Sesudah makan, aku bangun mengemaskan meja makan. Setelah itu, aku keluar ke ruang tamu. Aku duduk di sebelah suamiku dan aku mengerling ke arahnya. Hatiku amat sakit kerana dia seakan-akan tidak menyedari kehadiranku malahan melayan telefon bimbitnya. Melihatkan senyumannya, membuatkan hatiku terasa sakit.
Aku memberanikan diri merampas telefonnya dan melihat apa yang tertulis di skrin telefon bimbitnya membuatkan air mataku terus mengalir laju. Dia terus memandangku tajam, marah akan perbuatanku barangkali. Aku cuba tidak mengendahkan amarahnya. Aku menginginkan jawapan sekarang juga sehingga air mata yang jatuh ku biarkan sahaja menodai pipiku.
'Kau dah kenapa ha! Tak boleh tengok orang senang sikit, sibuk je nak kacau!' Kaif terus menarik telefonnya dari tanganku. Aku hanya membiarkan kerana ada perkara yang penting ingin aku tanyakan kepadanya. ' Abang, siapa perempuan tu? Abang ada orang lain ke dekat belakang sayang' kataku lancar.
Wajahnya kelihatan tergamam pada awalnya kemudian digantikan dengan senyuman sinis. Aku tak pernah melihat reaksi sebegini daripada Kaif selama ini. Kenapa dia berubah mendadak begini?.
' Ha baguslah kalau kau dah tahu. Kau nak tahu tak siapa baby ni?' kata Kaif sambil tangannya mencengkam lembut rahangku. Aku cuba melepaskan pegangannya namun tidak berjaya. Aku tak sanggup hendak mendengar apa-apa lagi. Aku tidak sanggup untuk menerima berita buruk yang lain.
' And untuk pengetahuan kau juga, dia adalah madu kau. Dah hampir sebulan kami kahwin' tambahnya lagi. Aku hanya menggeleng sahaja kerana tidak percaya semua itu berlaku dalam sekelip mata.
Dalam esakan, aku cuba meneruskan kata-kata, 'K..kenapa a..bang buat sayang begini. Mana p..p...ergi semua janji abang p..pada sayang. S..ampai abang t..tergamak buat saya macam ni. K..kenapa abang'. Usai berkata-kata, air mataku terus mengalir laju.
Suamiku hanya berdiam diri. Namun, pandangannya ke arahku tetap sama. Beku dan sinis membuatkan hatiku makin sakit. Dia tanpa berkata apa-apa, terus menapak meninggalkan aku di ruang tamu. Namun, seketika dia terhenti di anak tangga pertama untuk mengucapkan sesuatu yang tidak ingin aku dengari.
' Esok, aku akan bawa madu kau duduk dan tinggal di sini bersama-sama dengan aku. Dan aku nak kau, angkut semua barang kau keluar dari bilik kami'. Kemudian, dia terus melangkah dan meninggalkan aku sendirian di ruang tamu.
Hai guys, hari ni dah masuk 26 ramadhan. Tinggal beberapa hari je lagi sebelum raya. Hope your guys dapat beribadah dengan baik sepanjang bulan ramadhan ni. Last words, hope enjoy reading guys even bab ni dah makin merapu..Sekian sahaja dari author.
KAMU SEDANG MEMBACA
CINTA SEORANG NUR ATEA ALDABELLA ZAHARA ~OG~
Teen FictionSinopsis: Nur Atea Aldabella Zahara atau lebih dikenali sebagai Ara, seorang gadis yang sangat lembut. Hidupnya sederhana sahaja. Dikelilingi oleh keluarga yang sangat penyayang. Kehadiran Tengku Kaif Rezza membuatkan kehidupan Ara semakin leng...