Pekikan dari dalam rumah membantutkan kerjaku yang sedang menjemur pakaian di ampaian. Aku meletakkan kain di tanganku ke dalam bakul semula. 'Tak apalah kejap lagi aku sambung balik'.
Aku bergerak masuk ke dalam rumah dan kelibat Kaif ku cari. 'Kau pergi mana hah perempuan! Puas aku panggil baru kau nak muncul. Dasar lembab', kalimah pertama yang terhambur daripada mulutnya hanya mampu ku dengari.
Salah aku juga tak dengar bila dipanggil oleh dia. Sibuk dengan aktiviti menjemur kain. Lagipun, hari minggu aku cuti. Jadi, aku harus melakukan kerja rumah seperti biasa.
'M..maaf abang. Tadi s..sayang dekat luar. Jem..', belum sempat aku menghabiskan ayat, kataku dipotong olehnya.
'Kau diam sekarang. Aku tak nak dengar apa-apa pun keluar dari mulut kau'. Dia meletakkan jari telunjuk di bibirnya. Aku hanya akur dan berdiam diri.
'Ada apa abang panggil sa..', sekali lagi percakapanku terhenti bila dia mengangkat tangan dengan riak wajah menyampah.
'Dah! sebelum kau dok sebut sayang and gelikan telinga aku, baik kau stop. Aku tak nak dengar pun benda tu keluar dari mulut kau. Kau memang jenis tak faham bahasa agaknya'. Tambahnya lagi.
'Ara tetap tetap akan panggil suami Ara abang, selagi Ara mampu. Walaupun, ianya membuatkan abang bencikan Ara. Selagi hati Ara masih yakin ada rasa itu antara kita. Ara takkan pernah hilangkan gelaran itu buat suami Ara'. Monologku sendirian.
Bunyi decitan keluar dari mulutnya sebelum kakinya dibawa ke arah sofa yang berada di ruang tamu. Tv dipasang dan dia terus duduk di sebelah Leya. Aku pun tidak perasan kehadiran Leya tadi. Memang mereka berdua tidak boleh berenggang langsung.
Aku hanya memerhatikan perlakuan mereka. Aku rasa memerhatikan orang menjadi hobi terbaru aku. Pada masa yang sama, aku rasa tingkah Leya agak berlainan sikit hari ini. Dia hanya berdiam manakala Kaif pula memicit kepalanya. 'Leya...pregnant ke'.
Kepalaku terasa pening. Baru aku teringat, badanku tak berasa selesa hari ini. Maklumlah, demam dah mula menyerang. Namun, disebabkan kerja tadi, aku gagahkan diri untuk menyiapkan semua sehingga terlupa akan demam yang melanda.
Ingatkan bila buat kerja, demamku akan cepat mereda, tak sangka pula melarat. Aku berniat untuk meminta tolong suamiku untuk menghantarku ke klinik membeli ubat. Harapnya kali ini dia sudi lah membantuku.
'Emmm, abang. Boleh tak sayang nak minta tolong sesuatu', aku memberanikan diri.
'Hmmm. Apa dia', dia bertanya malas. Mendengarkan itu, aku yakin dia setuju.
' Boleh hantarkan sayang ke klinik tak? Sekejap je. Saya rasa tak sedap badan sikit', aku berkata perlahan. Sungguh aku rasa tak tahan sekarang. Sakit kepala semakin menjadi-jadi.
Dia terus bangun dan menyentuh dahiku. Aku yang terkejut hanya membiarkan.
Kaif P.O.V.
'Mak aihhh! Panasnya dahi perempuan ni'. Aku berkata sendirian. Bahangnya, masih terasa di belakang tapak tanganku. Sesudah iu, aku menyapu bekas sentuhanku tadi dengan baju yang ku pakai. Tanda jijik dengannya.
'Kau demam ni. Tapi, kau tak nampak ke, aku tengah jaga isteri aku ni. Dia pun tak sihat. Kau pandai-pandailah cari jalan sendiri. Aku tak dapat nak bantu kau', aku mengeraskan hati.
Dia kelihatan hanya mengangguk dan tersenyum nipis ke arahku. ' Kalau begitu, tak apalah. Sayang nak minta izin abang, nak keluar kejap cari ubat'. Aku berdiam diri dan memerhatikannya, mukanya kelihatan agak pucat. Rasa serba salah timbul apabila terlihat akan keadaannya. Namun cepat-cepat aku tepis.
KAMU SEDANG MEMBACA
CINTA SEORANG NUR ATEA ALDABELLA ZAHARA ~OG~
Teen FictionSinopsis: Nur Atea Aldabella Zahara atau lebih dikenali sebagai Ara, seorang gadis yang sangat lembut. Hidupnya sederhana sahaja. Dikelilingi oleh keluarga yang sangat penyayang. Kehadiran Tengku Kaif Rezza membuatkan kehidupan Ara semakin leng...