Bila tiba suatu saat kita tersedar,
Walau ada ramai yang membenci,
Masih ada yang menyayangi kita seadanya.
Jadi, take a good step to achieve that love.
Kandunganku sudah mencecah 6 bulan. Masuk bulan pertama, alhamdulillah tiada sebarang masalah. Tetapi, sejak dua menjak ini, alahanku makin menjadi-jadi. Acapkali juga aku muntah. Kakiku selalu bengkak disebabkan banyak berjalan.
Kerjaku juga semakin bertambah. Walaupun aku sudah diberi kebenaran untuk bercuti tetapi kerja rumah juga semakin banyak. Nasib baik umi ada untuk membantu akudalam menyiapkan kerja rumah.
Sudah beberapa hari aku tidak masuk ke office disebabkan alahan yang aku hadapi. Oleh itu, Kaif memberiku cuti untuk mengelakkan aku daripada menyusahkan orang di sana. Namun, rutin harianku dengan kerja rumah seperti biasa.
Seperti yang pernah dia ucapkan, dia memang langsung tidak hiraukan keadaan aku dan anak dalam kandunganku sedikitpun. Bahkan, dia hanya berpura-pura tidak nampak akan diriku apabila bertembung dengannya.
Tumpuannya memang seratus-peratus diberikan kepada Leya. Aku hanya dianggap tunggul semata-mata. Ingin aku hamburkan ketidakpuasan hatiku namun aku sedar letak diriku di mana.
Aku bersyukur juga, bayi dalam kandungan tidak banyak ragam malahan dia seakan-akan memahami keadaan diriku. Adakalanya, dia menendang perutku maybe bosan duduk diam. Tu yang dia nak main-main sikit dengan mamanya.
Aku melabuhkan duduk di muka pintu dapur sambil menjawab panggilan video daripada ahli keluargaku yang lain.
'OMG! Adik dah makin bulat la', kakakku bersuara mengusik membuatkan aku menjulingkan mata. Ketawa ahli keluargaku pecah melihatkan reaksiku.
'Ayah! Ibu! Abang! Tengoklah kak Mia ni. Tak habis nak usik-usik adik'. Aku berkata dengan geram.
'Kami semua dah lama tengok Mia ni. Adik je yang kami jarang-jarang jumpa sekarang. Lama tak jumpa adik manja kami ni'. Abang Id masih dalam mood mengusiknya.
'Eh! Abang Id ni. Bukan baru dua minggu lepas ke kita jumpa. Dan tak silap tiap-tiap bulan adik pulang jumpa family kesayangan adik ni. Nak kena abang Id ni'. Aku menunjukkan isyarat mencubitnya. Dia masih lagi ketawa.
'Adik abang ni makin comel apa bulat macam ni', abang Fiq menambah dan kemudian mendapat anggukan dari seluruh ahli keluargaku. Aku hanya menggeleng melihat mereka sambil menyentuh pipiku yang semakin memerah. Malu oii! Kena puji macam ni even ahli keluarga sendiri pun.
Abang Rith ku lihat hanya diam. Aku memberi isyarat kepada yang lain namun mereka mengangkat bahu tanda tak tahu.
'Abang Rith ok? Abang rith ada apa-apa masalah ke? Abang ceritalah dekat adik'. Aku cuba mengorek apa yang ada dalam fikirannya. Dia kemudian memandangku lama sebelum tangannya naik menyentuh skrin telefon.
'Adik abang ok kat sana? Suami adik layan adik macam mana? And satu lagi, kenapa dia tak langsung datang teman or hantar adik setiap kali adik balik sini. Selalunya, hanya Nial, Azra dan Nuwail je yang datang teman adik'. Dia terus bertanya kepadaku.
Aku tergamam mendengar setiap aoalan yang terbit dari abangku yang satu itu. 'Abang, adik ok kat sini. Umi ada temankan adik. Umi yang jaga adik begitu juga Nuwail, Ara dengan Nial yang selalu datang jenguk adik kat sini. Suami adik sibuk dengan kerja macam biasa'. Aku cuba mengelak dari menjawab soalan berkaitan Kaif.
KAMU SEDANG MEMBACA
CINTA SEORANG NUR ATEA ALDABELLA ZAHARA ~OG~
Teen FictionSinopsis: Nur Atea Aldabella Zahara atau lebih dikenali sebagai Ara, seorang gadis yang sangat lembut. Hidupnya sederhana sahaja. Dikelilingi oleh keluarga yang sangat penyayang. Kehadiran Tengku Kaif Rezza membuatkan kehidupan Ara semakin leng...