Aku duduk di dalam bilik dan cuba menghilangkan rasa sebak. Baru aku tahu yang rupanya mummy tidak sukakan aku. Namun, di depan suamiku dan ahli keluarga yang lain sahaja dia berpura-pura menerima diriku.
FLASHBACK
Turun sahaja dari kereta, suamiku terus memimpin tanganku ke arah ahli keluarganya yang berada di muka pintu seakan-akan sudah tahu akan kehadiran kami. Aku menjadi gugup kerana sebelum aku dan Kaif berkahwin, mummy tidak begitu sukakan aku tetapi aku cuba meniupkan aura positif dalam diriku bahawa mungkin mummy dah dapat menerima keadaanku.
Aku mendekati mereka seorang demi seorang. Sampai sahaja di hadapan mummy, aku menghulurkan tanganku, saat tangan kami bertaut dan aku ingin tunduk menciumnya, dia cepat-cepat melarikan tangannya tanpa disedari oleh ahli keluarga yang lain.
Aku terus bergerak ke arah Akak Karina dan tanpa sempat aku bersedia, dia terus memelukku erat. Aku merasa sangat gembira. Setidak-tidaknya masih ada orang yang menanti kehadiranku di sini. Akak Karina terus mengheretku masuk ke dalam sambil mulutnya tak habis-habis bercerita. Dari pandanganku, dia seorang yang ceria dan mudah dibuat kawan. Lagipun dia memiliki rupa paras yang sangat jelita, pakej lengkap bagi seorang wanita.
Setelah agak lama kami berborak, kedengaran pintu biliknya diketuk oleh seseorang. Saat pintu dibuka, kelihatan wajah suamiku yang menjamah pandanganku. Dia terus mendekatiku sambil meminta izin dari akak Karina untuk membawaku ke bilik kami.
'Akak, Riz nak bawa isteri kesayangan Riz ke bilik kami. Boleh tak akak? Lama sangat akak pinjam isteri Riz'. katanya.
'Ala, akak tak habis borak lagi dengan Ara. Tapi takpelah Ara pun penat kan. Rest dulu. Lain kali kita borak lagi. Lagipun orang tu dengki dan tak puas hati dah akak larikan isteri comel dia ni' kata akak Karina sambil gelak mengejek suamiku. Aku hanya mampu tersengih dengan tingkah mereka berdua, Comel!!! (END FLASHBACK)
Aku turun ke bawah untuk menyediakan makan malam. Suasana agak sunyi maklumlah suamiku, daddy dan Nuwail keluar sekejap. Jadi, sementara mereka tiada, bolehlah aku siapkan dulu makan malam. Lagipun mummy dah pesan agar aku tak menganggap diri aku sebagai maam besar kat rumah ni. Soal terasa aku tolak tepi yang penting kerja berjalan.
Mummy sudah duduk di Island table, barangkali sedang tunggu kedatangan aku.
Aku terus meniupkan semangat dalam diriku. ' Ara! Kau kena sentiasa sabar Ara. Walau apapun mummy cakap, jangan pernah terasa. Terima je semua dan jangan cengeng'. Habis berkata-kata aku terus menapak masuk ke dapur.
' Ha! Sampai pun kau ye. Kau buat apa lama sangat kat bilik. Tahu tak sekarang dah lewat. Aku nak kau siapkan makan malam cepat-cepat. Kalau tak siap kau aku kerjakan' kata mummy lantang sambil menayangkan muka bengis.
Aku yang sudah ketakutan cuma mengangguk lemah' B..baik m.m..m..mummy Ara nak sediakan bahan dulu ye', belum sempat aku melangkah, kepalaku ditunjal kasar olehnya. 'Dan lagi satu! Kau jangan berani nak report benda ni dekat sesiapapun. Kalau tak kau tahulah nasib kau. Dan satu lagi! Aku bukan mummy kau, so kalau ada kita dua je dekat sini panggil aku Puan Sri bukan mummy. Faham tak?'. Aku hanya mengangguk dan bergerak ke arah dapur.
Enjoy reading guys. Lama dah sis senyap. Hari ni baru terasa ada kerajianan sikit nak update. Sorry la kalau ayat tunggang terbalik.
KAMU SEDANG MEMBACA
CINTA SEORANG NUR ATEA ALDABELLA ZAHARA ~OG~
Teen FictionSinopsis: Nur Atea Aldabella Zahara atau lebih dikenali sebagai Ara, seorang gadis yang sangat lembut. Hidupnya sederhana sahaja. Dikelilingi oleh keluarga yang sangat penyayang. Kehadiran Tengku Kaif Rezza membuatkan kehidupan Ara semakin leng...