Aku memandang sekeliling bilik baruku. Aku cuba menerima setiap layanan yang diberikan. Ini baru permulaan dan aku harus kuat untuk menyelamatkan perkahwinanku. Aku kena kuat demi cintaku Kaif. Aku tersenyum sambil menggosok lembut tanganku di dada. 'At least, dia bagi kau tempat tinggal. Lagipun,dua minggu lagi kau dah nak balik ke rumah sewa dah. Tapi, adakah dia akan membenarkanku pulang ke sana sedangkan dulu dia yang beria menyuruhku tinggal sahaja di sini?
Aku pernah meminta izin daripada Kaif untuk tinggal di rumah sewa bersama kawan-kawanku. Namun, dia tidak mengizinkanku kerana dia tidak mahu berjauhan dariku. Tetapi, adakah semuanya masih sama? Dia masih kisah dan ambil berat lagi ke pasal aku?. Aku cuba untuk membuang jauh perasaan itu. Jadi, aku terus bangun dan memulakan kerjaku untuk mengemas 'bilik baruku'.
Selepas 2 jam lebih, akhirnya bilikku berjaya dikemas. Aku memandang sekeliling untuk mencari tempat untuk dijadikan tempat tidur. Tetapi, semuanya kosong. Tiada apa-apa pun memandangkan bilik itu hanyalah sebuah bilik stor. Aku mengambil kain sarung milikku dan menghamparkannya ke lantai sebagai alas untuk tidur. Ini pun sudah cukup baik dah bagi aku. Aku merebahkan diriku di situ dan secara automatik mataku juga turut terlelap dengan sendirinya.
Bunyi pintu diketuk menyedarkan aku. Tanpa berlengah aku terus menuju ke pintu serta memulas tombol pintu untuk membukanya. 'Kau buat apa lama sangat kat dalam ha permpuan. Sakit tekak aku dok terjerit-jerit panggil nama kau', Leya terus menghamburkan marahnya setelah melihat wajahku. Awalnya aku ingin juga menjawab, namun tidak jadi kerana Kaif berada bersamanya.
Aku menarik nafas dalam sebelum mengajukan pertanyaan kepadanya. Maklumlah, aku pun tidak tahu apa yang dimahukan olehnya. Tiba-tiba, terus nak marah-marah. Kaif pula nampanya tidak kisah atas perlakuan Leya ke atasku. 'Apa yang awak nak, Leya?'
'Daddy tengok tu! Perempuan ni kan memang buat mummy geram la. Weyhh, aku nak kau masak untuk kami. Aku dan Kaif dah lapar sangat ni. Kau ingat boleh goyang kaki je ke duduk sini?' tambahnya lagi. Aku cuba menghadam kata-katanya sebelum membalas kembali.
'Eh awak! barang semua dah ada kat dapur. Saya dah beli tadi. Awak boleh masak terus je. Lagipun, saya dah penat sangat hari ni. Saya masuk bilik dulu ye', kataku lembut. Dan sebetulnya memang aku amat penat hari ni bukan sengaja bagi alasan.
'Daddy, tengoklah! Perempuan ni besar kepala pula. Orang suruh masak je boleh dia suruh mummy balik. Ajar sikit perempuan ni daddy'. Aku buat tidak endah akan perlakuannya dan meneruskan langkah ke bilik. Namun, belum sempat tombol pintu dibuka, tanganku ditarik kasar membuatkan langkahku terhenti.
Dah banyak sis tulis actually but cari masa untuk update. Idea pulak kejap ada kejap xde. Anyway, sis hope korang enjoy la even merapu sikit. Hehe.
KAMU SEDANG MEMBACA
CINTA SEORANG NUR ATEA ALDABELLA ZAHARA ~OG~
Teen FictionSinopsis: Nur Atea Aldabella Zahara atau lebih dikenali sebagai Ara, seorang gadis yang sangat lembut. Hidupnya sederhana sahaja. Dikelilingi oleh keluarga yang sangat penyayang. Kehadiran Tengku Kaif Rezza membuatkan kehidupan Ara semakin leng...