BAB 38

105 6 2
                                    

           Cermin di  depan ku pandang untuk melihat sedikit kesan luka akibat tarikan mengejut tadi. Kolam mataku terasa panas. Umi mendekati aku, kemudian menyapu air mata yang mula menitis. Dia memelukku sambil menenangkanku.

            'Umi nampak apa yang berlaku tadi. Tapi, umi minta maaf sebab terlambat nak tolong anak umi. Tolong jangan nangis sayang, umi tak nak anak umi sedih macamni'. Aku terus membalas pelukannya.

             Aku bersyukur masih ada orang yang masih kisah denganku di sini. Kalau tidak, aku tidak tahu mana lagi kekuatan yang boleh ku cari. Keluargaku pasti risau dan marah sekiranya mereka tahu layanan Kaif kepadaku.

           Pinggan dan gelas disusun atas meja. Makanan yang sudah siap dimasak, diletakkan di atas meja. Kaif menjemput keluarga Leya serta mummy dan daddy untuk duduk di meja makan untuk menjamu selera. Patutlah tadi, beria Kaif menyuruhku dan umi memasak banyak daripada biasa. Nasib diinform awal-awal. Kalau tak, memang naya aku.

          Aku perasan pandangan yang dihadiahkan oleh ibu bapa Leya. Awalnya, aku ingatkan mereka turut membenciku sama seperti yang lain. Tetapi, sebaliknya pula berlaku. Mereka malah ramah menegurku semasa berada di dapur tadi.

            Selesai menjalankan tugasku, aku terus berpaling ke belakang untuk ke dapur. Panggilan daddy membantutkan langkah. 'Ara! Meh join kami makan sekali. Banyak makanan atas meja ni. Siapa nak habiskan'.

           Aku ingin menolak tetapi mission abort apabila, mama kepada Leya menarik kerusi di sebelahnya serta menyuruhku duduk di situ. Aku teragak-agak kerana Leya sudah kelihatan tidak suka dengan tindakan mamanya.

           Dalam tidak rela, aku gagahkan juga kaki ke situ walaupun aku tahu ada yang tidak puas hati dan mungkin juga hilang selera melihatku di situ. Belum sempat aku melabuhkan dudukku di situ, bunyi loceng membuatkan kakiku bergerak ke arah pintu.

           Tatkala pintu dibuka, aku terkejut melihat gerangan tetamu yang hadir. Siapa lagi kalau bukan ibu dan ayah. Ak uterus menerpa dan memeluk mereka berdua. Lama tak jumpa mereka disebabkan kesibukan dengan kerja serta masalah yang aku hadapi sekarang.

            Aku menyalami serta mencium kedua-dua belah pipi mereka sebelum mereka pun berbuat benda sama kepadaku. Aku menjemput mereka masuk dan membawa mereka ke meja makan. Daddy serta kedua-dua ibu bapa Leya menyambut mesra ibu dan ayahku. Namun, berlainan dengan tiga lagi manusia di situ.

           'Duduklah, join kitorang makan sekali kat sini. Lagi ramai lagi meriah', daddy berkata kepada kami. Kaif ku lihat tidak mengendahkan kehadiran ayah dan ibu malah hanya melayan mesra mama dan papa Leya.

             Sejujurnya, aku terasa dengan tindakannya. Walaupun dia tidak sukakan aku, at least aku harap dia layan dan hormat orang tuaku. Ayah dan ibu juga seakan-akan berjauh-hati dengan Kaif. Aku pasti diorang dapat menghidu konflik rumahtangga kami.

           'Rimas la ramai orang kat sini. Elok tadi dah okay,makin ramai pula nak menyibuk. Boleh hilang selera macam ni'. Aku tersentak mendengar kata-kata mummy ditujukan kepada keluargaku. Daddy serta kedua ibu bapa Leya sudah menunjukkan reaksi kurang senang dengan butir bicara Mummy.

              Suamiku dan Leya pula hanya mengangguk mengiyakan setiap kata-kata mummy. Bila daddy berdehem baru diorang senyap. Aku memandang wajah ibu serta ayahku dengan rasa bersalah. Ayah dan ibu menggosok tanganku lembut dan hanya menyuruhku senyap. Mungkin tidak mahu keadaan menjadi semakin keruh.

              'Buat apa lagi tercegat kat situ. Cepatlah blah. Nak makan ke apa semua tu, buat kat tempat lain', makin lantang mummy bersuara. Aku meminta diri untuk membawa ayah dan ibu makan di dapur.

