BAB 20

60 4 0
                                    

         'Kau memang sengaja kan, Ara. Kau tak dengar tak apa isteri aku cakap. Dia lapar, nak makan dan dia suruh kau masakkan. Tu pun susah ke kau nak buat ha!' ayat pertama yang keluar dari mulut Kaif menyentakkan hatiku. Aku cuma tersenyum ke arahnya.

          'Abang, sayang bukan sengaja nak menolak or buat tak tahu dengan permintaan Leya, tapi sayang serius penat hari ni' aku cuba menerangkan satu persatu kepadanya walaupun aku tahu ianya sia-sia. Dalam pada itu, aku cuba merungkai pegangannya di lenganku, namun tidak berjaya.

         'Aku tak kisah la kau penat ke apa. Yang penting aku nak kau ikut je apa yang isteri aku suruh. Tak payah nak lawan sangat. Kau faham tak perempuan! Jangan buat aku naik angin. Dah lama aku sabar dengan perangai kau ni', Kaif terus melepaskan tanganku sebelum mengenggam erat tangan Leya untuk berlalu dari situ.

        Air mataku terus menitis dan aku tahu Kaif perasan namun dia buat tidak tahu. Dia memang sudah jauh berubah. Cintanya bukan untukku lagi. Namun, aku akan cuba dapatkan kasih sayangnya kembali kerana aku yakin itu semua masih ada untukku dan aku perlu berusaha untuk mendapatkannya.

       Tiba-tiba, Kaif datang ke arahku. Aku tahu Kaif tak boleh tengok aku menangis dan sejujurnya itu membuatkan aku sangat gembira. 'Hey perempuan! Mulai hari ni aku nak kau panggil aku ' Tengku' dan isteri aku pula 'Puan'. Kau faham tak perempuan!. Sangkaan ku meleset. Apa semua ini? Mana kedudukan aku di hati dia sebenarnya. Dan sungguh tidak ku sangka sedrastik ini perubahan dia.

    'T..tapi kenapa a..abang? Kenapa abang tergamak buat s..saya macam ni?', kataku cuba menahan esakan. 'Arghh, tak payah tanyalah perempuan. Stop calling me 'abang'. Menyampah tahu tak. Dah ah kau, Sekarang masuk dapur dan masak. Tak payah banyak soal sangatlah' dan dia terus masuk ke dalam rumah tanpa memandangku lagi.

      Aku terus menyapu air mataku dan menuju ke dapur. 'Ara! Kau kena kuat kalau betul-betul sayangkan Kaif. Everything will be fine soon'. Aku menyediakan bahan-bahan untuk memasak dan memulakan kerjaku di dapur. Rasa penat tadi cuba aku endahkan. Aku kemudian, menghidangkan makanan tersebut di atas meja. Bunyi tapak kaki membuatkan aku terus menghalakan pandangan ke arah mereka. Walaupun hatiku sakit melihat kemesraan antara mereka, namun cuba aku tahan.

    Aku menjemput mereka berdua makan. Aku kemudian membuka kerusi di sebelah Kaif menghadap Leya dan duduk di situ. ' Kau buat apa duduk sini perempuan' Kaif bersuara.

     ' Sayang nak m..mak..makan dengan abang dan Leya', kataku teragak-agak. 'Ada aku suruh kau duduk sini ha! Kau nak makan sangat duduk hujung sana. Jauh sikit dari aku. Kang hilang selera hadap muka kau je'. Tambahnya lagi dan Leya ku lihat sudah tersenyum sinis.

    Aku kemudian bangun dan menuju ke tempat yang dimaksudkan oleh Kaif dan tanpa menghiraukan sekeliling. Aku terus menjamah makanan di dalam pinggangku. Adegan mesra di hadapan tidak aku endahkan. 'Maybe hari ni aku disuruh makan kat sini. Tak mustahil esok lusa dia tak nak pun makan semeja dengan kau, Ara', aku hanya tersenyum dan mengiyakan semuanya. Dan malam itu berlalu begitu sahaja.


Cepat betul si Kaif ni berubah kan..enjoy reading guys...tq

CINTA SEORANG  NUR ATEA ALDABELLA ZAHARA ~OG~Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang