Kira-kira jam 1 tengah hari, aku mengintai ke dalam bilik Kaif yang berdepan dengan meja kerjaku. Aku ingin mencuba nasib untuk mengajaknya makan bersama kami. Azra sudah berpesan kepadaku agar tidak melakukan sedemikian. Namun, aku tetap juga berharap. Jadi, aku bangun dan menuju ke bilik Kaif. Aku mengetuk pintu biliknya dan setelah mendengar suara orang di dalam mengizinkan, aku terus memulas tombol pintu.
Aku mendekati meja kerja Kaif. Dia masih tidak mengalihkan pandangannya dari dokumen yang terbentang di depan mata. Mungkin disebabkan masih tiada bunyi yang terkeluar dari mulutku, dia terus mengangkat muka. Reaksinya terus berubah datar dan dingin ketika melihat wajahku. Aku merasakan gugup serta-merta. Aku mencari-cari kelibat Leya di dalam bilik suamiku namun. Entah kenapa aku merasa lega. Kalau Leya tiada, mungkin langkah kanan la aku nak ajak suamiku makan bersama.
'Hmmm.. Kau nak apa datang sini? Cepat sikit cakap aku sibuk sekarang ni. Lebih cepat kau cakap, lebih cepat kau blah. Takdelah aku sakit mata hadap muka kau kat sini' katanya tajam menusuk masuk ke dalam hatiku. Aku cuba menunjukkan bahawa aku tidak terasa dengannya. Aku mengukirkan senyuman ke arahnya namun hanya dibalas dengan dengusan kasar darinya.
'Hei perempuan, cakaplah cepat nak apa. Buang masa aku jelah kau ni. Kalau kau saja-saja datang sini, aku rasa baik kau keluar sekarang' tambahnya lagi. Aku secara automatic terus memegang lengannya untuk menghalang dia dari keluar sebelum mendengar permintaanku. 'Abang, sayang nak ajak abang makan sekali dengan sayang dan Azra. Abang nak tak. Lagipun, sayang tak biasa dan tak tahu kafe kat mana' kataku dengan lembut.
Dia terus merentap peganganku, 'ada aku kisah kau tahu ke tak. Itu masalah kau bukan masalah aku. Aku tak ingin la nak makan dengan kau. Lagipun...' belum sempat Kaif menghabiskan kata, bunyi pintu dikuak dari luar membuatkan pandangan kami sama-sama tertumpu ke arah itu. Melihatkan gerangan yang datang, aku terus mengalihkan pandanganku ke arah Kaif. Riak wajahnya terus bertukar gembira dan kakinya laju melangkah ke arah Leya.
Leya terus memeluk erat lengannya sambil Kaif menghadiahkan ciuman di dahi Leya. Hati aku menjadi semakin sebak kerana jika dahulu itulah perlakuan yang sinonim yang sering dia lakukan denganku. Namun, sekarang semuanya telah berubah. 'Daddy, apa yang perempuan tu buat kat sini? Katanya sambil memuncungkan mulut ke arahku. 'Entah perempuan ni. Tetibe je datang bilik ajak daddy makan dengan dia sekali. Tak tahu malu betul.' Kaif berkata sambil memandang ke arahku. Sinis.
'Habistu daddy setuju lah nak keluar makan dengan dia' kata Leya manja sambil melentokkan kepalanya di dada Kaif. ' Takdenya daddy nak ikut dia. Better daddy keluar dengan kesayangan daddy ni. Jomlah, daddy pun dah lapar ni. And kau perempuan, keluar dari bilik aku sekarang. Semak je'.Usai menghabiskan kata, dia terus melangkah keluar bersama -sama dengan Leya. Aku terus menyapu butir-butir jernih yang mula keluar dari kedua-dua tubir mataku dan menuju ke arah Azra. Dia ku lihat mempamerkan riak sedih melihatkan wajahku. Sepanjang hari, aku hanya mendiamkan diri.
Tamat sahaja waktu kerja, aku terus meminta diri dari Azra kerana ingin menumpang kereta Kaif untuk pulang ke rumah. Namun, sebaik sahaja tiba di kawasan parking kereta, ianya dah kosong. Ak uterus terduduk di situ. 'Asal awak kejam sangat dengan saya. Salahkah kalau saya hanya ingin awak tunggu saya dan balik sekali ke rumah'. Aku terus bangun dari dudukku dan berpaling ke belakang. Terkejut aku, melihat Azra yang berdiri di sana sambil menggeleng-gelengkan kepalanya. Dia terus menawarkan diri untuk menghantar aku ke rumah dan aku hanya bersetuju kerana teringat ada orang akan masuk ke rumahku hari ini.
Waktu menyediakan makan malam, aku berborak-borak dengan Umi. Aku berasa sangat gembira dengan kedatangan Umi di sini. At least, taklah aku kebosanan kan. Ada juga peneman.
FLASHBACK
Aku terus keluar dari bilikku setelah dipanggil oleh suamiku dan Leya. Aku tergopoh-gapah berlari ke luar kerana tidak mahu mereka berdua bising dan marah-marah. Itu akan membuatkan suamiku semakin menyampah dan benci denganku. Aku tidak ingin semua itu berlaku. Aku tersenyum ke arah figura yang berdiri di depanku.
'Oh lupa! Ni aku nak kenalkan orang gaji baru dalam rumah ni. And aku nak kau tunjukkan dia selok-belok rumah ni. Pandai-pandailah kau terangkan dekat dia nanti macammana. Dah! Sekarang korang dua boleh blah dari sini,' mendengarkan arahan itu aku terus menarik lembut tangan wanita separuh abad itu. Dan setelah sesi perkenalan, aku meminta izin untuk memanggil dia Umi dan dia hanya menerima dengan hati terbuka'
END FLASHBACK
'Ara sayang, boleh umi tahu satu benda' tanyanya sambil mencuit lembut bahuku .
'Apa dia Umi?'tanyaku kepadanya kembali.
'Dah berapa lama Ara kahwin dengan Tengku? Dan kenapa layanan Tengku kepada Ara dan Puan lain'. Tanyanya lagi. Mendengarkan pertanyaan dari Umi, tanganku yang sedang lincah mengacau kuah di dalam periuk terhenti dan tanpa sedar tubir mataku terasa panas. Aku tanpa teragak-agak terus menceritakan kisah hidupku kepada Umi. Habis sahaja aku bercerita, Umi terus menarikku ke dalam pelukannya. Aku berasa sedikit lega dapat melepaskan rasa yang mencengkam kepada seseorang dan Umi sangat memahamiku.
Selesai menghidangkan makanan seperti biasa, aku dan Umi terus ke dapur dan menghidangkan makanan di atas lantai untuk makan berdua. Undang-undang baru yang ditetapkan Kaif dan Leya kepada kami. Dan kami hanya menurut perintah dan langsung tidak membantah. Aku sedar kedudukan aku di mana. Jadi, tiada apa yang mampu ku pinta.
New update. Hope enjoy guys. Agak panjang sikit, topup yang bab sebelumnya. Hehe. Tqsm kepada yang sudi singgah dan baca this story.
KAMU SEDANG MEMBACA
CINTA SEORANG NUR ATEA ALDABELLA ZAHARA ~OG~
Teen FictionSinopsis: Nur Atea Aldabella Zahara atau lebih dikenali sebagai Ara, seorang gadis yang sangat lembut. Hidupnya sederhana sahaja. Dikelilingi oleh keluarga yang sangat penyayang. Kehadiran Tengku Kaif Rezza membuatkan kehidupan Ara semakin leng...