BAB 35

96 7 1
                                    

               Genap sebulan peristiwa itu berlaku, layanan Kaif kepadaku semakin dingin. Aku membuat kerjaku seperti biasa. Aku sibuk menyusun fail-fail di rak berdekatan mesin fotostat sehingga tidak sedar seseorang berdiri di sebelahku. Awalnya, aku hanya mengendahkan tetapi melihat figura tersebut masih berdiri di sebelahku membuat aku berasa tidak selesa.

               Aku terus mengangkat wajahku memandangnya. Secara automatik, mataku membulat. Nial! Bibirku secara automatik menyebut namanya.

              Kedengaran dia ketawa kecil ketika melihat ekspresiku. Dia terus melambai-lambaikan tangannya ke arahku.

              'Hei, nasib baik Ara ingat Nial lagi. Ingat dah tak kenal tadi. Hehe. Apasal buat muka macam tu. Ish! Ish! Ish! Nasib baik comel tau. Kalau tak, Nial pun lari tadi' katanya sambal gelak.

             Aku terus memasamkan wajahku. 'Tak habis menyakat orang kan. Nial nak kena ni'kataku pura-pura marah. Tanganku terus memukul badannya menggunakan fail yang berada di tanganku.

              Dia hanya mengaduh. Mungkin terasa pedih dengan pukulanku. Aku menggeleng-gelengkan kepalaku melihat tindakannya.

             'Ha! Ni dari tadi Ara nak tanya, Nial buat apa kat sini? Macammana Nial boleh nampak Ara ni', dia terus menayangkan gigi comelnya kepadaku. Mesti nak main-main lagi budak ni.

           'Taklah, Nial datang sini nak jumpa Kaif tadi. Ada kerja nak bincang dengab dia. Lepastu, Nial teringatlah Akak Karina cakap yang Ara tu kerja kat sini. Tak sangka boleh nampak orang tu terjengket-jengket kemas fail',sambungnya lagi.

              Aku terus mengangkat fail untuk memukulnya lagi. Geram betul! Boleh pula dia sakat aku. Namun, niatku terbantut saat dia terus mengangkat tangan tanda menyerah. Kemudian, kami sama-sama tergelak.

           Aku melilaukan pandangan untuk mencari suamiku, namun tindakanku dapat ditangkap oleh Nial.

          'Kaif dah keluar tadi dengan Leya. Katanya nak lunch'. Kata-kata Nial membuatkan aku terus melihat ke arah jam. Patutlah! Dah masuk lunch hour rupanya.

         'Sebab tu lah Nial datang sini. Nak ajak Ara makan sekali. Jomlah teman Nial. Tak best makan sensorang'. Aku pula serba salah melihatnya. Jadi, aku terus bersetuju. Sempat aku menghantar whatsapp kepada suamiku.

          Apabila pesananku hanya dibluetick tanpa apa-apa balasan daripadanya, aku terus mengambil beg tanganku dan bergerak keluar dari pejabat bersama Nial,

          Nial membawaku makan di sebuah restoran berdekatan dengan tempat kerjaku. Setelah membuat pesanan, kami berborak macam-macam benda sebelum masing-masing menjamu selera.

Nial POV,

             Aku memandang Ara yang sedang fokus menikmati makanan. Aku tahu dia tidak sedar akan tingkahku yang memerhatikannya. Comel sahaja aku melihatkan dia yang berada di depanku.

            Dia wanita pertama yang berjaya mengusik tangkai hatiku. Kalaulah dia bukan hak milik Kaif, akan ku pastikan dia menjadi suri hatiku. Akan ku jaga dia sebaik-baiknya.

             Kekadang aku juga hairan, mengapa Kaif mengahwini Ara kalau dia hanya berniat menyakitinya. Tidakkah dia nampak betapa kuatnya dan istimewanya tempat seorang wanita yang bergelar isteri.

             Aku tergeleng sendiri mengenangkan layanan yang diberikan Kaif kepada Ara. Dalam ralit aku memandangnya, tiba-tiba mata aku bertembung dengan sepasang mata miliknya. Membuatkan aku kalut sendirian.

CINTA SEORANG  NUR ATEA ALDABELLA ZAHARA ~OG~Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang