BAB 27

74 6 2
                                    


                  Aku memandang bangunan yang berdiri megah di hadapanku. Aku tiba-tiba menjadi seram sejuk, Maklumlah,ini merupakan kali pertama aku menjejakkan kaki ke sini sebagai seorang pekerja. Aku pun tidak tahu akan penerimaan orang lain terhadap aku. Tanpa membuang masa, aku menapak masuk ke dalam lobi dan rasa takut serta gementar tadi ku buang jauh. Aku melilaukan pandangan bagi mencari orang yang boleh aku tanya.

            Mataku tertancap ke arah orang yang berada berhampiran pintu masuk. Setelah mengecam gerangan orang tersebut, aku terus melajukan langkah ke arahnya begitu juga dia. Sampai sahaja di hadapannya, aku terus memeluk dia. Siapa lagi kalau bukan Azra merangkap bff kesayanganku. 'Eh Ara, awak pun baru sampai ke?' tanyanya setelah pelukan antara kami terlerai. 'Haah, Azra. Saya baru sampai je. Nasib awak dating tepat pada masanya. Kalau tak memang habislah saya' kataku sambal mengerutkan wajahku.

           'Alahai kesayangan saya sorang ni. Tak habis-habis dengan segan dia tu. Comel sangat la awak ni, Ara' katanya sambil menarik kedua-dua belah pipiku. 'Eh kejap! Tak silap saya, ni syarikat suami awak kan. Kenapa awak tak datang sekali dengan dia? And kenapa dia sanggup biarkan awak terkontang-kanting sendiri kat sini..hmmmm'. Belum sempat aku membalas kata-katanya, pandangan kami terus tertumpu kepada adegan mesra pasangan yang baru masuk di lobi ini. Secara automatic aku terus tertunduk.

             Pasangan itu turut memandang ke arah kami buat seketika dan terus melangkah masuk ke dalam lif. 'Ooh, patutlah. Eiii geram betul saya dengan Kaif tu. Tahulah saying sangat dengan perempuan tu. Tapi dah melampau sangat, sampai biarkan awak datang sini sensorang, lepastu boleh pula buat tak tahu je' Azra dah mula merungut. Aku kena cari cara agar dia berhenti.

            'Dahla Azra, tak pe saya okay je.Jom kita cari orang yang boleh kita tanya untuk ke ruang kerja kita', katakumembuatkan Azra hanya akur dan kami bergerak ke arah meja receptionist. Setelahitu, kami bergerak ke tempat kerja kami. Aku sangat gembira kerana aku dan Azrahanya ditempatkan di satu aras. Jadi, tak adalah aku kebosanan kat sini nanti.Dan rupanya, ruang kerja kami adalah berdekatan dengan bilik Kaif dan Leya.Jadi, aku tak tahulah apa akan jadi nanti. Baik aku tak payah fikirkan. Namun,aku masih teringat layanan mesra yang ditunjukkan Kaif kepada Leya dan sedikitsebanyak emosiku terganggu. Aku hanya mampu menyimpannya di dalam hati.  


CINTA SEORANG  NUR ATEA ALDABELLA ZAHARA ~OG~Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang