindak balas yang dia berikan adalah sebaliknya.
Dia tertawa sinis mendengar bicara yang baru sahaja aku ungkapkan sebelum ketawa itu bertukar lemah. Dia kalih melihat wajahku.
'Ha!ha!ha!. Kau ni memang kelakar Kaif! Sejak bila kau anggap adik aku tu isteri kau! Yang aku tahu, kau hanya anggap Leya je isteri kau. Adik aku ni hanya maid merangkap isteri yang tak diiktiraf oleh kau!'
'Oh ya. Selama ni aku hanya berdiam sebab adik aku terlalu sayangkan kau. And at last, kau tengok apa yang kau hadiahkan pada dia! Aku terus terbangun dari duduk bila dia menarikku mendekati cermin kaca yang memisahkan kami dengan bilik pesakit.
' Kau tengok! Sayang kau yang buat adik aku terlantar kat situ. Kau tak perlu berlakon lagi. Tak perlu berpura-pura yang kau cinta dan sayang adik aku sedangkan sikap dan perasaan kau adalah sebaliknya'.
Jarinya dihalakan ke arah sekujur tubuh yang terbaring lemah di atas katil. Air mataku terus mengalir laju bila imbasan peristiwa yang menjadi sebab isteriku terbaring di sana.
KAMU SEDANG MEMBACA
CINTA SEORANG NUR ATEA ALDABELLA ZAHARA ~OG~
JugendliteraturSinopsis: Nur Atea Aldabella Zahara atau lebih dikenali sebagai Ara, seorang gadis yang sangat lembut. Hidupnya sederhana sahaja. Dikelilingi oleh keluarga yang sangat penyayang. Kehadiran Tengku Kaif Rezza membuatkan kehidupan Ara semakin leng...