BAB 1

159 7 0
                                    

          Namaku Nur Atea Aldabella Zahara atau lebih dikenali sebagai Ara oleh orang sekelilingku dan aku berusia 22 tahun. Hari ini merupakan hari bahagiaku di mana aku akan mendirikan rumah tanggaku dengan orang yang sangat aku cintai iaitu Kaif Rezza.

          'Ara! Sudah siap ke belum? Tetamu dah nak sampai ni.' panggilan dari luar bilik oleh kawan baikku, Azra membuatkan aku tersedar dari lamunanku.

        'Kejap Azra, sudah siap ni. Masuklah.' Seiring aku menghabiskan kata-kataku, kedengaran tombol pintu dibuka dan memaparkan wajahnya. Melihatkan aku, dia terus menerpa ke arahku dan memelukku erat. Aku hanya tersenyum melihat kelakuannya.

      Azra kawan baikku dari kecil lagi. Banyak benda yang kami kongsi bersama sehingga membuatkan hubungan antara kami tersangat akrab. Terasa bahunya terhinjut-hinjut, aku terus melepaskan pelukan sambil menilik wajahnya. Tawa kecil beserta air mata turut terbit dengan kelakuannya.

       'Hei! kenapa awak nangis ni? Setahu saya Azra seorang yang sangat kuat dan susah nak nangis tau' kataku sambil mengelap air matanya.

          'Kawan saya yang comel ni dah nak kahwin dah. Nanti susahla saya nak spend time dengan awak. Maklumlah, awak kan dah ada encik husband tu' aku terus menarik kedua-dua pipinya sambil menggeleng-gelengkan kepalaku.

       'Ada-ada je awak ni Azra. Walaupun saya dah kahwin, awak tetap akan sentiasa menjadi penting dalam hidup saya. Jangan cakap macam ni lagi ok'. Kemudian, kami tergelak dengan tingkah laku sendiri.

      Tawa kami terhenti bila bilikku dimasuki oleh ahli keluargaku yang lain sambil mereka kehairanan melihat aku dan Azra.

     Setelah siap, aku turun ke bawah diiringi ibuku, adikku dan Azra seterusnya duduk di belakang pengantin lelaki.


Bab 1 dah dipublish. Hope enjoy reading.

CINTA SEORANG  NUR ATEA ALDABELLA ZAHARA ~OG~Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang