BAB 7

50 3 0
                                    

      Selesai makan malam, kami duduk di ruang tamu bersama-sama keluargaku yang lain. Mummy nampaknya benar-benar tidak menyukai kehadiran aku di situ. Suamiku pula tidak melepaskan pegangannya dari tanganku. Apabila kami berdua melabuhkan punggung di sofa yang diletakkan di ruang tamu, mataku bertembung dengan Nuwail, adik kepada Kaif. Dia menghadiahkan senyuman kepadaku dan aku membalasnya.

         Kaif yang melihat kami terus berdehem membuatkan Nuwail terus menggosok tengkuknya. Aku rasa perbuatannya sangat comel. Mana taknya, dengan pipinya dan telinganya merah.

      'Rezza! Kamu dah tahu ke nak bawa isteri kamu ke mana untuk honeymoon kamu berdua?, aku terus kalih saat daddy membuka suara. Aku memandang suamiku yang kebetulan turut berbuat perkara sama sambil tangannya mengusap lembut tangan kami yang bertaut.

     ' Belum daddy, Riz belum terfikir lagi nak pergi mana. Tapi Riz ada terfikir beberapa tempat daddy macam Korea, Jepun, Aussie atau Paris'. Belum sempat suamiku menyambung, daddy menghulurkan dua keping tiket kepadanya. Mata suamiku kelihatan membulat dan gembira menyambut tiket yang dihulurkan oleh daddynya.

     'Wah! Seriously daddy? Paris'. Aku hanya mampu terdiam kerana melihat pandangan tajam mummy.

     ' Itu hadiah untuk kamu berdua. Daddy sponsor dan harapnya kamu berdua suka dengan hadiah tu' tambah daddy.

        Suamiku terus bangun dan memeluk daddynya sambil mengucapkan terima kasih. ' Thanks daddy, kami berdua suka sangat-sangat. Terima kasih untuk hadiah ini'. Daddy terus memandang aku dan saat melihatkan senyuman yang terbit dari kedua ulas bibirku, daddy turut sama tersenyum. Lega mungkin melihat kami berdua suka akan kejutan dan hadiah darinya.

       Tanpa sedar, tingkahku dari awal menjadi perhatian Nuwail.

       'Asal kakak ipar aku cute sangat ni'?. Aku suka sangat tengok dia. Kalaulah dia jadi milikku, aku hidupku akan sangat bahagia' monolog Nuwail.

      ' Eh Nuwail jangan mengada-ngada, dia tu isteri abang kau. Kan tak pasal-pasal jadi benda lain nanti'. Kata hatinya berperang sesama sendiri membuatkan Nuwail tergeleng kecil menghilangkan pemikirannya yang entah apa-apa itu.

      Dia mengangkat wajahnya dan secara automatik tangannya terus memegang dada apabila jantungnya bagaikan ingin tercabut tatkala pandangannya bertaut dengan mata isteri abangnya itu. Dalam masa yang sama, Ara merasa pelik melihat tingkah Nuwail, ' ada apa-apa yang tak kena dekat muka aku ke?'

      ' Ha satu lagi, bila kamu berdua nak pindah masuk ke villa, Riz?' tanya daddy memecahkan suasana yang agak awkward antara kami. Nuwail berasa lega kerana suara daddy membuatkan adegan yang berlaku tadi dilupakan.

        ' Maybe lusa daddy. Riz nak spend time kat sini dulu esok lepastu baru kami pindah masuk sana. Lagipun, bolehlah Ara kenal keluarga kita dulu. Betulkan sayang?'tanyanya kepadaku. Aku mengangguk mengiyakan walaupun agak gusar dengan penerimaan mummy.

       ' Betul juga tu. Mana tahu nanti langsung tak boleh nak berenggang dengan kami. Hahhaha. Betul tak Ara?. Aku teragak-agak menganggukan kepala kerana aku pun tidak begitu pasti dengan perkara itu.

CINTA SEORANG  NUR ATEA ALDABELLA ZAHARA ~OG~Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang