Usai sahaja solat subuh berjemaah dengan Kaif, aku terus turun ke bawah untuk menyiapkan sarapan pagi.sementara Kaif dan keluargaku yang lain sedang tidur.
' Apa yang aku nak masak ea' monologku sendirian. Dalam sibuk aku berfikir, terasa pinggangku dipeluk dari belakang. Aku sudah dapat mengagak gerangan itu. Kaif! Lepas kami sah diijabkabulkan semalam, dia tak segan-segan menunjukkan sisi manjanya kepadaku dan yang paling penting, dia sangat suka memelukku.
' Abang nak makan apa pagi ni, nasi? mihun? atau mee?.Sayang tak tahu nak masak apa. Nasib abang turun' kataku diselangi dengan senyuman. Dia yang geram melihatku, terus menarik pipiku sebelum memperketatkan lagi pelukannya di pinggangku.
' Abang, boleh lepaskan tak kejap? Sayang nak masak ni? Dan dia terus menggeleng laju sambil menyembamkan mukanya di bahuku.
'Ala...sayang masak je la macamni. Abang tak kacau sayang, abang peluk je' tambah suamiku membalas pertanyaanku.
't..tapi nanti orang nampak macam mana? Malu nanti. Lagipun susah sayang nak masak macam ni. Aku menggosok lembut lengannya di pinggangku' Sayang masak je apa-apa. Semua abang boleh telan. Tapi alang-alang sayang dah tanya, abang teringin nak makan mee goreng la sayang' kata Kaif sambil mencium kedua-dua belah pipiku.Aku hanya mengangguk dan menuju ke tempat memasak untuk mempersiapkan bahan-bahan. Namun, suamiku turut mengikutku sambil tanganku tetap cuba merungkai pelukannya tetapi ianya sia-sia.
'Hai la encik suami, asal manja sangat ni hmm' monologku sendirian. Berkali-kali aku memujuknya tetapi tidak berjaya. Akhirnya, aku hanya akur dan membiarkan saja perbuatannya. Dari saat aku menyediakan bahan sampai meletakkan makanan ke atas meja, memang langsung tidak dilepaskan pelukannya dariku.
Sewaktu ahli keluargaku yang lain turun pun sama. Walaupun diusik namun suamiku hanya mempamerkan muka tak bersalahnya sambil ketawa, aku pula hanya mampu menunduk kerana terlalu segan. Habis sahaja sesi makan, kami menyertai ahli keluargaku berborak memandangkan semua orang cuti pada hari ini.
Esok aku perlu mengikut suamiku ke rumah keluarganya pula. Jadi, masa ni je yang aku ada untuk diluangkan bersama-sama dengan ahli keluargaku yang lain. Lupa pula aku nak cakap, aku adalah anak bongsu dalam keluargaku di mana aku ada 3 orang abang dan seorang kakak.
Aku melabuhkan punggung di atas sofa dan belum sempat aku membetulkan dudukku, pehaku terasa memberat saat suamiku meletakkan kepalanya.
' Amboi!!! pengantin baru ni kemain lagi ye' usikan abangku mengundang tawa semua orang. Aku cuba mempamerkan riak biasa agar tidak kelihatan wajahku yang kian menahan malu bercampur segan dengan perlakuan suamiku. Dia langsung tidak mahu berenggang denganku.
' Abang Rith ni. Janganlah, kang adik cubit kang baru tahu' kataku membuatkan makin giat mereka gelak.
' Nampaknya, tak lama lagi kita akan dapat anak buah la ye. Maklumlah orang tu tak boleh berenggang langsung dengan suami dia' tambah kakakku pula. Aku cuba untuk tidak mengendahkan kata mereka.
'Eh! Kita pula yang kena. Padahal adik ipar korang ni ha dari tadi lagi tak nak lepaskan kita'. kataku sendirian. Terasa jari-jariku digenggam erat dan lembut oleh suamiku membuatkan aku kalih ke arahnya. Aku memberi isyarat mata kepadanya.
' Ni abang punya pasal lah. Tengok habis orang gelakkan sayang tau'. Dia yang seakan memahami isyaratku terus tersengih sambil membalas 'alololo janganlah marah sayang. Ok apa kena usik macam tu. Biasalah tu pengantin kena usik. Abang suka, sebab sayang pun makin comel'.
Aku hanya memuncung dengan tingkah dia, namun tidak semena-mena dia terus mencuit bibirku membuatkan aku terus memandang ke arah lain dan paling mengejutkanku pandangan semua orang dari tadi tertumpu ke arah kami.
' Uwuuu, sweetnya dia' makin giat pula diorang menyakat.
' Dah la kacau adik tu, dah habis malu sangat tu', ibuku pula menyambung bagi membelaku. Aku tersenyum dan menjelir ke arah abang-abang dan kakakku. Ayahku pula hanya tersenyum melihat gelagat anak-anaknya.
Aku menunduk melihat suamiku namun apabila menangkap gerak mulutnya, aku terus menjegilkan mata dan mengipas-ngipas mukaku. Mana taknya boleh pula dia cakap 'nasib abang tak cium bibir sayang tu'. Eii! Suami siapalah yang terlebih gatal ni.
Done chapter 3. Sis tak pandai nak buat scene sweet2 macam gula-gula kapas. Hanya mampu buat yang sweet x brape nak sweet. Anyways enjoy reading guys.
KAMU SEDANG MEMBACA
CINTA SEORANG NUR ATEA ALDABELLA ZAHARA ~OG~
Teen FictionSinopsis: Nur Atea Aldabella Zahara atau lebih dikenali sebagai Ara, seorang gadis yang sangat lembut. Hidupnya sederhana sahaja. Dikelilingi oleh keluarga yang sangat penyayang. Kehadiran Tengku Kaif Rezza membuatkan kehidupan Ara semakin leng...