SINOPSIS

281 7 0
                                    

         Sinopsis:

     Nur Atea Aldabella Zahara atau lebih dikenali sebagai Ara, seorang gadis yang sangat lembut. Hidupnya sederhana sahaja. Dikelilingi oleh keluarga yang sangat penyayang. Kehadiran Tengku Kaif Rezza membuatkan kehidupan Ara semakin lengkap.

Tengku Kaif Rezza seorang lelaki yang mempunyai segala-galanya termasuklah rupa dan pangkat. Memilih Ara sebagai suri hidup dan mereka bahagia bersama. Seperti pasangan lain, mereka juga sangat bahagia dengan kehidupan mereka. Berkahwin dengan orang yang dicintai sangatlah indah.

Namun, kebahagiaan mereka direntap sekelip mata dengan kehadiran orang ketiga iaitu cinta pertama Kaif. Paling meruntun hatinya, apabila Kaif tergamak menduakan cinta Ara dengan mengahwini wanita itu sehingga mengabaikan perasaan Ara.

Hati isteri mana yang tidak sakit bila dilayan bagai sampah, dibuang dan ditarik bagai tidak bermakna. Namun, seorang Ara tetap sabar dengan layanan yang diberikan suaminya walaupun berkali-kali disakiti kerana cintanya pada si suami sangat kuat.

'Weyhh, aku muak dan benci lah dengar perkataan 'CINTA' dari mulut kau. Kau tak layak nak mencintai aku. Dan stop calling me 'ABANG', jijik tahu tak- Tengku Kaif Rezza

'Abang..tolong jangan buat Ara macam ni. Ara sayang abang. Please abang Ara tak harapkan banyak, cuma sedikit kasih sayang abang dah cukup- Ara

'Ha!ha!ha! Sedarlah diri sikit, Kaif lebih sayangkan aku berbanding kau. Cermin diri kau dulu sebelum berharap kepada sesuatu yang takkan mampu kau capai -Leya Sofea.

' Kalau betul cinta kau dah beralih arah, lepaskan Ara dengan cara baik. Biar aku yang jaga dia. Kau tak layak untuk mendapat seorang isteri yang baik macam Ara. Kau terlalu kejam- Tengku Kaef Nuwail

' Ara, saya tak nak tengok awak sedih macam ni. Kalau ada apa awak nak share, awak boleh cari saya. Saya akan sentiasa ada dengan awak- Tengku Fil Danial

  Suatu peristiwa menyebabkan Kaif menyesal dan sedar hakikat yang Ara sangat bermakna dalam hidupnya. Namun, kesakitan yang diberikannya kepada Ara sangat dalam membuatkan Ara semakin jauh daripadanya. Namun, dia tekad untuk mendapatkan balik cinta isterinya. Apakah yang akan terjadi? Mampukah Ara mencintai Kaif seperti dulu? Atau berpisah adalah jalan yang terbaik bagi mereka?

Ini adalah karya kedua dari author. Sebarang kekurangan yang terdapat dalam cerita ini adalah dari kelemahan author sendiri. Hope enjoy reading this story.

CINTA SEORANG  NUR ATEA ALDABELLA ZAHARA ~OG~Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang