Jika hati tidak mampu menyintai,
Jangan pernah menyakiti,
Kerana ia boleh menjadi racun,
Kepada kesakitan yang tidak berpenghujung,
Aku memerhatikan gelagat Anaqi yang sedang bermain di halaman belakang rumah. Dia begitu ralit bermain dengan kereta kecilnya manakala Kak Karina pula keluar sekejap kerana ada urusan di luar. Aku menggenggam kedua-dua belah tanganku untuk menenangkan diri mengingat perkara yang berlaku di ruang tamu tadi.
FLASHBACK
Usai meletakkan beg pakaianku di dalam bilik suamiku dan menjenguk Anaqi yang sedang tidur, aku menuruni tangga untuk ke ruang tamu. Sempat juga aku berperang dengan diriku sendiri sama ada patut atau tidak aku menyertai mummy, Kaif dan Leya di bawah. Akhirnya, tiba juga aku di tangga terakhir. Mereka masih kelihatan sedang bergaul mesra sesama sendiri. Jadi, aku dengan langkah berhati-hati mendekati mereka semua.
Tingkah mereka terus terhenti saat melihat aku. Namun, aku tetap memberanikan diri mengambil tempat di sebelah mummy untuk melabuhkan duduk. Pandangan mereka terus berubah menjadi meluat. Aku berpura-pura tidak melihat malahan cuba mencari topik untuk dibualkan bersama mereka. 'Amboi, Ara tengok rancak berborak. Ada perkara menarik ke? bolehlah share dengan Ara sekali', aku bersuara bagi membuka bicara.
'Kau ni dah kenapa menyemak kat sini, perempuan. Tak nampak ke kitorang tengah berbual dah kau duduk sini kenapa. Saja nak buat orang menyampah tengok kau ke?', Kaif berkata sambil jarinya ditunding ke arahku.
'Betul tu, takpelah mummy naik dulu ye. Naik menyampah mummy duduk sini lama-lama. Tetiba rasa panas pula kat sini', mummy terus bangun meninggalkan kami bertiga di ruang tamu.
'Tengok! Sebab kau mummy dah hilang mood. Tak menyusahkan memang tak sah la kau ni. Jom baby kita keluar. Udara tetiba hilang kat sini. Tak boleh nak bernafas tengok perempuan n ikat sini.', Kaif terus menarik tangan Leya dan cuba berlalu. Aku menggenggam erat sisi bajuku dan masih mengekalkan senyuman walaupun nampak kekok.
Aku terus berdiri 'abang, boleh sayang ikut sekali. Sayang nak..' kataku dipintas oleh Kaif 'Kau tak payah mengada la. Kalau kau nak keluar sangat, keluar sendiri. Tak payah nak ajak atau ikut aku. Kau tahu tak rimas. Lagi satu, dah berapa kali aku cakap stop calling me 'abang' dan bahasakan diri kau 'sayang' geli tahu tak. Dia terus menolak kepalaku sebelum kembali memimpin Leya.
END FLASHBACK
Dalam sibuk aku mengelamun, terasa tanganku ditarik oleh sepasang tangan kecil. Aku terus tersenyum melihat Anaqi. 'Mak lang okey ke? Kenapa muka maklang nampak sedih?' tanyanya dengan dahi berkerut. Aku senyum ke arahnya lalu kedua-dua tanganku naik mencubit pipi budak kecil dihadapanku. Anak siapalah pandai sangat ni. Tak padan dengan kecik. 'Maklang tak apa-apa sayang. Maksu okey je. Jangan risau ea', melihatkan anggukan dari dia, aku menghembus nafas lega.
'Aqi sayang, meh makan dulu sebelum sambung main. Maklang ada buat air dan kek kesukaan Aqi ni', mendengar kata-kataku dia terus mendekatiku dan naik di atas ribaanku. Dia sangat manja denganku, aku sangat gembira dapat melayan dia. Dalam sibuk aku menyuap makanan ke mulutnya, sebuah kereta masuk ke dalam pagar. Aku hanya memerhatikan kereta tersebut dan menunggu pemilik kenderaan keluar. Rupa-rupanya Nuwail. Terasa diperhatikan dia terus memandang ke arah tempat duduk kami. Dia terus menghadiahkan senyuman ke arahku membuatkan aku terus menunduk.