              Kami makan bersama umi di atas lantai. Ayah dan ibu katanya nak ambil feel, jadinya aku dan umi hanya akur. 'Ibu, ayah, adik minta maaf sangat-sangat dengan apa yang berlaku sekarang'. Aku membuka bicara.

             'Tidak mengapa, adik!  ibu dan ayah tak kisah. Tapi, macammana dengan adik? Jadi, ni sebabnya adik hanya berdiam diri bila kami bertanya pasal rumahtangga adik', kataku dengan nada hiba.

             Aku berdiam diri selama beberapa minit sebelum membuka mulut. 'Adik okay, ibu jangan risau. Adik sayang suami adik. Adik akan cuba untuk bertahan. Ibu dan ayah jangan risau ea'. Aku tidak ingin mereka risau dengan keadaanku.

             ' Ayah dan ibu jangan fikir sangat tau. Adik taknak ayah dan ibu sakit. Lagipun kat sini adik ada umi yang boleh jagakan adik bagi pihak ayah dan ibu', aku cuba meyakinkan mereka.      

               'Terima kasih dan maaf menyusahkan akak. Saya harap akak boleh tengok-tengokkan anak saya bagi pihak saya. Dan adik, ingat walau apa pun yang terjadi, adik masih ada kami. Kalau dah tak mampu nak hadap, adik datang balik dekat kami. Biar kami jaga adik', ibu berkata lembut.

               'Jangan risau Ryn, akak akan jaga Ara leklok. Akak pun dah anggap Ara macam anak akak sendiri. Akak tak kisah pun Ryn'. Umi membalas kata ibuku. Ayah pula hanya tersenyum melihat aku dimanjakan oleh umi dan ibu. Namun, tiada siapa tahu, hati dia terkilan dengan menantunya.

Di satu sudut yang lain,

Wajah mummy masam mencuka tatkala ditegur oleh daddy.

             'Kenapa perangai awak makin teruk ni. Tak patut awak cakap macam tu dekat besan kita', kata daddy sambil mencerlung tajam ke arah mummy.

             'Saya tak pernah anggap budak tu menantu saya. Menantu saya hanya sorang je iaitu Leya dan bukan perempuan tak guna tu'. Mummy membalas kata daddy tanpa rasa takut.

              Daddy terus angkat tangan ingin menampar mummy tetapi aku menghalangnya. Aku tidak sengaja mendengar apa yang dibicarakan oleh kedua-dua mereka. Aku tidak ingin mereka bergaduh disebabkan aku.

               'Disebabkan budak ni, abang sanggup nak tampar saya. Mesti kau happy kan tengok semua ni. Kau dengar sini budak, sampai bila-bila aku takkan mengaku kau menantu aku. Dan aku akan pastikan anak aku lepaskan kau nanti'. Usai berkata, mummy terus mengambil handbagnya di atas sofa dan terus bergerak masuk ke dalam kereta.

                 Daddy kelihatan agak kesal dengan sikap mummy. 'Daddy minta maaf bagi pihak mummy. And daddy jugak harap Ara maafkan juga sikap anak daddy yang agak melampau tadi. Daddy harap Ara akan terus jadi menantu daddy. Daddy pergi dulu tau'. Daddy menghulurkan tangan dan aku menyambutnya untuk bersalam.

               Selepas daddy dan mummy pulang, ayah dan ibu turut mengikut jejak langkah mereka berdua. Aku menghantar kedua-dua mereka dari muka pintu dan apabila bayang kereta menghilang dari pandangan baru aku masuk ke dalam semula.

               Aku bersyukur sangat ayah dan ibu tidak membantah keputusan untuk duduk di sini. Mereka juga kelihatan senang berborak dengan umi sepanjang di dapur. Namun, aku tahu mereka sangat kecewa dan terasa dengan layanan Kaif.

                Tindakan Kaif yang lebihkan keluarga Leya serta mengabaikan kedua orang tuaku membuatkan aku sedikit kecewa. Tak banyak yang aku pinta, sedikit sahaja perhatian bagiku sudah cukup. Dari situ, aku dah sedar di mana kedudukanku yang sebenar dalam hidupnya.


Sorry kalau x best. Anyway, thanks kepada readers yang singgah and baca this story even jalan citer entah ape-ape. Sebelum tu, sis nak cakap, esok maybe sis tak update bab baru. Maybe jumaat or sabtu baru sis update. Tqsm guys again and again. Peace yow!!!

CINTA SEORANG  NUR ATEA ALDABELLA ZAHARA ~OG~Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang