Sampai sahaja di dalam bilik, tanganku dilepaskan kasar. Aku terus mengurut-ngurut pergelangan tanganku, merah. Begitu kuat Kaif menggenggam tanganku. Aku melihat Kaif masih lagi dalam keadaan marah. Aku memberanikan diri untuk cuba mendekatinya. Aku perlu tahu siapa perempuan itu padanya.
Aku menyentuh lembut bahunya namun ditepis kasar. Aku mencuba lagi tetapi kali ini aku tidak menyentuhnya tetapi hanya mengeluarkan kata-kata. 'Abang! Apa dah jadi. K..ken..kenapa abang marah-marah ni. Adakah.. s..sebab... perempuan yang a....abang jumpa dekat gerai t...t..tadi abang berubah macam ni' tanyaku dalam keadaan gugup.
'Kau tak payah masuk campurlah perempuan. Jangan nak menyibuk sangat' katanya kasar. Aku cuba menenangkan diri, 'sabar Ara, suami kau tu tengah marah tu'. Aku memegang lengannya namun benda sama terjadi. Tanganku ditepis kasar olehnya.
'Hey! Kau tak reti bahasa ke apa aku cakap. Duduk diam-diam kat situ, tak payah sibuk hal aku. And kalau kau nak tahu sangat, perempuan yang kau tengok tadi adalah orang teristimewa dalam hidup aku. Puas hati kau, ha!'. katanya kasar membuatkan aku merasa terkejut dan sebak mendengar pengakuannya.
Usai berkata-kata, dia terus membaringkan diri dan memejamkan mata. Aku hanya membiarkan kerana masih dalam keadaan terkejut. Aku memegang dadaku sakit bagai ada lagi benda yang lebih teruk akan ku hadap. 'Ya Allah, lindungilah keluarga dan rumahtanggaku dari segala perkara yang tidak elok'. Aku turut membaringkan diriku di sebelah Kaif dan mataku memandang belakang badan suamiku. Dia tak pernah tidur membelakangi aku namun hari ini buat pertama kalinya dia berbuat demikian.
Aku membuka mata ketika merasakan bagai ada seseorang sedang mencuit-cuit hidung dan pipiku. Apa yang aku lihat adalah figura suamiku yang sedang tersenyum melihat wajahku. Aku bangun dan menyandar di kepala katil dan memandangnya. Dia memegang tanganku sambil menciumnya lembut. Aku tahu dia merasa bersalah dengan apa yang telah berlaku tadi.
'Sayang, abang nak minta maaf pasal tadi. Serius abang tak dapat nak kawal emosi abang sendiri, s..sampai abang sakitkan sayang. Abang minta maaf sangat-sangat'. Aku yang melihatkan air mukanya yang keruh dan dipenuhi air mata tidak sanggup untuk membiarkannya begitu. Aku terus tersenyum dan menyapu air mata yang mengalir di pipinya, 'Sayang maafkan abang. Sayang tahu abang tak sengaja tadi' kataku lembut membuatkan suamiku terus bertindak memelukku erat.
KAMU SEDANG MEMBACA
CINTA SEORANG NUR ATEA ALDABELLA ZAHARA ~OG~
Teen FictionSinopsis: Nur Atea Aldabella Zahara atau lebih dikenali sebagai Ara, seorang gadis yang sangat lembut. Hidupnya sederhana sahaja. Dikelilingi oleh keluarga yang sangat penyayang. Kehadiran Tengku Kaif Rezza membuatkan kehidupan Ara semakin leng...