Dia terus datang dan meminta izin untuk duduk dan aku hanya mengangguk. 'Dah lama ke sampai? Buat apa je kat sini?' tanyanya lembut. Aku terus memandangnya sebelum menjawab, 'Dah lama dah. Ni ha! teman Aqi main-main kat sini. Bukan main gembira dia. Kan Aqi kan', aku terus mencubit pipinya yang penuh dengan makanan namun bibirnya masih tersenyum. Aku tergelak sendiri melihatkan mukanya. Comel sangat. Dalam pada itu, aku tidak sedar tingkahku menarik perhatian Nuwail. 'Comel' , mendengarkan kata-kata itu diselangi ketawa kecil dari Nuwail membuatkan aku terus mengangkat muka.
Mungkin tersedar dengan renunganku, dia terus berdehem.'Awak ada cakap apa-apa ke tadi?' tanyaku cuba mendapatkan kepastian. Dia terus menggeleng dan menggosok tengkuknya. Asal la Nuwail ni comel sangat. Aku hanya tergeleng sendiri mendengar kata hatiku. 'Eh lupa, awak nak makan? Saya ada buat kek tadi' tanyaku. Aku hanya menunggu balasan darinya. Ke dia tak nak rasa makanan aku. Tak kena dengan selera dia ke.
'Eh boleh juga. Sayang tak makan. Sedap ni', aku terus mengambil sepotong kek dan diletakkan ke dalam pinggan yang dibawa. Nasib bawa lebih tadi. Aku juga menuangkan air kepadanya. Dan kami menikmati makan petang dengan tenang.
Aku menunggu Kaif dan Leya pulang, namun aku terelelap dengan sendirinya. Terasa badannku ditolak kasar sehingga terjatuh darikatil membuatku mataku terus terbuka luas. Aku menggosok-gosok pinggangku yang sakit. Aku melihat Kaif dan Leya memandangku dengan penuh amarah. 'Amboi, sedapnya kau terbongkang atas katil aku. Kau ingat kau siapa?' kata Kaif setelah aku membetulkan dudukku.
'T..taa...pi, selalunya ni tempat tidur sayang kat sini.'. kataku kembali membalas pertanyaannya. 'Ah tu dulu. Sekarang aku nak kau keluar cari bilik lain. Malas aku nak hadap kau kat sini'dia cuba menolakku keluar.
'Sayang nak tidur kat mana abang. Tapi..tolong jangan halau sayang malam ni. Esok baru sayang pindah bilik lain. Malam ni bagilah sayang tidur kat sini. Tolonglah abang' aku cuba untuk meraih simpati daripadanya. Aku sangat penat hari ni.
'Daddy, biarlah perempuan tu. Mummy penat la daddy. Mummy nak rest sekarang' kata Leya. 'Ye la mummy. Mummy rest dulu. Baring je atas katil ni. Daddy tahu mummy penat' Kaif terus membaringkan Leya dan menyelimutkannya sebelum mencium lembut dahi Leya. Aku dibiarkan menjadi patung cendana.
'Abang, saya nak tidur kat mana?' kataku membuatkan Kaif yang sedang ralit memandang wajah lena Leya, menjatuhkan pandangannya sesaat kepadaku.
'Disebabkan kau memandai sangat tadi, kau tido la mana-mana dalam bilik ni. Atau paling senang kau tidur je kat bawah sini. Tak adalah aku bangun esok terus terpandang muka kau', dia terus mengambil tempat di sebelah Leya.
' Aku memandang lantai dan tanpa banyak bicara, aku terus membaringkan diriku di situ dengan beg pakaianku dijadikan bantal dan kain sarung di dalam beg aku keluarkan dan digunakan sebagai selimut. Aku tidak berani menyentuh barangnya yang lain kerana telah diberi amaran. Jadi, aku kena ikut arahannya kerana semua ini milik dia.
Hai guys, thanks kepada yang sudi singgah n read my story. New update for today. Hope enjoy guys. Peace
KAMU SEDANG MEMBACA
CINTA SEORANG NUR ATEA ALDABELLA ZAHARA ~OG~
Teen FictionSinopsis: Nur Atea Aldabella Zahara atau lebih dikenali sebagai Ara, seorang gadis yang sangat lembut. Hidupnya sederhana sahaja. Dikelilingi oleh keluarga yang sangat penyayang. Kehadiran Tengku Kaif Rezza membuatkan kehidupan Ara semakin leng...