Seandainya tidak mampu memberikan bahagia,
Jangan pernah sesekali berpura-pura,
Kelak kepercayaan yang ditagih akan menjadi sia-sia,
Kerana luka yang dicipta membawakepada sebuah sengsara.
Aku sedang berdiri dan merenung ke luar jendela. Banyak perkara yang bermain di fikiranku terutama sekali berkaitan suamiku, Kaif. Dalam masa sebulan ini, dia seakan-akan begitu mengambil berat terhadapku serta layanan yang diberikan sama seperti di awal perkahwinan kami.
Perubahannya sedikit-sebanyak menerbitkan sinar bahagia di hatiku. Adakah, bahagia yang aku idamkan bersamanya sudah tercapai. Suami yang penyayang, cintakan aku dan suami yang aku kenal dulu sudah kembali semula?
Adakah perkara ini benar? Tapi mengapa hatiku masih terasa was-was, semuanya bagaikan tiba-tiba. Patutkah aku menerima segala tingkahnya tanpa sebarang syak wasangka? Aku benar-benar tidak tahu.
Dalam sibuk aku berfikir, sepasang tangan yang melingkar di pinggang mengejutkanku. Aku terus mengalihkan pandangan ke belakang. Melihat suamiku tersenyum, aku terus membalas senyumannya. Aku tidak boleh menipu bahawa hatiku masih utuh mencintainya.
Dia begitu manja akhir-akhir ini, sampai tidak mahu berenggang langsung denganku. Aku percaya dia sudah benar-benar berubah. Oh lupa pula nak cakap, Leya tiada di rumah sekarang kerana sibuk dengan kerjanya sebagai modelling. Sekarang, dia berada di Berlin.
Ketiadaan Leya membuatkan hubunganku dengan Kaif semakin baik. Firasatku selama ini tidak salah lagi, Kaif masih mencintaiku. Cuma, mungkin dia tidak mahu tunjukannya di depan Leya kerana mungkin juga Leya berada di kedudukan teratas dalam hatinya.
Tapi, setidak-tidaknya aku masih penting dalam hati dia kan. Itu pun dah cukup meyakinkan aku bahawa ada sinar dalam hubungan kami. 'Apa yang sayang menungkan tu? Abang datang pun sayang tak perasan', Kaif bertanya kepadaku sambil menyentuh wajahku.
Aku memerhatikan wajahnya dalam masa yang sama cuba untuk menghilangkan segala gejolak perasaan yang melanda. 'Tak ada apa-apalah. Sayang just fikirkan masa depan kita macammana. And kalau abang nak tahu, sayang happy sangat, suami sayang dah kembali' kataku dan terus memeluknya.
Si dia kulihat hanya mengukirkan senyuman tipis namun bagiku senyumannya agak janggal. Aku hiraukan semua itu. Mungkin juga hanya mainan perasaanku. Apa yang penting sekarang, aku sangat bahagia.
Tepat jam 11 malam, aku menapak perlahan ke arah Kaif yang sedang terlena di atas katil. Aku melabuhkan duduk di birai katil sambil menatap lembut wajahnya. Tanganku bermain-main di sekitar wajah itu.
Kemudian, aku bangun dan menarik selimut untuk menutup seluruh tubuhnya. Belum sempat aku bergerak jauh, tanganku ditarik dan aku terbaring di sisinya. Aku cuba melepaskan diri bila dia menyebut sesuatu yang membuatkan hati aku terguris pedih.
'Leya baby! Bie rindukan baby sangat-sangat. Bila baby sampai ni. Bie cuma nak bagitahu, bie sangat cintakan baby. Tiada seorang pun yang boleh gantikan baby dalam hati bie termasuk perempuan tak guna tu'. Aku cuba menahan suaraku dari keluar.
'Ara! Dia mamai tu. Dia tak sedar apa dia cakap', monologku sendirian. Wajahku ditarik merapat ke arahnya, serta aku juga tahu arah tindakannya selepas ini. Aku hanya membiarkan saat suamiku hanyut dalam nafsunya sambil bibirnya hanya menyebut nama Leya.
KAMU SEDANG MEMBACA
CINTA SEORANG NUR ATEA ALDABELLA ZAHARA ~OG~
Teen FictionSinopsis: Nur Atea Aldabella Zahara atau lebih dikenali sebagai Ara, seorang gadis yang sangat lembut. Hidupnya sederhana sahaja. Dikelilingi oleh keluarga yang sangat penyayang. Kehadiran Tengku Kaif Rezza membuatkan kehidupan Ara semakin leng...