Ara p.o.v.
Suasana tenang di pangkin rumah sedikit sebanyak menenangkan jiwaku. Setiap petang, abang-abang serta kakakku akan bawa aku di sini kerana ingin aku menghirup udara segar. Tidaklah aku terperap di dalam bilik sahaja.
Aku membetulkan tudung yang sedikit terangkat ditiup angin. Pangkin ini menjadi tempat kegemaran kami sekeluarga untuk berehat. Kadangkala, bila dilanda masalah, aku akan menghabiskan banyak masa di sini.
Sudah sebulan aku di sini dan sepanjang waktu itu jugalah, aku langsung tidak menghubungi si 'dia'. Entah kenapa perasaan rindu itu tetap menyerbu walaupun sudah banyak kali aku cuba menolak dan menafikan perasaan. Dah namanya hati, susah hendak dikawal kan?.
Lebam di seluruh wajah dan tubuhku masih lagi kelihatan tapi tidak seteruk waktu itu. Namun, aku masih tidak mampu bergerak bebas dan kerusi roda menjadi kakiku sekarang. Kata Abang Id, tak lama lagi aku mungkin boleh berjalan cuma perlukan sedikit masa.
Kelibat ahli keluargaku yang lain tidak kelihatan memandangkan tadi, aku meminta untuk bersendirian di sini. Mereka seakan faham dengan permintaanku.
Aku memandang cincin yang tersemat elok di jari. Cincin perkahwinan antara aku dan Kaif! Cincin yang pernah menjadi bukti cinta antara kami serta ianya juga menjadi sesuatu yang menghancur ranapkan sekeping hati milikku.
Aku membuka kotak cincin di tanganku. Pandanganku bertukar sayu melihat objek di dalam kotak tersebut. Perlahan-lahan aku memegang objek tersebut. Cincin milik Kaif yang menjadi lambang ikatan perkahwinan kami. Cincin yang dia buang di depan mataku sendiri demi menjaga hati Leya.
FLASHBACK
Hari itu, seperti kebiasaannya aku duduk di pangkin kecil. Aku memakukan pandangan ke arah Kaif dan Leya yang berada di gazebo depan. Aku langsung tidak diendahkan. Aku lihat Kaif mengeluarkan cincin dan menyarungkannya ke jari Leya.
Aku hanya menjadi pemerhati. Sakit hati, sakit mata melihat layanannya kepada Leya sukar diungkapkan dengan kata-kata. Cemburu! Memang aku akui semua itu. Tapi, apa hak aku untuk menghalang mereka.
Aku melihat Leya mengambil satu lagi cincin di tangan Kaif dan cuba menyarungkan cincin itu di jari Kaif.
'Bie! Kenapa bie pakai lagi cincin ni. Bie sayang perempuan tu lagi ke?' Dia terus memeluk tubuh dan duduk membelakangi Kaif'.
'Hey! Mana ada. Baby la yang palingggg bie sayang. Takde orang lain dah. Bie pakai ni pun sebab tak nak bagi daddy dan keluarga perempuan tu tanya macam-macam dekat Bie. Bie pun tak naklah pakai cincin buruk ni'. Dengan yakin, dia mengeluarkan kata.
Kaif cuba memujuk Leya yang masih lagi membelakanginya. Dia duduk sebelah Leya dan memusingkan tubuh Leya mengadapnya. 'Okay!! baby nak bie buat apa? Bie akan tunaikan apa sahaja yang baby nak asalkan baby dah tak merajuk dengan bie'. Mata Leya terus bersinar dan bibirnya terkoyak dengan senyuman gembira.
'Kalau macam tu, baby nak bie buang cincin tu. Tak kisahlah macam mana. Sakit mata baby tengok cincin tu. Semak'. Leya membuang pandang ke arahku.
Memandangkan pangkin yang ku duduki tidak jauh dari mereka, aku mendengar setiap bait bicara yang keluar. Tapi aku yakin Kaif tak akan pernah membuang cincin itu. Setidaknya, aku rasa masih ada peluang antara kami bila cincin itu masih bersamanya. Cincin itu menjadi bukti cinta antara kami. Tapi keyakinanku terus pudar tatkala Kaif menarik cincin itu keluar dari jarinya dan terus melempar jauh dari situ.
KAMU SEDANG MEMBACA
CINTA SEORANG NUR ATEA ALDABELLA ZAHARA ~OG~
Teen FictionSinopsis: Nur Atea Aldabella Zahara atau lebih dikenali sebagai Ara, seorang gadis yang sangat lembut. Hidupnya sederhana sahaja. Dikelilingi oleh keluarga yang sangat penyayang. Kehadiran Tengku Kaif Rezza membuatkan kehidupan Ara semakin leng...