Keesokan harinya, saat aku terjaga dari tidurku, aku masih berada di atas sofa. Seperti yang dijangka, suamiku sudah berubah. Aku rindukan dia yang dahulu. Selalu ambil berat akan aku. Namun sekarang, jauh sekali dari anganku. Aku bangun dari baringanku, kelibat Kaif sudah tiada.
Aku terus membersihkan diri serta melaksanakan rutin harianku seperti biasa iaitu mengemas rumah dan memasak. Aku duduk di atas sofa selepas menyiapkan kerjaku. Dalam aku berehat, kata-kata sang suami terngiang-ngiang dalam kepalaku. Hari ini aku akan berdepan dengan wanita kesayangan suamiku. Bagaimana aku harus menutup segala kelukaan ini.
Aku masih tidak percaya dengan semua ini. Di awal usia perkahwinan kami, suamiku telah berjaya menghancurkan hatiku dengan hakikat cintanya telah beralih kepada wanita lain. Paling mengecewakan hatiku, wanita itu juga telah menjadi madu aku dalam diam.
Bunyi deringan telefon menyentakkan lamunanku. Aku terus mengangkat panggilan saat melihat nama abangku di skrin. Aku berdehem untuk menghilangkan rasa sebak yang bertandang agar abangku tidak perasan.
'Assalamualaikum, my honey bunny. Tengah buat apa tu? Adik sihat tak' tanya abang Id di hujung talian.
'Abang Id, adik rindu sangat pada abang dan family kita. Semua okey ke kat sana? Alhamdulillah abang Id, adik sihat. Adik tak ada buat apa-apa pun abang. Cuma penat sikit baru lepas mengemas' aku menjawab pertanyaannya.
' Ala.. abang pun rindu adik abang sorang ni. Lama tak dengar khabar. Semua family kita sihat je dik. Tapi tu la, rumah tu dah sunyi lepas adik tak ada' tambahnya lagi membuatkan aku tersenyum.
' Ni abang Fiq nak cakap dengan adik. Dari tadi duduk menyendeng je dengan abang Id. Menyibuk je dia', aku tertawa kuat mendengar ucapan dari mulutnya.
' Hello, adik! Abang Fiq rindulah dekat adik. Bila nak jumpa kami ni' katanya manja. Aku boleh bayangkan bahawa muncungnya sudah panjang sedepa. Hahahha. Abang Fiq! Abang Fiq! Memang tak pernah berubah.
'Adik, okay ke kat sana? Kaif jaga adik abang ni elok-elok tak? Dia ada sakitkan hati adik? Tambah abang Rith pula. Abang-abangku memang terlalu mengambil berat tentang diriku. Ingin sahaja aku mengatakan hal yang sebenarnya, namun aku sedar, itu adalah hal rumahtangga kami. Jadi, aku hanya mengatakan semua baik-baik sahaja. Dan , kami meneruskan perbualan tentang macam-macam perkara.
Habis berborak bersama ahli keluargaku, aku menutup mataku kerana terlalu penat. Namun, bunyi loceng ditekan membuatkan aku terbangun. Aku terus bergerak ke muka pintu. Saat pintu dibuka, aku berasa amat terkejut.
Nah guys, double update utk hari ni..actually dah lama tulis tapi nak update tu problem. Hehe.. Nothing to say more except just enjoy reading guys
KAMU SEDANG MEMBACA
CINTA SEORANG NUR ATEA ALDABELLA ZAHARA ~OG~
Teen FictionSinopsis: Nur Atea Aldabella Zahara atau lebih dikenali sebagai Ara, seorang gadis yang sangat lembut. Hidupnya sederhana sahaja. Dikelilingi oleh keluarga yang sangat penyayang. Kehadiran Tengku Kaif Rezza membuatkan kehidupan Ara semakin leng...