Aku hanya mengenakan skirt hitam, kemeja petak labuh berwarna biru dipandankan dengan tudung bawal serta sneakers. Manakala, Azra pula memakai skirt hitam, blouse berwarna biru dipadankan pula dengan shawl. Setelah siap, kami berdua terus menuju ke IOI Puchong dengan kereta Azra.
Kami berjalan-jalan di sepanjang shopping kompleks itu untuk mencuci mata. Hari ini boleh dikatakan agak sesak dengan orang ramai mungkin disebabkan ianya merupakan hari minggu. Aku pula hanya mengikut jejak langkah Azra memasuki dari sebuah outlet ke outlet yang lain.
Hampir dua jam kami berjalan, aku mengajak Azra untuk mencari makan. Maklumlah, tadi kami hanya sempat menjamah kuih-kuih sahaja.
'Azra, saya lapar la. Apa kata kita pergi makan dulu. Alang-alang hilangkan penat sekaligus. Nanti, baru kita sambung balik. Okay tak?'. Tanyaku kepadanya.
'Bagus jugak idea tu Ara. Saya pun dah penat ni. Dari tadi lagi duduk berjalan, perut dok memanggil je minta diisi', balasnya sambil menggosok perutnya.
'Adui Azra! Ada-ada je awak ni. Geram saya. Jom masuk Sushi King je la. Saya teringin nak makan masakan jepun la pulak', kataku sambil menayangkan gigi putihku kepadanya.
Dia terus mengaut tanganku dan kami berjalan masuk ke situ. Sedang kami menunggu makanan dihidangkan, mataku tertancap kepada pasangan di sebelah tempat duduk. Aku macam mengenali mereka namun, aku tidak dapat melihat wajah mereka dengan jelas memandangkan waiter sedang mengemas meja mereka. Mungkin sudah habis makan barangkali.
Aku mengalihkan kembali pandanganku kepada Azra. Dia pun turut memandang aku. 'Alololo, Ara lapar ye. Sian dia. Tunggu kejap ea, Lepasni siaplah makanan kita', Azra memang faham perangai aku. Aku hanya mengangguk mengiyakan. Suara orang bercakap di sebelah menarik kembali aku untuk memandang ke arah situ. Sungguh aku merasakan suara mereka agak familiar dipendengaranku.
Aku tergamam saat melihat kedua-dua mereka. Rupa-rupanya itu Kaif dan Leya. Pada masa yang sama, mereka juga kelihatan terkejut melihat aku tetapi kemudian diganti dengan senyuman sinis. Aku tanpa berlengah cuba bangun dari dudukku namun sempat ditahan oleh Azra. Aku memberi isyarat kepadanya agar melepaskan kedua-dua belah tanganku dan akhirnya dia akur.
Aku begitu rindu akan Kaif kerana dalam sebulan ini, tiada langsung khabar berita daripadanya. Aku agak terkilan bila mana melihat dia begitu gembira dengan Leya tanpa langsung mengingatkan aku. Namun, semua perasaan itu ku tepis. Asalkan dapat tengok dia di hadapan aku, dah cukup buat aku sedikit lega.
Aku terus mendekati meja mereka berdua. Apabila tiba di hadapan Kaif, aku menghulurkan tanganku untuk bersalam namun dia tidak mengendahkannya malah terus memegang tangan Leya. Aku agak terasa dengan tindakannya namun cuba untuk mengekalkan senyumanku.
New update.. thanks kepada yang sudi baca. Tqsm
KAMU SEDANG MEMBACA
CINTA SEORANG NUR ATEA ALDABELLA ZAHARA ~OG~
Teen FictionSinopsis: Nur Atea Aldabella Zahara atau lebih dikenali sebagai Ara, seorang gadis yang sangat lembut. Hidupnya sederhana sahaja. Dikelilingi oleh keluarga yang sangat penyayang. Kehadiran Tengku Kaif Rezza membuatkan kehidupan Ara semakin leng...